Anak diuji tumor otak, bapa berkhemah di parkir hospital kerana ingin selalu dekat. Pengorbanan seorang bapa yang kasihkan anak dan isteri. Sanggup melakukan apa saja walau tidurnya tidak selesa.
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa’. Itu perumpamaan tepat buat Adi Saifullizam Abdul Sani, 40, apabila sanggup tidur dalam kereta di tempat parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini bagi menemani anak bongsunya yang dirawat di hospital itu.
Anaknya, Muhammad Afeef Mikhail, 8, sehingga kini dirawat di hospital berkenaan sejak menjalani pembedahan bagi pengambilan sampel sel serta memasukkan tiub sekitar tengah malam Sabtu lalu, selepas disahkan menghidap tumor otak sehari sebelumnya.
Afeef dikesaan mengidap tumor otak dan sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)Kasih tiada galang gantinya buat anak mereka yang diuji. Bapa ini memilih berkhemah dalam kereta bagi dekat dengan anak dan isterinya.
Video kereta Proton Satria milik bapa itu yang dipasang dengan khemah sambungan belakang kereta dan diletakkan di ruangan parkir HRPB, tular di media sosial hari ini.
Bapa kepada tiga anak masing-masing berusia 15, 12, dan 8 tahun itu yang mesra disapa ‘Adi’ berkata, Muhammad Afeef kini stabil selepas pembedahan itu namun masih perlu dirawat dan dipantau di Wad Pediatrik HRPB dengan ditemani isterinya, Aminah Othman.
Katanya, keputusan bermalam di ruangan parkir hospital itu diambil kerana ingin sentiasa dekat menemani anak serta isterinya, selain beberapa kekangan lain termasuk kewangan serta kesukaran untuk mencari lot parkir sekiranya dipanggil doktor.
Beginilah situasi dilalui oleh Adi Saifullizam yang berkhemah di parkir kerana mudah jika dipanggil doktor selain masalah kewangan dan parkir terhad
“Isteri menemani anak di wad dan saya ‘menetap’ dalam kereta sebab tidak mahu berjauhan dengan mereka.
“Keputusan bermalam dalam kereta ini diputuskan bersama isteri selepas mengambil kira tahap kemampuan kewangan kami termasuk untuk berulang-alik dari rumah inap dan sebagainya,” katanya dihubungi NSTP hari ini.
Bekerja sebagai operator sebuah kilang di Bidor dan menetap di Trolak manakala Aminah hanya suri rumah sepenuh masa Adi berkata, dia juga mengambil cuti tanpa gaji selama seminggu hingga Sabtu ini untuk bersama-sama isteri memantau anaknya.
Ads
Katanya, dua lagi anaknya iaitu anak sulung dan anak kedua kini dijaga sementara oleh saudara terdekat.
“Tidur dalam kereta bukanlah lena mana sekadar baring untuk meregang badan dan hilangkan letih.
“Yang penting saya dapat segera sampai jika ada sebarang keputusan atau permintaan doktor yang memerlukan untuk saya sampai ke atas (wad).
“Memang ada kawan sekitar Ipoh yang menawarkan saya duduk sementara di rumah sewa mereka tetapi lokasinya di Tambun dan Pengkalan Station 18 yang mungkin mengambil masa lebih setengah jam untuk saya sampai ke hospital, tidak termasuk untuk mencari parkir,” katanya.
Adi berkata, Muhammad Afeef pada mulanya didiagnos dengan masalah bengkak pada saluran antara bahagian mata dan tulang belakang di Hospital Slim River sebelum dirujuk ke Hospital Teluk Intan (HTI) bagi menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT scan).
Ads
“Afeef menjalani CT Scan di HTI pada petang Jumaat dan keputusannya diperoleh malam sama, dan malam itu juga saya, isteri, dan Afeef dirujuk pula ke HRPB bagi pembedahan mengambil sampel sel dan memasukkan tiub.
“Saya bermalam dalam kereta di HRPB sejak Jumaat lalu pada malam pembedahan dilakukan. Kini keadaannya stabil, makin baik, dan sehingga sekarang tidak menunjukkan kesan akibat pembedahan.
“Pemantauan masih diteruskan termasuk bagi menunggu keputusan ujian makmal yang akan menentukan jenis tumor dihidapi anak sebelum doktor memutuskan rawatan susulan yang bersesuaian,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Adi Saifullizam di talian 013-7922812.
Syamsul lantik peguam buat Ira Kazar? Seperti yang diketahui semua, Mahkamah Sesyen sebelum ini telah membenarkan Puteri Sarah untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap isteri kedua pengarah Syamsul Yusof, Ira Kazar bersama-sama bapa dan kakaknya.
Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Stories Puteri Sarah kembali menarik perhatian ramai apabila memuat naik posting rakannya yang menggunakan akuan di Instagram bernama Emi Anvepa yang mendakwa Syamsul telah melantik peguam buat isteri keduanya.
Syamsul Lantik Peguam Buat Ira Kazar?
Malah Emi yang juga dikatakan merupakan pengurus Puteri Sarah itu beranggapan tindakan Syamsul tersebut bukanlah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.
“Aduhai, boleh pula dia lantik peguam untuk ‘backup’ isteri kedua daripada masuk penjara. Macam Megatron lawan Optimus Prime. Sedih la, kalau nak betulkan bukan cara gini bro. Ni memang luncai dengan labu.
“Tapi alhamdulillah. Mungkin salah satu doa Sarah untuk diberikan petunjuk yang sebenar-benarnya itu terjawab.
“Sekarang kami tahu dah dimana pendirian kamu (Syamsul). Betullah bila mak sendiri cakap kiblat pun dah bertukar ke arah sana,” tulisnya.
Difahamkan terdahulu, Ira, kakaknya Yasmin dan bapanya, Kazaruddin Saisi perlu menjawab kepada mahkamah berhubung tindakan mengingkari perintah injuksi yang dikeluarkan terhadap mereka pada Julai tahun lalu.
Berbaki kurang dua minggu lagi, Puteri Sarah dan suami, Syamsul Yusof bakal hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk prosiding berkenaan rumah tangga mereka. Jika Syamsul memberikan kerjasama yang baik dan setuju melafazkan talak pada 7 Mac nanti, maka perpisahan itu akan terjadi.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Cikgu Nancy akui masa kecil banyak perkara yang tak pernah rasa semasa zaman kanak-kanaknya. Sebab itu sewaktu sambutan Hari Guru yang lalu, Cikgu Nancy mahu tebus kembali apa yang tak dapat dinikmati waktu dulu.
Semasa mencari gambar lama, Cikgu Nancy sebak bergenang air mata. Tak jumpa gambar yang dihajatkan. Iyalah.. dulu mana ada kamera.
Pergi sekolah pun Cikgu Nancy berkaki ayam saja. Padang permainannya pula hutan dan sungai.
Walaupun hidup serba sukar, kesusahan itu tidak menjadi halangan semangat belajarnya hingga Cikgu Nancy menjejak menara gading.
Cikgu Nancy Imbas Kenangan Lama Di Hari Guru
Sambutan Hari Guru di Sekolah: TEMA BACK TO SCHOOL.
Terima kasih Tuhan atas peluang ini, sekali lagi.
Semasa memilih dan mencari pakaian sekolah untuk digayakan hari ini, memori lama saya sering menerjah.
Bergenang air mata. Bermula dengan episode mencari gambar-gambar lama menggunakan pakaian seragam sekolah. Tiada gambar saya berpakaian sekolah rendah.
Kami di Ulu Belaga tahun 80-an tidak mengenal apa itu kamera. Hanya 1 sahaja yang saya jumpa, saya memakai seragam sekolah menengah semasa Tingkatan 5 tahun 1994.
Tebus Kembali Apa Yang Tak Pernah Rasa Semasa Zaman Kanak-kanak
Melalui kesempatan ini, saya ingin menebus kembali apa yang saya tidak pernah rasa semasa zaman kanak-kanak saya di SRK Long Dupah Belaga tahun 1984-1989.
1. Kami tak pernah pakai selipar ke sekolah. Apatah lagi kasut. Kami hanya berkaki ayam ke sekolah. Hari ini saya pakai kasut.
2. Tak pernah rambut panjang dan bertocang sebab susah diurus, tiada kedai gunting. Semua rambut pendek ala-ala rambut lelaki. Hari ini saya tebus.
3. Tidak pernah rasa ada botol air, sumber air kami adalah tangki air hujan di dewan makan.
4. Tiada beg sekolah, kami guna beg guni beras saja.
5. Zaman kanak-kanak tiada peluang memiliki bear, hari ni saya tebus kembali bawa ke sekolah sebagai pelajar darjah 1. Playground kami hanya hutan dan sungai sahaja.
Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru sekolah rendah saya, Cikgu Anu Garing, Cikgu Goem Pijar, Cikgu Linya Ranyos, Cikgu Rose Jimbey, mendiang Cikgu Ambi Setam, Cikgu Garan Dagit, Cikgu Anthony Along.
Terima kasih juga kepada guru-guru saya di SMK Belaga, SMK Bandar Bintulu, SMK DPHAG Kuching. Dan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah saya di UKM, Bangi dan pensyarah KPLI saya di Maktab Perguruan Kuala Terengganu, Batu Rakit, Terengganu.
TERIMA KASIH CIKGU!!!
Tanpa kalian, siapalah kami. Semoga kalian terus sihat sejahtera dan berbahagia selalu.
Mingguan Wanita : Jika dilihat, beruntung sebenarnya anak-anak murid sekarang. Walaupun ada yang diuji susah, masih belum dapat menandingi kesusahan yang Cikgu Nancy pernah alami ketika zaman persekolahannya.
Namun, bukan perbandingan yang mahu ditekankan di sini. Sebaliknya, hargailah setiap momen yang dinikmati di sekeliling anda. Kerana, pengalaman itulah kelak yang akan mendewasakan.
Pasangan sejoli, semoga berbahagia hingga jannah. Sam dan Syatilla sambut ulang tahun perkahwinan ketujuh di Mekah. Contoh pasangan bahagia Shaheizy Sam dan isteri Syatilla Melvin, sememangnya terkenal dengan perangai çeria bersama suaminya.
Aksi pasangan bahagia ini sering dipaparkan di akaun Instagram mereka. Dikenali dengan watak ‘gila-gila’ pasangan yang sedang mengerjakan ibadah umrah mengambil kesempatan untuk menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ketujuh di Mekah.
Pasangan Sejoli, Semoga Berbahagia Hingga Jannah
Syatilla dan Sam telah mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Hasil perkahwinan, pasangan popular itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 6, Sarima Samheizy, 4, dan Salama Samheizy, 10 bulan.
Seperti mana yang dimuat naik menerusi akaun Instagram mereka, Sam dan Syatilla memanjatkan rasa bersyukur kerana peluang tersebut dianggap sebagai rezeki luar biasa buatnya dan suami apabila dapat meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang disambut semalam di Tanah Suci Mekah.
“Allahuakbar. Alhamdulillah, syukur untuk rezeki luar biasa ini Ya Allah.
“Bersaksikan Kaabah, berhadapan pintu Kaabah dan Multazam, Engkau rezekikan kami untuk menyambut ulang tahun perkahwinan kami ketujuh Ya Allah.
“Semoga terkabul segala hajat dan doa kami. Takkan lupa sampai mati. Selamat ulang tahun sayang @shaheizy_sam #8Feb2016,” luah Sam dan Syatilla.
Pemilik nama sebenar Siti Nur Syatilla Amirol Melvin juga turut merasa gembira bukan kerana hanya ulang tahun perkahwinan, malah merupakan tarikh kelahiran Syatilla yang ke-32.
Suaminya Sam juga berharap Allah akan makbulkan setiap doa dari isterinya.
“Aku terpaksa sorok dalam almari pasal ko, Setilah!!!
“Allah SWT pasti makbulkan setiap doa awak yang baik-baik,” luah Sam.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Edika Yusof Lelaki Kacak Yang Setia
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dua beranak yang menjadi mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru disahkan maut akibat luka parah di leher ditetak senjata tajam jenis pisau pemotong daging. Polis masih menyiasat motif kejadian tragis ini.