Memang teruja pun tengok tudung saji moden bertingkat ini. Perkongsian ibu ini mendapat ratusan komen dari netizen yang teruja nak beli juga tudung saji moden bertingkat ini.
Kata ibu bernama Zaza Zalina ini, “anak bujang belikan mamanya tudung saji bertingkat. Tudung saji moden katanya. Kira ok jugak untuk jimat ruang atas meja makan. Senang nak kemas.”
Beli di shoppee katanya.
“Maaf saya tak tahu nama benda ini ya.” Hasil pemerhatian MW di shoppe tudung saji ini dinamakan ‘Stackable Food Cover Tudung Saji’ dan dijual antara harga RM29 ke RM99.
Saiz tudung saji moden bertingkat ini tak besar mana. Jadi, “dalam ini boleh letak mangkuk atau piring yang bersaiz sederhana saja. Kalau saiz pinggan makan, ianya tak muat.”
Kenapa Tudung Saji Moden Bertingkat Ni Menarik
Sebenarnya banyak kelebihan guna tudung saji moden bertingkat ini. Antara yang MW boleh disenaraikan.
1. Jimat ruang meja makan. Lagi-lagi jenis meja makan bersaiz meja kopitiam tu.
2. Lebih kemas kerana makanan dalam pinggan bersusun cantik secara bertingkat.
3. Senang nak tengok lauk. Jadi boleh susun ikut lauk mana yang jadi favourite keluarga. Jadi takdelah lebihan makanan dibazirkan.
4. Lalat ke semut tak masuk. Sebab tudung saji jenis ini tertutup rapat.
5. Ada lubang udara, jadi wap makanan tak berkumpul dan makanan kekal segar.
6. Bebas BPA dan senang nak cuci.
Ads
Cuma..
1. Bekas ini dari jenis plastik, ringan. Jadi kalau ada anak kecil sedang melasak tu.. kena letak tempat tinggi lah ya.
2. Mak-mak jenis tak berapa nak rajin, akan rasa satu kelecehan sebab nak kena buka satu-satu.
Jadi, apa pilihan lain yang mak-mak boleh buat nak jimatkan ruang meja makan tapi tak nak guna tudung saji tradisional yang bersaiz besar tu.
Idea Simpan Makanan Atas Meja Makan
Boleh cuba, tengok bekas makanan jenis macam ini untuk jimatkan ruang meja makan. Bila tersusun cantik, anak-anak pun seronok nak ambil makanan dan menikmati setiap air tangan mak.
Ads
Bekas Tupperware Cantik Bertutup
– Boleh juga disusun bertingkat. Ada macam-macam jenis yang mak-mak boleh pilih. Harganya sedikit mahal sesuai dengan kualiti produk.
– Barangan tupperware ini memang ada peminat tersendiri di kalangan mak-mak. Sangat eksklusif sampai suami seram nak pinjam. Anak-anak pun sama, cukup susah hati bila tertinggal waima botol air dekat mana-mana. Jadi.. jangan nak cari pasal dengan bekas tupperware mak-mak ni nanti.
Ads
Bekas Kaca Dengan Penutup Jenis Plastik Kedap Udara
– boleh ambil yang sama saiz, jadi cantiklah jika disusun bertingkat. Cumanya makanan tak bolehlah letak waktu panas-panas. Kena keluarkan habis wap makanan dulu, untuk elak makanan cepat basi.
– Sebaiknya pilihlah, bekas itu dari jenis kaca. Lebih selamat jika nak letak makanan yang tengah panas tu.
– Mudah dah nak cari, dekat Ikea ada, pasaraya besar pun ada. Lagi mudah beli online dekat Shoppe atau Lazada.
Jangan tak tahu, rupanya kulit limau yang kita buang begitu saja selama ini pun ada fungsinya. Pada kita, ia nampak biasa tapi berguna untuk tanaman kita.
Bagi mak-mak yang suka bercucuk tanam, pasti tidak akan terlepas dengan serangan serangga pada pokok tanaman kesayangan. Tak tahu cara nak tangani, pokok pun boleh mati. Sedihnya, tak dapat nak makan hasil dari tanaman tersebut.
Kalau dah cuba pelbagai cara, apa kata cuba cara ini pula. Katanya, kulit limau boleh dijadikan pati untuk semburan pada pokok yang menjadi serangan serangga. Malah, ia juga boleh dijadikan nutrien pada pokok tanaman itu sendiri.
Jadi, lepas ini, kalau makan limau, jangan dibuang kulit limau. Ada fungsinya. Paling penting ia 100% organik. Inilah antara cara perkongsian daripada Kebun Pertanian.
Inilah racun organik yang 100% berkesan. Boleh cuba.
Kulit limau yang masam, jangan dibuang. Guna limau dari jenis yang kecil dan masam tu. Kumpul dan letak dalam botol.
Masukkan sedikit air, pastikan air masak sebab bila guna air klorin, ia kurang berkesan. Peram lama-lama dan bila sudah keluar pati, masukkan sedikit ke dalam bekas dan campurkan dengan air.
Nisbahnya 1 tudung botol pati bersamaan dengan 1000ml air. Spraykan pada pokok-pokok. Bena, kulat, karat daun, serangan perosak dan sebagainya boleh hilang.
Semuanya 100% organik dan bagus bagi nutrient pada pokok.
Mingguan Wanita : Kalau sebelum ni guna pati lain tak menjadi, boleh cuba guna kulit limau pula.
Jika ada ada laman yang terhad, tapi berhajat nak tanam nanas MD2 dalam pasu jangan susah hati. Jika betul caranya, nenas MD2 yang ditanam dekat laman rumah dalam pasu itu boleh berbuah cepat dan manis leting buahnya.
Lelaki ini, Azuan Abdullah yang berlatar pendidikan dari Universiti Putra Malaysia berkongsi panduan menanam nanas MD2 dalam pasu.
“Alhamdulillah. Pagi semalam kami siap tanam nanas MD2. Tanam tak banyak pun, 5 pasu je.” Walau pun cuma 5 pasu, hasil buah nenas MD2 ini akan lebih cepat berbuah.
Begini Cara Tanam Nanas MD2 Dalam Pasu
Guna pasu plastik saiz 16 x 15 inci. Pasu dari kedai Mr Diy.
Isi tanah campuran dalam pasu hingga hampir penuh. Tanah campuran ni kami buat sendiri. Nisbah 1 tanah + 2 organik + 3 pasir.
Bila tanam MD2 dalam pasu, media tanaman yang paling penting. Kita nak media yang peroi dan poros.
Nanas MD2 sangat sangat manja dan sensitif bila media padat, lembap dan banyak pegang air. Kesannya pokok akan jadi buruk @ reput pangkal.
Anak benih saya guna sulur gred A. Tinggi anak benih 2 kaki lebih.
Gambar 4 (selepas)
Sebelum tanam nanas dalam pasu, buang dulu semua akar yang ada di bahagian pangkal anak benih. Boleh rujuk gambar 3 (sebelum) dan gambar 4 (selepas).
Masa nak tanam sulur tu, kita ada 2 pilihan samada nak buang akar atau tak. Terpulang pada diri kita. Usah kita jadikan ia satu isu yang besar. Ilmu pertanian ini sangat luas.
Macam saya, saya pilih untuk buang akar sebelum tanam. Ianya berdasarkan pengamatan dan pengalaman saya.
Saya ada juga merujuk kepada sifu saya yang ada ladang beratus ekar, beliau pun buang juga akar sebelum tanam nanas.
Akar yang sedia ada tidak akan berfungsi bila kita tanam. Maksudnya akar ini akan mati dan kering. Akar yang sedia ada akan mati dan kering dalam tempoh 1 – 2 minggu lepas tanam. Bila akar ni dah kering, barulah akar baru akan tumbuh.
Senang cerita, akar yang sedia ada ni akan melambatkan proses pertumbuhan akar baru.
Sebab tu la saya buang akar sebelum tanam. Ia boleh mempercepatkan pertumbuhan akar baru.
Biasanya dalam masa 1-2 minggu lepas tanam, pokok dah berakar.
Lagi cepat berakar, lagi cepat pokok besar.
Lebih cepat pokok besar, lagi cepat boleh hormon.
Lagi cepat hormon, lagi cepat boleh harvest.
Lebih cepat harvest, lagi cepat boleh jual.
Lagi cepat jual, lagi cepat boleh duit.
Bila cepat boleh duit, kita pun banyak happy.
Mingguan Wanita : Dah fahamkan caranya. Selepas ini, bolehlah cuba tanam nanas tepi rumah pula ya.
Sedapnya makan buah tembikai, rasa sejuk saja tekak. Selalu kalau nak makan memang kita akan beli saja. Boleh pilih mana yang ada biji tembikai atau tak ada. Warna merah atau kuning.
Nak tanam pokok tembikai macam susah dan takut tak menjadi. Tambahan pula mesti fikir ia memerlukan kawasan yang agas luas, memandangkan saiz buahnya lebih kurang besar juga.
Bagi yang suka makan tembikai tidak mnejadi masalah, boleh sendiri tanam di rumah. Inilah yang ditunjukkan oleh Asrul Achoi tentnag cara nak tamnam tembikai di rumah.
Kamal Adli menafikan wujud orang ketiga dalam rumah tangganya bersama Uqasha Senrose. Pelakon itu turut mengaku merindui isterinya dan menegaskan, “Saya tak curang, saya hanya ada dia dan anak.”