Tak semua ibu selesa apabila anak bermain kotor tetapi ketahuilah ibu ayah sebenarnya dengan bagi peluang anak bermain kotor itu juga salah satu mendidik.
Bukan nak suruh bermain kotor macam najis tetapi bagi peluang anak-anak keluar mesra dengan alam, contoh mudah selut atau pasir.
Ini tidak, anak baru nak keluar bermain di luar kita dah risau baju anak kotor! Betul ke tindakan kita nak halang anak-anak bermain kotor itu?
Haaa… nak tahu lebih jauh, baca perkongsian dari Puan Liyana Raya ini…
Jangan Sekat Anak Main Kotor
Berhati-hatilah apabila anda beritahu kepada anak-anak anda pasal benda kotor. Itu kotor, ini kotor. Itu tak boleh dibuat main, kotor!
Ads
Yang kotor adalah najis. Setakat anak pijak tanah dan rumput berkaki ayam, kita kata kotor, kita bagi anak fikir apa terhadap rumput dan tanah?
Bermain kotor dan ‘being messy’ tiada masalah. Itu adalah fitrah anak-anak.
Sebab nanti, anak ni nak kena belajar utk cebok berak dia sendiri.
Fikir jauh sikit lagi… kita ni sebagai orang dewasa takkan selamanya muda. Kita semakin tua. .
Ads
Nak jaga kita esok masa tua banyak tau kemahiran yang perlu anak-anak kecil ni ada sekarang.
Kemahiran Yang Patut Ada
-Kena tahu cara uruskan emosi
-Kemahiran pengurusan tingkah laku dia terhadap kita (buatnya kita ni dah sampai tahap nyanyuk, mau tak bergaduh kita anak beranak)
-Pengurusan tenaga banyak mana diperlukan untuk bantu kita kalau kita sakit.
Ads
-Menguruskan pergerakan kita yang semakin slow and steady
-Kemahiran pengurusan diri dia sendiri dulu sebelum nak uruskan kita. Ni nak suap anak makan pun dah sengsara kita dibuatnya, macam mana anak nak suap kita makan esok-esok kalau kita dah tua?
Tahu Membaca Tapi…
Kalau tahu membaca saja dan mengira saja, esok-esok dia tau membaca surat perjanjian di antara pusat jagaan org tua dengan dirinya dan tau kira duit saja bulan-bulan nak bayar ‘penempatan’ kita kat situ. The point is, apa guna anak belajar akademik tinggi lampai tapi last-last esok bila kita dah tua,kita duduk sorang-sorang kat pusat jagaan?
‘Alah, budak tu kecik lagi. Esok dah besar, semakin dia membesar dia tahulah nak belajar berdikari mcm mana!’
Kata melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Terserlah keayuan Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin apabila memakai tudung sepanjang bulan Ramadan ini. Apa yang lebih menarik, bukan netizen sahaja yang teruja dengan penampilan Fazura kali ini, suaminya Fattah Amin pun siap mengusik tak nak bagi isterinya keluar rumah.
Doa Dari Netizen
Kalau dilihat di laman Instagram Fazura, rata-rata peminat doakan yang baik-baik, malah ada yang berharap moga Fazura terus istiqamah memakai tudung walau pun selepas bulan Ramadan nanti.
Doa Daripada Fazura
“Assalamualaikum wb. Dengan rasa penuh rendah hati, saya ingin memohon ampun dan maaf jika ada keterlanjuran kata atau perbuatan yang telah melukakan hati anda. Saya juga berdoa semoga Ramadhan ini akan membawa seribu kemaafan, ketenangan, kasih-sayang di antara kita, kesabaran serta keberkatan dalam setiap amalan. In shaa Allah. Lots of LOVE, always.”
Alhamdulillah… Tumpang bahagia tengok kebahagiaan pasangan ini, untung Fattah Amin. Seeloknya perkara yang positif inilah yang artis patut tonjolkan, ada perubahan di bulan yang mulia. Pendek kata kalau sebelum Ramadan kita tak solat, kita perbaiki diri menjaga solat. Jika kita tak menutup aurat, kita perbaiki diri dengan menjaga aurat dan maruah kita.
Andai selama ini tak pernah sentuh al-Quran, kita menjadi akrab dengan al-Quran. Istiqomah sepanjang Ramadan hinggalah saat bertemu kembali Ramadan seterusnya, insyaAllah.
Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud; “Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak dapat dari puasanya melainkan hanya rasa lapar dan dahaga sahaja…” – Riwayat Ahmad
Sesungguhnya rugilah orang yang berpuasa (fardu Ramadan) namun tidak mendapat apa-apa kebaikan (pahala) dari puasanya itu. Inilah puasa yang sia-sia kerana ia tiada nilai di sisi Allah swt.
Apa pun, team Mingguan Wanita doakan moga Fazura terus bahagia di samping suami tersayang. Dan untuk pembaca setia MW, semoga puasa Ramadan kita akan terpelihara nilainya dan mendapat puasa yang mabrur hendaknya. Amin Ya Rabbal’alamin.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pemain gitar profesional, Wan Radzie atau Eddy Wan Othman 30, meninggal dunia di kediamannya, di Gombak, kelmarin dipercayai akibat terkena renjatan elektrik.
Allahyarham Eddy
Turut terkorban dalam insiden tersebut ialah kakaknya, Wan Zunira, 32, sementara anak saudaranya yang berusia tiga tahun, kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Selayang.
Berita Duka Dikongsi Abang Allahyarham Eddy
Berita duka tersebut dikongsikan abang Allahyarham iaitu Wan Razmie Wan Othman menerusi laman Facebook miliknya.
“Dukacita dimaklumkan bahawa kedua adinda saya, Wan Zunira dan Eddy Wan Othman sudah berpindah alam menghadap Ilahi malam tadi.
“Kedua jenazah mereka kini di Forensik Selayang dan anak bongsu kepada adinda saya Allahyarhamah Wan Zunira, kini di ICU selayang kerana terlibat sama,” ujarnya.
Perginya Seorang Ibu Ketika Sedang Memandikan Anaknya
Dalam perkongsian sama, Wan Razmie memberitahu kejadian tersebut berlaku ketika Allahyarham Wan Zunira sedang memandikan anak bongsunya. Renjatan elektrik tersebut dipercayai berpunca daripada alat pemanas air elektrik.
“Perginya seorang ibu ketika sedang menyempurnakan tugasan terakhir beliau memandikan anaknya.
“Perginya seorang adik kerana berusaha menyelamatkan kakak dan anak buah yang sedang dalam renjatan elektrik.
“Semoga keduamu pergi sebagai syahid dan syuhada. Berehatlah kedua adikku. Tugasan kalian di dunia dah berakhir. Semoga Allah menerima kebaikan kamu berdua,” luahnya.
Difahamkan jenazah kedua-duanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak, pada petang semalam.
Dikenali Sebagai Eddy Malmsteen
Sepanjang pembabitannya dalam dunai muzik, Eddy yang turut dikenali sebagai Eddy Malmsteen pernah mengiringi persembahan barisan artis popular tanah air seperti Datuk Hattan, Joey BPR dan lain-lain.
Sumber/Foto: Facebook Eddy Wan Othman dan Facebook Wan Razmie Wan Othman Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Penunggang motosikal meninggal dunia tercampak dalam parit, kemalangan babit dua motosikal. Seorang lelaki berusia 58 tahun disahkan meninggal dunia selepas tercampak ke dalam parit dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal di Jalan Parit Buntar ke Sungai Bogak, pagi Selasa.
Penunggang Motosikal Meninggal Dunia Tercampak Dalam Parit, Kemalangan Babit 2 Motosikal
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.08 pagi. Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai digerakkan ke lokasi kejadian.
Setibanya di tempat kejadian, pasukan mendapati kemalangan melibatkan dua buah motosikal iaitu Yamaha LC dan Honda EX5 yang dipercayai bertembung.
“Penunggang Yamaha LC, lelaki berumur 58 tahun, tercampak ke dalam parit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Manakala, seorang lagi penunggang motosikal Honda EX5, lelaki berusia 44 tahun, hanya mengalami kecederaan ringan.
Tambah Sabarodzi, ketua operasi membuat penilaian awal di lokasi sebelum mengarahkan pemberian rawatan awal kepada kedua-dua mangsa.
Jenazah mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa cedera dibawa ke Hospital Parit Buntar menggunakan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bagi mendapatkan rawatan susulan.
Operasi yang melibatkan lapan anggota, satu jentera bomba dan satu unit EMRS itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.00 pagi.
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...