
Anak Anzalna Nasir mula berpuasa, rutin ibu bapa buat Eidress rasa nak cuba. Menurut pelakon wanita ini, dia mula mendedahkan putera sulungnya, Mohamad Eidress, 7, dengan ibadah berpuasa.
“Ya, tahun ini saya baru nak latih Eidrees berpuasa, mahu cuba,” kongsi Anzalna.
Bagaimanapun, Anzalna atau nama lengkapnya Nur Anzalna Md. Nasir, 38, tidak meletakkan sebarang paksaan sebaliknya membiarkan Eidrees belajar mengikut kemampuannya sendiri.
“Sebab baru nak latih dia, kalau dia nak berbuka, saya bagi saja sebab dia masih kecil.
“Tapi saya kenalah mula awal,” katanya lagi.
Berkongsi lanjut, pelakon drama Aku Isterinya itu mendedahkan keinginan untuk berpuasa lahir dari rasa ingin tahu Eidress apabila melihat rutin harian ibu bapanya setiap kali tiba Ramadan.
“Perbualan menjanjikan ganjaran kalau puasa penuh, belum mula lagi.
“Sebelum ini dia tengok saya berpuasa dia akan tanya ‘kenapa mommy dan daddy berpuasa’ dan dia pun nak puasa,” ujarnya.
Pertama kali melatih anak puasa sepatutnya janganlah menggunakan kekerasan atau paksaan. Tetapi anak boleh dilatih secara perlahan-lahan hingga anak rasa seronok dan ‘teringin’ untuk puasa.
Melatih anak puasa boleh dilakukan sejak usianya mencecah 4 ke 5 tahun atau selepas dia akil baligh (menurut Islam), ini kerana perkembangan kognitif anak sudah semakin baik dan lengkap. Jadi, mereka mudah tangkap apa yang diajar.
Sebagai ibu bapa kita perlu terangkan pada anak apakah maksud puasa dan kebaikannya terlebih dulu. Selain itu, lihat dulu kemampuan anak dan tahap kesihatannya.
Berbalik kepada cerita Anzalna, ibu kepada dua cahaya mata itu berhasrat membantu golongan memerlukan sepanjang bulan mulia ini.
Harap dengan rezeki Allah bagi, saya boleh kongsi dengan ramai orang pada bulan puasa tahun ini,” tuturnya.
Terdahulu, Anzalna dan Muhammad Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 2016.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees, 7 dan Mohamad Emirhan yang kini berusia empat tahun.
Gambar: Anzalna Nasir