Bergelar ibu tunggal bukanlah satu perkara yang mudah. Apatah lagi buat wanita yang mempunyai enam orang cahaya mata. Selepas berpisah dengan suami sememangnya hidup wanita ini cukup menderita. Besar jiwanya menadah setiap ujian yang tiba. Namun dia tidak mahu terus dibuai perasaan dan melepaskan jiwa yang gundah itu sejauh yang mungkin. Demi anak-anak dia bangkit dan mengharungi kehidupan yang sememangnya sukar untuk dilalui.
“Alhamdulillah Allah tentukan saya menjadi ibu tunggal. Namun sekarang Allah pilih saya untuk menjadi seorang peniaga. Dengan usaha yang dijalankan saya nekad untuk berniaga dan semuanya dilakukan demi masa depan anak-anak. Melalui perniagaan saya juga punya masa yang lebih dalam menguruskan anak-anak,” ungkap Nor Hafizah Abdul Aziz, 50 yang juga kini sudah bergelar nenek kepada dua orang cucu.
Nor Hafizah yang cukup peramah ini juga menerangkan dalam mengharungi kehidupan sebagai ibu tunggal dia melakukan pelbagai perniagaan seperti berniaga nasi lemak, menguruskan majlis artis, menjual baju dan sebagainya untuk mencari sesuai nasi demi membesarkan anak-anak.
“Saya cukup beruntung kerana anak-anak merupakan sumber kekuatan saya. Semua saya lakukan untuk mereka. Anak pertama Mohammad Azwan, 27, diikuti kedua Emiza Ezyln, 25, Alfian Akimi, 22, Mohmmad Amirul, 19, Asril Zhuri, 16 dan yang bongsu Ammar Yasin.
“Bagi membesarkan anak-anak saya berusaha sendiri. Jika terkenang masa dulu saya kerap menangis kerana sering melihat nasib yang tidak seberapa baik seperti orang lain. Malah ada kala saya cemburu dengan kebahagiaan yang dikecapi insan lain. Cuma pada masa yang sama saya kumpulkan kekuatan dan semangat untuk saya berjaya dan hidup senang seperti orang lain.
“Saya melihat satu persatu wajah anak ketika itu, timbul rasa semangat dan dari situlah munculnya kekuatan yang luar biasa. Pada masa itu anak-anak semua masih kecil dan perlukan perbelanjaan yang besar untuk meneruskan persekolahan,” terang Nor Hafizah yang cukup tenang tatkala berbicara.
Ads
Pendam Masalah
Walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah dalam meneruskan kehidupan namun itu semua sedikit pun tidak mencarikkan semangat Nor Hafizah. Malah dia bersyukur kerana Allah sentiasa membuka luas pintu rezekinya terutamanya dalam bidang perniagaan.
“Walaupun hidup susah namun saya tidak suka susahkan sesiapa terutama keluarga. Ini kerana mereka punya tanggungjawab masing-masing. Tapi saya sangat bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan yang sangat baik dan sentiasa memberi sokongan yang padu kepada saya untuk saya bangkit. Malah mereka juga antara tulang belakang yang penting dalam mendorong saya berniaga.
“Kini saya sudah mempunyai kios menjual Kuih Keria Gula Merah dan minuman di Shah Alam. Syukur alhamdulillah, dengan ilmu yang saya ada dalam bidang masakan saya gunakan dengan sebaik mungkin untuk menjana pendapatan. Malah anak-anak juga akan membantu saya berniaga di kios,” ungkap Nor Hafizah sambil tersenyum.
Ads
Sokongan Padu Dari Mentor
Nor Hafizah juga turut menerangkan dia bersyukur kerana mendapat sokongan padu dari rakan baiknya yang juga mentor buat dirinya iaitu Puan Rodiah. Malah kini Nor Hafizah juga sudah terlibat dalam bidang urutan dan bergelar Penasihat Kecantikan di RIAS Kosmetik.
Ads
“Saya beruntung dapat berkenalan dengan Puan Rodiah. Dialah orang yang selalu memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada saya senang kata dia saya anggap sebagai seorang mentor. Dia juga bertanggungjawab menjaga rupa bentuk badan saya, supaya tak nampak gemuk dan lesu.
“Puan Rodiah merupakan seorang pengusaha bisnes kecantikan yang memiliki produk jenamanya sendiri di samping mempunyai jumlah pengedar produknya yang ramai. Rakan saya ini juga merupakan Pengarah Urusan merangkap pengasas produk jenama sendiri, RIAS KOSMETIK, yang mesra dipanggil sebagai Kak Rodi juga mempunyai salun kecantikan sendiri.
“Di salun ini lah saya akan membuat urutan jika punya masa luang. Malah Kak Rodi juga mengajar saya sehingga saya pandai mengurut dan terlibat dalam bidang kecantikan. Pada saya bukan senang nak senang dan bukan sesah hendak susah. Pucuk pangkal terpulang kepada hati,” terang Norhafizah yang tidak pernah patah semangat dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya.
Bijak Kendalikan Masalah
Ditanya apakah nasihat yang akan diberikan kepada wanita yang bergelar ibu tunggal di luar sana, Nor Hafizah menerangkan mereka perlu bijak dalam mengendalikan masalah yang mendatang.
“Dalam perkara ini, wanita yang bergelar ibu tunggal perlu bijak mengendalikan maslalah yang dihadapi. Dalam masa yang sama terus berusaha serta berdoa agar segala urusan dipermudah oleh Yang Maha Esa. Jangan malu dengan status diri dan jangan sesekali putus asa dalam hidup dan fikirkan semuanya demi kebaikan diri dan anak-anak,” akhiri Nor Hafizah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Almy Nadia selamat bersalin anak perempuan keempat. Tahniah diucapkan buat pasangan pelakon Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia yang baru saja menimang cahaya mata keempat.
Khabar gembira itu dikongsikan oleh Fizz Fairuz apabila isteri kesayangan selamat melahirkan anak perempuan keempat mereka pada 8 Disember jam 3.49 pagi.
Pemilik nama sebenar Fairuz Zainal Abidin, 40 turut menyatakan bayi seberat 2.76 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
“Alhamdulillah, isteri saya selamat bersalin pada pukul 3.49 pagi. Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Amin. 4-0 keputusan sekarang,” luah Fizz.
Almy Nadia Selamat Bersalin Anak Perempuan Keempat
Pasangan bahagia yang mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 sebelum ini telah dikurniakan tiga cahaya perempuan iaitu, Nur Afrina Arianna, 6, Nur Afrina Aurora, 5, dan Nur Afrina Ayra, 3, serta seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 12.
Sebelum ini Almy juga pernah mengalami keguguran ketika usia kandungan 14 minggu pada Februari tahun lalu.
Bersalin Seminggu Lebih Awal
Selepas suaminya berkongsi khabar gembira tersebut, Almy juga memberitahu anak keempatnya ini dilahirkan seminggu lebih awal daripada jangkaan.
“Assalammualaikum selamat petang semua.
“Yang pertama kami nak beritahu syukur alhamdulillah kami dah pun bersalin anak keempat pagi tadi.
“Baby keluar seminggu awal dari due date dia.
“Sepatutnya 38minggu baru keluar tapi baby nak keluar pada 37minggu. Gender hampa tau dah kot kan,” luah Almy.
Terima Kasih Pada Suami Tercinta
Malah Almy juga berterima kasih kepada suami tercinta yang menemaninya dari awal proses bersalin.
“Yang kedua kami nak ucapkan ribuan terima kasih pd suami tercinta @fizzfairuzofficial sentiasa ada dengan kami sampai la settle semuanya.
“Yang ketiga, kami nak ucapkan ribuan terima kasih pada family kami di Penang, family mertua kami kawan-kawan sahabat handai atas doa yang baik-baik kalian semua.
“Insyallah saya balikkan doa itu pada anda semua agar yang baik-baik berbalik pada semua
“Yang keempat terima kasih kepada fans, dalam media sosial pada wartawan yang turut doakan kami, turut keluarkan artikel yang baik-baik untuk kami, kami nak ucapkan terima kasih banyak-banyak hanya Allah dapat membalas segala jasa baik anda semua,” terang Almy Nadia.
Biasanya anak yang selesema mungkin akan demam (sehingga 38 darjah Celsius), batuk, mata merah, sakit tekak dan hidung berair yang membuatkan mereka meragam dan hilang selera makan.
Jadi sebelum selera makan anak makin kelaut dan meragam setiap kali nak tidur malam, mak-mak boleh ikut tip yang dikongsikan Doktor Taufiq Razif melalui pengalaman jaga anaknya sendiri…
Anak Selesema
Solahuddin ni jarang selsema tapi kalau dah selsema pun saya takkan bagi ubat. Bahaya budak bawah umur 2 tahun ni kalau bagi ubat selsema.
Ada sesetengah ubat selsema tu boleh menyebabkan anak di bawah umur 2 tahun berhenti bernafas ( Apnea ). Lagipun biasanya anak-anak yang selsema ni disebabkan virus je. Ia akan hilang sendiri walaupun tanpa antibiotik.
Jadi apa nak buat?
PERTAMA:
Tengok dulu hingusnya. Kalau hingusnya kental dan berwarna disertai demam tinggi mungkin penyebabnya bakteria. Yang ni boleh je nak bawa jumpa doktor.
KEDUA:
Kalau hingusnya jernih dan tak demam. Ni mungkin disebabkan virus je. Selsema disebabkan virus ni akan baik sendiri tapi selsema ni memang akan buat anak meragam sebab hidungnya tersumbat.
Ni saya ajar cara mudah supaya hidung anak kita tu jadi KURANG TERSUMBAT dan anak kita boleh bernafas dengan LEBIH LEGA.
MASAK SUP AYAM
Masakkan je sup ayam pada anak kita tu. Sup ayam terbukti boleh mengurangkan ‘nasal congestion’ . Biasanya anak meragam sebab dua dua belah hidung tersumbat. Dia nak bagitahu tak pandai lagi. Tu yang dia meragam tu kalau tengah selsema.
Dah tahu ni boleh terus amal pada anak masing-masing ye.
Resepi Sup Ayam Antibiotik
Bahan-bahan
5 biji buah pelaga
5-7 biji bunga cengkih
4 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 biji bawang besar (dihiris halus)
3 biji lada hitam
3 cawan air
1 batang carrot yang dipotong dadu atau dihiris bulat (terpulang kepada anda berapa banyak)
Sedikit ikan bilis yang ditumbuk
Cara Membuatnya:
Didihkan semua seperti memasak sup.
Untuk lebih menyelerakan dan sedikit karbohidrat, anda boleh tambahkan mee hoon atau pun spagheti.
Sumber protein pula, anda boleh gantikan ikan bilis tadi dengan isi ayam.
Untuk lebih menarik lagi, tambahkan dengan hirisan daun sup dan daun bawang.
NOTA:
Kalau nak masukkan isi ayam, tak perlu bubuh ikan bilis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Segelintir daripada mak ayah, ketika layan anak atau meluangkan masa dengan anak-anak pun mata masih lagi tertumpu pada skrin telefon.
Jangan tiba-tiba anak buat perangai, cepat saja anak-anak dimarahi. Walau pun sebenarnya anak itu bukanlah meragam mana pun. Dia cuma minta perhatian saja.
Ketahuilah mak ayah, telefon pintar itu sebenarnya ada ‘dopamine effect’ yang tanpa sedar beri kesan pada mak ayah.
Hadamkan perkongsian pengalaman daripada Aimi Nawi ini. Bagaimana ‘dopamine effect’ ini menyebabkan suami macam nampak garang bila dengan anak-anak.
Satu Tangan Pegang Anak, Satu Tangan Pegang Phone
2 malam lepas Aimi notice husband macam nampak garang dengan anak-anak bila anak-anak play around him dan tanya itu ini.
Aimi perhatikan je. Sebab he is always the cool version of me.
Ohh i know why. So i said to him,
“Bang, if you tak nak rasa annoyed, put down your phone dan enjoy the moment dengan budak-budak .”
Yes I know sebab Aimi sendiri pun biasa dalam keadaan macam tu.
Satu tangan pegang Safiyya.
Satu tangan pegang phone.
Kadang tak buat apa pun.
Just scrolling Facebook or IG.
Safiyya akan merengek-rengek.
Bangun duduk bangun duduk tak jadi.
Eeee awat nya hang ni dik.
Tapi Aimi dah lama belajar untuk cepat sedar situasi macam ni.
Letak phone ke tepi.
Fokus dekat dia.
Agah dia. Main dengan dia.
Terkekek-kekek dia gelak.
Orang selalu cakap pasal effect of screen time pada budak-budak.
Tapi kita tak sedar effect of screen time pada adult.
Pada parents.
Banyak dah kajian tunjuk screen time dan media sosial ni ada DOPAMINE effect dekat kita.
Dopamine Jadikan Ketagih
DOPAMINE ni adalah FEEL-GOOD chemical.
Dopamine ni buat kita rasa syok, rasa happy, khayal.
Dopamine ni macam dadah.
Kita jadi ketagih.
Kita nak lagi, nak lagi.
It makes us happy kan.
Budak or dewasa.
Effect nya sama je.
Dopamine equals to happy, khayal.
Sebab tu budak bila dah addicted dengan screen time, kita tarik gadget dari dia, dia mengamuk.
Siapa tak marah bila sumber kegembiraan dia dirampas dari dia kan.
Sama juga kita dewasa.
Kita main phone.
Anak datang kacau.
Kita rasa annoyed.
Kita yang kata dia kacau
Padahal dia tengah tagih perhatian kita.
Siapa yang salah?
Anak or kita?
Mak Ayahlah Dopamine Anak-anaknya
So put our phone away.
Kena latih diri untuk sedar dopamine effect ni pada kita.
Jangan sampai kita addicted.
Sampai rosakkan hubungan kita dengan anak-anak.
Ni gambar Safiyya ni dia baru lepas merengek sebab ibu main phone.
Ibu letak phone tepi, agah dia terus dia gelak.
Takde pun buat perangai dah.
So ibu cakap dekat diri sendiri,
“kau lah dopamine untuk anak kau”
Model Rusia buat laporan polis selepas jadi mangsa komen lucah, dimalukan ketika makan berseorangan di restoran. Seorang wanita warga Rusia tampil membuat laporan polis...