Kecantikan

Amalkan Jus Pegaga Sekali Seminggu, Kesannya Kulit lebih Anjal, Sihat & Cantik Secara Semulajadi

Share

Daun Pegaga sememangnya mempunyai banyak khasiat yang tersendiri baik untuk kesihatan mahupun kecantikan diri.Ia juga mampu membuatkan kulit wajah jadi lebih sihat dan cantik secara semulajadi. Daun pegaga ini juga memang mudah ditanam secara melata dihalaman rumah. Ia boleh dinikmati secara makan mentah dibuat ulam ataupun dibuat jus.

Puan Sumaiyah Abdullah ada kongsikan resipi untuk menghasilkan sendiri Jus Pegaga yang menjadi amalan beliau.

Berikut antara perkongsian tersebut;

Nak kulit sihat dan cantik semulajadi kan. Minum lah jus pegaga. Sekali seminggu mesti saya minum. Selain sangat baik untuk kesihatan, pegaga juga beri kesan besar pada kecantikan kerana sifatnya membaiki, merawat dan memelihara tisu.

Sesiapa yang nak kulit anjal, amalkan lah makan atau minum jus pegaga sebab pegaga ni boleh menyokong pembentukan kolagen dan mengelakkan kulit kendur.

Saya share resepi kat sini.

Bahan-Bahan:

Daun pegaga 7-11 helai
1 gelas air suam
Madu @ raw cane sugar
Susu segar @ susu tepung(option)

Cara Membuat:

Kisar daun pegaga bersama air suam. Tapis dalam gelas, masukkan madu dan susu. Tak nak letak susu pun boleh. Kacau sebati dan terus minum.

Amalkan jus ini sekali seminggu.

Pegaga juga boleh membantu menurunkan berat badan tau. Jadi, sesiapa yang tengah diet tu, masukkan juga menu pegaga dalam list korang. Inshaallah berkesan.

Selamat Mencuba!

Sumber:Sumaiyah Abdullah

IKLAN