Tengahari tadi Mingguan Wanita Talkshow membincangkan mengenai topik Amalan Fisioterapi dan Kiropraktik. Ternyata isu ini amat menarik memandangkan ramai yang mengalami sakit badan dan sakit kepala yang sudah tentu akan membataskan pergerakan dan menganggu kerja seharian.

Salah seorang panel jemputan Pakar Fisioterapi – HIC Nursing iaitu Encik Mohd Azhar Yahya telah dijemput dan melakukan sedikit demo kepada pesakit telah menerangkan secara terperinci pentingnya amalan Kiropraktik.

“Sebelum seseorang itu melakukan sebarang rawatan fisioterapi dan juga kiropraktik saya nasihatkan agar mereka ikut prosedur. Iaitu paling penting pergi ke hospital terlebih dahulu kemudian ikuti nasihat yang diberikan oleh doktor. Kemudian barulah boleh buat Kiropraktik.

“Jumpalah pakar yang arif jangan jumpa dengan sebarang orang sebab nanti akan lebih teruk kesakitan yang dialami. Jika sakit juga dan sementara menunggu hendak berjumpa doktor bolehlah letakkan ais di tempat yang sakit,” ujar Mohd Azhar. Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai topik ini ikuti ulangan Mingguan Wanita Talkshow pada jam 8 malam di Astro PRIMA dan Astro PRIMA HD malam ini.

Amalan Fisioterapi & Kiropraktik, Paling Penting Buat Rawatan Di Hospital Terlebih Dahulu
Amalan Fisioterapi & Kiropraktik, Paling Penting Buat Rawatan Di Hospital Terlebih Dahulu

IKLAN

Gejala-Gejala Yang Memerlukan Rawatan Kiropraktik

Dipetik menerusi Facebook milik Mohd Azhar dikongsi antara gejala-gejala yang memerlukan rawatan Kiropraktik.

“Swaktu hadir muka tahan sakit & sukar
Untuk mengukir semyuman..
Kini mereka juga mampu utk mengukirkan semyuman ..
Kelegaan & perbezaanya akan terus dirasai selepas selesai procedure..

IKLAN

“Adakah anda juga mengalami gejaja2
-sakit pinggang
-kaki panjang sebelah
-lehir tegang
-sakit bahu
-vertigo
-bila berjalan mudah jatuh
-mudah sakit kepala
-mudah kejang kaki dll”.

Amalan Fisioterapi & Kiropraktik, Paling Penting Buat Rawatan Di Hospital Terlebih Dahulu

IKLAN

Satu lagi post status yang berkaitan dengan rawatan yang diberikan;

“Maaf lambat update.. ini kenangan sesi gambar rawatan pada minggu lepas.
Prosedure Body Aligment & Adjusment untuk kanak-kanak 3 tahun semalam..
Alhamdulillah kes adik ini 65% berjaya diselesaikan semalam.. Kerana proses pembetukan tulangnya masih diperingkat awal..
Usia kanak2/remaja merupakan titik penting dalam tumbesaran tulang bagi memastikan pembentukan tulang yang selari dan normal
“Tulang kanak-kanak dikategorikan sebagai tulang yang belum matang dan menjalani proses pembesaran pesat sehinggalah ke peringkat umur tertentu di mana proses pembesaran berhenti.
“Bahagian tulang bagi tangan dan kaki pula membesar dan memanjang di kawasan sendi iaitu di sendi bahu, siku dan pergelangan tangan bagi tangan dan di kawasan pinggul, lutut dan pergelangan kaki bagi kaki.
“Oleh itu, sekiranya terdapat kecederaan pada kawasan pembesaran tulang ini, berkemungkinan akan terdapat gangguan pada proses tumbesaran tulang di mana pembesaran tulang boleh menjadi perlahan atau abnormal.
“Akan tetapi kesan tulang yang lebih pendek atau panjang itu hanya boleh diketahui selepas beberapa tahun kemudian.
“Perasaan kaki yang pendek sebelah boleh ditentukan dengan pemeriksaan rapi oleh doktor perubatan atau pakar Ortopedik, yang mana perbandingan dengan kaki yang ‘normal’ akan dilakukan.
“Walau bagaimanapun ianya boleh dilakukan dengan perbandingan secara visual (melalui perbandingan aras lutut dan buku lali)*boleh lihat contohgambar akhir* atau perbandingan dengan menggunakan pita pengukur dan diukur dalam sentimeter.”

Amalan Fisioterapi & Kiropraktik, Paling Penting Buat Rawatan Di Hospital Terlebih Dahulu

foto: Facebook Mohd Azhar

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI