“Al-Fatihah buat ayah tersayang” pemergian Allahyarham bapa Noryn Aziz akibat kanser hati tahap empat semalam cukup syahdu buat penyanyi terkenal ini.
Perkongsian mengenai perkhabaran duka tersebut diberitahu oleh Noryn menerusi satu kenyataan media. Noryn menyatakan arwah bapanya, Abd Aziz Mohd Dali meninggal dunia akibat kanser hati tahap empat.
“Al-Fatihah Buat Ayah Tersayang”
Noryn turut memberitahu bapanya meninggal dunia pada jam 2.30 petang semalam di kediaman keluarga mereka di Shah Alam, Selangor.
“Dengan dukacitanya dimaklumkan ayah kesayangan Noryn kembali ke Rahmatullah petang ini di rumah keluarga kami di Shah Alam,” katanya.
Jenazah disolatkan di surau Rahaiyatul Firdaus, Alam Budiman, U10, Shah Alam selepas solat Isyak, malam tadi.
“Terima Kasih Buat Arwah Ayah Tersayang”
Noryn turut berkongsi berita duka itu di akaun Instagramnya.
“اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ
“Dengan dukacitanya dimaklumkan ayah kesayangan Noryn, Hj Abd. Aziz Mohd Dali telah kembali ke rahmatullah petang ini di rumah keluarga kami.
“Terima kasih. Al-Fatihah buat ayah tersayang,” luah Noryn.
Pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor melangkah setapak lagi dalam dunia perniagaan. Pasaraya ST Rosyam Mart yang terletak di Setiawangsa, Kuala Lumpur ini menjadikan beliau satu-satunya pelakon yang ada bisnes pasaraya di negara ini.
Sekitar awal Jun 2018, pasaraya yang beroperasi 24 jam ini sudah dibuka kepada pengunjung. Ramai pengunjung yang seronok berbelanja di sini. Sebabnya bukan saja harga barangannya dikatakan berbaloi dan sesetengah barang lebih murah, jika ada rezeki berjodoh mereka dapat merakam kenangan bersama aktor kesayangan, Datuk Rosyam Nor.
Sebelum pasaraya ini dilancarkan lagi, pengunjung dah beri sambutan yang hebat. “Terima kasih kepada yang datang support. Terima kasih juga tegur teguran untuk perbaiki kelemahan.”
“Apa pun harap semua suka dengan konsep pasaraya 5 stars tapi harga borong dan barangan basah yang segar. Pada sesiapa yang belum singgah, saya menjemput ni. Datang la.” ulasnya di laman instagram miliknya.
Operasi 24 Jam Mudahkan Pengunjung
Ada juga ulasan pengunjung yang berkongsi rasa gembira shopping barang di sini. Katanya, sebab ia dibuka 24 jam jadi memudahkan mereka membeli barang untuk keperluan yang terdesak. Di sini juga terdapat barang makanan basah yang ‘rare’ seperti sotong kurita dan king crab.
Satu lagi yang menarik, pasaraya berkeluasan 13 unit lot kedai ini menawarkan perkhidmatan dan suasana dalam kedai yang selesa kepada pengunjung.
Dalam temu bual Datuk Rosyam bersama Astro Awani beliau memaklumkan nama pasaraya ini diambil bersempena usahasama dengan syarikat Sri Ternak.
Dunia bisnes sudah sinonim dengan aktor hebat ini. Sebelumnya beliau pernah menceburi bidang pertanian menerusi projek tanaman nangka madu J33 dan durian belanda. Malah penerbitan drama di bawah produksinya, Suhan Movies & Trading Sdn Bhd terus beroperasi sehingga ke hari ini.
Kata minat Datuk Rosyam di instagram lagi, “Tak susah pun nak datang ke pasaraya ini, cuma waze ST Rosyam Mart.” Ada juga yang berhasrat nak berkunjung ke pasaraya ini dengan harapan dapatlah nanti berselfie dengan owner iaitu Datuk Rosyam Nor sendiri.
Pelanggan Kongsi Apa Yang Best Di Pasaraya Rosyam Nor
Aidiladha ini pastinya paling meriah buat keluarga pelakon dan selebriti Fizz Fairuz.
Niatnya mahu memiliki tujuh cahaya mata, pelakon, Datuk Fizz Fairuz, 41, akan menumbangkan tujuh lembu untuk ibadat korban sempena Aidiladha, tahun ini.
Sembelih 7 Lembu
Fizz atau nama sebenarnya, Mohd Fairuz Zainal Abidin berkata, tujuh lembu itu adalah simbolik pada niatnya dan berharap Allah akan mengurniakan hasratnya di sebalik pengorbanan dilakukan.
“Untuk Aidiladha kali ini saya tidak balik ke kampung kerana ibu berada di Kuala Lumpur. Kami sekeluarga akan menyembelih tujuh lembu.
“Alhamdulillah, paling meriah tahun ini. Kami korbankan tujuh lembu kerana saya mahukan tujuh cahaya mata, itulah nazar saya.
“Ibu saya mempunyai sembilan anak, tetapi saya mahukan tujuh. Insya-Allah,” katanya
Fizz dan isteri, Datin Almy Nadia mendirikan rumah tangga pada 26 April 2004 dan dikurniakan empat cahaya mata perempuan, termasuk seorang anak angkat.
Pengorbanan Isteri Beri Makna Besar
Menyingkap erti pengorbanan dalam kehidupan sehariannya, Fizz menyifatkan pengorbanan isterinya, Almy antara yang memberi makna besar dalam hidupnya.
“Pengorbanan seorang ibu buat anak-anak. Apa yang saya maksudkan adalah pengorbanan Almy pada anak.
“Dia sanggup melakukan apa sahaja demi menuntut tanggungjawab sebagai ibu.
“Jujurnya, saya terharu melihat apa yang dikorbankan Almy selama ini. Kalau duduk serumah dengan saya, anda boleh lihat bagaimana Almy berkorban setiap hari.
“Banyak pengorbanan yang dilakukan,” katanya yang ditemui pada majlis tayangan media filem Sue-On, malam kelmarin.
Bab didik anak, Hanis Zalikha tegas dalam lembut. Rasanya ramai yang mengetahui selebriti terkenal, Hanis Zalikha sering kali berkongsikan tips-tips tentang kehidupannya sebagai ibu kepada dua orang cahaya.
Malah ada yang menjadikan Hanis dan suami, Hairul Azreen sebagai inspirasi dalam mendidik anak-anak mereka iaitu Yusuf Iskandar, 6 dan Alisa Aisyah yang kini berusia tiga tahun.
Bab Didik Anak, Hanis Zalikha Tegas Dalam Lembut
Malah ada yang memuji betapa lembutnya Hanis melayan karenah anak-anaknya. Seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro, Hanis punya cara tersendiri mendidik anak-anak.
“Sekiranya kami ada menegur atau marah anak-anak, sebelum tidur kami akan berbincang balik apa kesalahan.
“Apa yang boleh diperbetulkan dan pendekatan bagaimana yang lebih sesuai.
“Ini bagi memastikan mereka mempelajari sesuatu daripada teguran itu.
“Jangan rasa saya ini lembut sangat sebab sebenarnya saya seorang yang tegas.
“Saya Tak Garang Tapi Tegas”
“Kalau saya kata tak boleh, maknanya memang tak boleh. Cuma cara saya cakap dengan nada yang tidak tinggi.
“Ada yang kata ‘lembutnya dengan anak-anak’, tapi sebenarnya bukan lembut.
“Saya tak garang tapi lebih tegas.
“Jika ingin menegur anak-anak yang melakukan kesalahan, memang kena tegas kerana kita ingin mendidik,” kata Hanis yang juga kini merupakan duta produk jenama Innersejuk.
“Keluarga Hanis & Hairul Sentiasa Jadi Inspirasi” Warganet
Menerusi komen beberapa hantaran di akaun Instagram Hanis Zalikha, warganet memberikan komen yang positif terhadap keluarga yang sentiasa menjadi inspirasi orang ramai.
Budak 9 tahun meninggal akibat sawan, ibu diserang strok ikut jejak anak berselang dua hari. Bagai sehidup semati, janji yang termetrai di luh mahfuz....