Akui Shuhada ada hubungi minta nasihat tangani isu penyondol. Krisis rumah tangga selebriti akhir-akhir  ini menjadi perbualan ramai.

Selepas kisah rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusoff sedikit reda, kemudiannya kemelut rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi. Terbaru menerusi pendedahan di akaun Tik Tok, Puteri Sarah mendedahkan bekas isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada atau Shuhada ada menghubunginya sebelum ini.

Akui Shuhada Ada Hubungi Minta Nasihat Tangani Isu Penyondol

Memaklumkan Shuhada pernah menghubungi dirinya. Pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana itu turut memberitahu Shuhada menghubunginya untuk mengetahui cara menangani isu penyondol rumah tangga.

Seperti mana dilaporkan Astro Gempak, Puteri Sarah menerusi siaran langsung (live) di TikTok malam tadi menyatakan, Shuhada memintanya untuk berkongsi cara menangani isu penyondol rumah tangga.

“Sarah berjuang ini bukan untuk Sarah sahaja. Tapi Sarah buat juga untuk wanita-wanita yang teraniaya di luar sana. Sarah bukakan jalan diorang, itu niat Sarah.

“Sarah buka jalan diorang supaya mereka tahu apa nak buat termasuk sebenarnya yang sekarang dah jadi ex wife (bekas isteri) Hafidz Roshdi.

“Masa Sarah di Madinah, dia memang contact Sarah untuk tanya macam mana dan minta Sarah beri guide. Tapi Sarah tak nak beritahu la,” luah Sarah.

Bantu & Bimbing

Sambung Sarah, dirinya berniat membantu dan membimbing Shuhada dari segi membuat laporan di jabatan agama serta balai polis.

“Dia minta guide daripada Sarah dan dia minta Sarah doakan untuk dia masa Sarah dekat Madinah dan Makkah hari itu. Memang Sarah tolong dia, Sarah guide dia step by step apa nak buat.

IKLAN

“Report polis semua, pergi jabatan agama… Sarah yang guide dia,” luahnya lagi.

Mohon Netizen Tidak Membuat Fitnah Terhadap Dirinya

Pada masa yang sama Puteri Sarah turut menegaskan dirinya bukan bercerita mengenai keburukan orang lain dan memohon netizen tidak membuat fitnah terhadapnya.

“Tak, saya tak cerita apa-apa fasal orang. Saya kata saya guide dia, awak yang negatif. Saya tak cerita keburukan siapa. Saya kata saya hanya beri guidance.

“Awak jangan, awak yang dekat sini nak create fitnah ini,” kata Puteri Sarah.

IKLAN

Akui Shuhada Ada Hubungi Minta Nasihat Tangani Isu Penyondol “Sarah Berjuang Buat Wanita Teraniaya Di Luar Sana”

Baca Disini : “Jangan Lukakan Hati, Sayangi, Manjakan Isteri. Tutup Ruang, Peluang Untuk Curang” Nasihat Warganet Buat Hafidz Roshdi

“Jodoh Kami Sampai Di Sini”, Shuhada Bakal Fail Pengesahan Lafaz Cerai 1 Mac Jatuh Pada Hari Lahirnya

Akui Shuhada Ada Hubungi Minta Nasihat Tangani Isu Penyondol “Sarah Berjuang Buat Wanita Teraniaya Di Luar Sana”

Sumber : Astro Gempak 

IKLAN

Sumber Foto :  Instagram Puteri Sarah Liyana

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!

Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.

 

Akui Shuhada Ada Hubungi Minta Nasihat Tangani Isu Penyondol “Sarah Berjuang Buat Wanita Teraniaya Di Luar Sana”

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI