“Aku Down Sangat Tengok Budak Tahun Satu Stress Jawab Soalan” Nota Ini Untuk Menteri Pendidikan Baru, Dr Maszlee Malik

Bukan saja ibu bapa, guru-guru sekolah pun ada harapan yang sarat menggunung untuk Menteri Pendikan Malaysia yang baru dilantik Jumaat lepas, Dr Maszlee Malik. Mereka mahu lihat titik perubahan dalam sistem pendidikan negara agar bersesuaian dengan keperluan sebenar murid-murid sekolah.

Bayangkan, bukan saja anak-anak darjah satu jadi stress, tertekan tengok kertas peperiksaan yang terlalu tinggi levelnya. Sampai ada yang menangis setiap kali jawab periksa sebab terlalu sukar untuk difahami.

Lelaki ini, ZF Zamir mantan guru di Kementerian Pendidikan Malaysia meluahkan apa yang terbuku selama ini. Semoga catatan terbuka untuk Dr Maszlee Malik ini sampai dan akan memberi berita gembira seterusnya penambahbaikan sistem pendidikan di negara ini.

 

“Aku Down Sangat Tengok Budak Tahun Satu Stress Jawab Soalan” Ini Surat Untuk Menteri Pendidikan Baru, Dr Maszlee Malik

Agak-agak Dr Maslee Ubah Tak Silibus Melampau Aras Tinggi

“Mir, agak-agak Dr Maszlee akan ubah tak silibus melampau aras tinggi untuk anak di sekolah? Plus agak-agak dia tau tak perangai Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) & Lembaga Peperiksaan yang tak seiring sejalan? Plus dia tau tak pegawai kat MOE (Kementerian Pendidikan) selalu kondem Cikgu saja tanpa mahu mendengar keperluan sebenar murid-murid kat sekolah?

Aku tengok soalan Tahun 1 exam tadi, ada anak menangis tak boleh jawab, aku rasa down sebab aku tengok soalan memang susah, format sama macam tahun 6, cuma direndahkan aras dan dikurangkan panjang petikan.

Aku tak faham kenapa dari Tahun 1 sibuk nak ikut format ni? Zaman kita dulu jawab soalan Bahasa Melayu darjah 1 seronok je mewarna, suai, isi tempat kosong, sambung ayat. Ini dah jawab petikan. Cuba tengok buku teks dan buku aktiviti tahun 1 – tahun 3, tinggi aras soalan, anak baru terkial-terkial nak baca dan eja, dah suruh faham petikan dan jawab soalan pemahaman.

Ada anak memang boleh buat, ramai pun. Cikgu nak ajar memang seksalah, tapi Cikgu biasanya okay je, akan cari jalan. Tapi kalau begitulah bentuknya dari tahun 1 hingga ke tahun 6, ya Allah betapa bosannya.

Kalau cakap kat MOE, kat BPK, ingat diorang nak terima ke? Balik-balik Cikgu juga yang salah, sebab dia cakap cikgu juga yg gubal silibus. Cuma yang kita tak tahu, Cikgu yang macam mana yang diorang ambil ni? Background macam mana? Jelas tak konsep perkembangan kanak-kanak?

Aku tak tau nak cakap kat sapa, aku down sangat tengok budak stress jawab soalan. Tahun 1 kot, panjang lagi perjalanan hidup dia. Satu yang aku rasa diorang tak faham, nak jadikan anak cerdik bukan dengan jadikan silibus susah, soalan susah, nak jadikan anak cerdik kena banyak beri dia peluang, beri pendedahan, cuba gunakan semua deria dalam kelas, beri ruang dia berkembang, bukan tekan dengan benda yang bukan tahap dia,”

 

“Aku Down Sangat Tengok Budak Tahun Satu Stress Jawab Soalan” Ini Surat Untuk Menteri Pendidikan Baru, Dr Maszlee Malik

Penting Untuk Dr Maszlee Dapat Informasi Yang Betul

Ni Whatsapp aku dapat pagi tadi daripada seorang teman. Aku tak pasti apa Dr Maszlee akan jawab, tapi aku rasa yang penting dia perlu dapat informasi yang betul.

Iaitu dari orang yang melaksanakan di bawah. Bukan dari orang atas yang selama ni dalam semua laporan tak tulis satu pun keburukan MOE ni sebab nak puaskan hati orang atas.

Aku rasa ini cabaran baru. Untuk bekerja bersama-sama birokrat dalam MOE serta yang paling penting adalah untuk cakap kepada Menteri perkara-perkara yang menyakitkan macam ni.

Untuk ubah mindset birokrat termasuk Ketua Jabatan di setiap lapisan tu satu hal. Untuk belajar turun dan terima realiti – supaya perubahan boleh dilaksanakan tu satu hal lain.

Aku cuma jawab ke Cikgu atas ni aku tak boleh janji apa. Tapi aku boleh cuba sampaikan. Dan minta doa semua. Terutama untuk Dr Maszlee yang akan angkat sumpah sekejap lagi jam 5.30 petang. (nota ini dicatatkan pada 21/5/2018) Supaya kita semua boleh bekerja sama-sama untuk buat perubahan ni.

Sumber/Foto : ZF Zamir

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI