Di saat cahaya pagi pertama menembusi rimbunan hutan yang tebal, suasana hening hutan disapa melodi indah, kicauan, siulan dan nyanyian burung yang silih berganti.
Ia bukan sekadar latar bunyi semula jadi, tetapi suatu simfoni kehidupan liar yang menghidupkan seluruh landskap. Inilah yang menjadikan negeri Sabah, yang terletak di utara pulau Borneo, sebuah syurga sebenar bagi pencinta burung.
Dengan lebih 600 spesies burung, termasuk beberapa spesies endemik yang hanya boleh ditemui di Sabah, negeri ini menjadi destinasi yang semakin popular dalam kalangan peminat aktiviti mencerap atau memerhati burung.
Dari hutan pergunungan ke tanah rendah tropika hingga ke kawasan paya, setiap habitat menawarkan pengalaman unik dengan karakter burung tersendiri, menjadikan Sabah antara lokasi terbaik di Asia untuk aktiviti ini.
Kini, memerhati burung bukan sekadar hobi eksklusif pencinta alam, tetapi satu cara untuk menghargai biodiversiti, menenangkan jiwa, dan pada masa sama memberi impak kepada pemuliharaan.
Ads
Ingin Mula Mencerap Burung? Ini Panduan Lengkap untuk Anda
1. Mulakan dengan Spesies Mudah & Bina Keyakinan
Kepelbagaian burung di Sabah sememangnya memukau, namun bagi yang baru ingin bermula, ia boleh mengelirukan. Fokuskan dahulu pada spesies yang biasa dilihat seperti burung merbah, burung kelicap dan burung raja udang.
Spesies ini lazimnya berwarna terang, mudah dikenali melalui bunyi dan kelakuannya. Dengan kekerapan pemerhatian, anda akan lebih peka pada perbezaan halus dari segi warna bulu, bentuk badan, dan tingkah laku. Latihan ini melatih mata dan telinga anda membina asas kukuh untuk pengembaraan lebih mencabar di hutan-hutan Sabah.
2. Pelajari “Bahasa Burung”
Tidak semua burung mudah dilihat. Ramai yang bersifat pemalu dan mempunyai penyamaran hebat. Namun bunyi kicauan dan nyanyian sering menjadi petunjuk kehadiran mereka. Gunakan aplikasi seperti Merlin Bird ID dan BirdNET.
Aplikasi ini membantu mengenal pasti spesies berdasarkan suara, sangat sesuai untuk pemula. Anda juga boleh merakam dan menyimpan koleksi bunyi burung di kawasan anda sendiri. Semakin mahir anda dengan vokalisasi burung, semakin mudah untuk mengesan spesies yang tersembunyi di kanopi dan semak.
3. Labur Peralatan Asas (Tak Perlu Mahal)
Untuk bermula, cukup dengan Teropong 8×42. Gabungan ideal untuk pembesaran, kecerahan dan keselesaan
Ads
Panduan lapangan seperti Field Guide to the Birds of Borneo oleh Quentin Phillipps
Peralatan ini cukup memadai untuk mengenal pasti burung dengan tepat serta memahami habitat dan tabiatnya. Yang lebih penting daripada gajet mahal ialah kesabaran, ketelitian dan pengetahuan yang anda bina dari masa ke masa.
🌱 4. Hayati Proses, Bukan Sekadar Hasil
Mencerap burung mengajar kita untuk memperlahan langkah dan menghargai detik-detik kecil. Ada hari anda akan menemui banyak spesies, ada hari hanya sunyi dan tiupan angin. Namun itu jugalah keindahannya.
Gunakan masa ini untuk menyelami irama alam:
Bunyi daun bergeseran
Siulan jauh dari pohon
Gerakan halus di celah ranting
Setiap detik ini adalah terapi semula jadi yang tidak ternilai.
Ads
5. Sertai Komuniti & Lawatan Berpandu
Jika anda ingin pengalaman lebih tersusun, boleh menyertai:
Lawatan berpandu bersama agensi pelancongan berlesen
Sabah Birdwatchers Association
Borneo Bird Club
Mereka menyediakan pemandu berpengalaman, pengurusan logistik dan aktiviti berkumpulan sesuai untuk pemula. Dalam komuniti, anda juga boleh bertukar ilmu, belajar daripada pakar dan mempercepat proses pembelajaran anda.
Jangan Terlepas: Festival Burung Borneo 2025
Catat dalam kalendar! Festival Burung Borneo akan berlangsung pada:
🗓️ 25–26 Oktober 2025 📍 Rainforest Discovery Centre, Sandakan
Festival ini menghimpunkan:
Pencinta burung tempatan & antarabangsa
Jurugambar alam
Pakar pemuliharaan
Satu peluang emas untuk belajar, berkongsi dan merayakan kekayaan biodiversiti Sabah!
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di www.sabahtourism.com.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Farid berangan, tidak ada apa lagi boleh diselamatkan” itulah antara ungkapan yang diuahkan oleh Diana Dianelle sewaktu ditemubual wartawan. Perkongsian itu disampaikan sendiri oleh Diana selepas sebutan pertama prosiding cerai yang difailkannya terhadap Farid di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini.
Untuk rekod, pada 10 Ogos tahun lalu, Farid dan Diana bercerai talak satu namun mereka memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.
Manakala pada 20 November lalu, peguam syarie yang mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan mahkamah mengesahkan status pasangan itu masih suami isteri setelah kembali rujuk pada 31 Ogos tahun lalu.
Ia susulan Akberdin memaklumkan perakuan rujuk perlu dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk permohonan perceraian yang difailkan pada 4 November lalu.
“Farid Berangan, Tidak Ada Apa Lagi Boleh Diselamatkan”
Seperti mana yang dilaporkan Diana tindakan Farid Kamil tidak bersetuju melafazkan cerai sesuatu yang sangat memualkan.
“Tindakan dia (Farid) hari ini amat memualkan dan saya rasa dia tidak berpijak ke bumi yang nyata. Dia berangan kerana tidak ada apa lagi yang kita boleh selamatkan.
“Selama setahun kita rujuk, bukankah itu peluang untuk kita berdamai dan cuba perbaiki keadaan? Tetapi dia gagal.
“Banyak peluang yang awak boleh dapat, tetapi bagi saya dia buang masa. Pijaklah di bumi yang nyata… lepaskan saya, jangan zalimi saya,” ungkap Diana seperti mana dipetik menerusi mStar Online.
Tetapkan Pendirian Untuk Bercerai
Aktres itu juga sangat tegas dengan keputusannya, dan dek kerana Farid mengambil pendirian untuk memanjangkan kes, dia juga akan membuat satu tuntutan nafkah terhadap suaminya itu.
“Tindakan seterusnya adalah saya akan tuntut nafkah yang sebelum ini tertunggak. Kalau dia lepaskan saya, saya tarik semula kes itu.
“Saya masih meneruskan kehidupan seperti biasa. Saya tetap akan teruskan penceraian walaupun panjang. Saya cuma mahu bercerai,” sambung Diana.
Pada masa yang sama, Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan kes pasangan itu disambung ke peringkat Jawatankuasa Pendamai (JKP) memandangkan Farid enggan melafazkan cerai.
Sebutan semula kes tersebut akan bersambung pada 24 Mac depan.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sepatutnya hari ini menjadi hari yang menggembirakan buat keluarga Annuar Yusof — anak sulung kesayangan, Akmal Wafi berjanji mahu pulang ke Kulim bersama adik perempuannya. Tapi janji itu hanya tinggal kenangan.
Annuar Yusof, 55, menahan sebak ketika menceritakan detik terakhir bersama anaknya, Konstabel Akmal Wafi, 27, anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 Ipoh yang maut dalam kemalangan tragis membabitkan trak pasukan dan sebuah lori muatan batu di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Teluk Intan.
Nahas itu meragut nyawa sembilan anggota termasuk Wafi — anak sulung daripada lima beradik yang sering menjadi tempat bergantung keluarga.
“Tiga hari lepas Wafi buat panggilan video. Dia ceria seperti biasa. Kami sekeluarga termasuk adik perempuannya, Nor Wardina, 26, berborak panjang. Katanya nak balik kampung… nak tumpang kereta adik dia dari Shah Alam, singgah di Ipoh. Tapi hari ni… kami terima jasadnya, bukan senyumannya.”
Peramah & Habiskan Masa Bersama Keluarga
Annuar mengimbas kenangan dua minggu lalu, kali terakhir dia bersua muka dengan anaknya yang peramah dan suka menghabiskan masa dengan rakan-rakan lama setiap kali bercuti. Tiada langsung petanda Wafi akan pergi buat selama-lamanya.
“Waktu saya dapat tahu pasal kemalangan, saya tengah sarapan dengan kawan. Tengok gambar dan video yang tular… tak sangka anak sendiri ada di dalam tu.”
Hatinya mula gelisah bila panggilan telefon kepada Wafi tidak dijawab. Gerak hati seorang ayah mula meronta, sehinggalah panggilan ke tempat kerja anaknya mengesahkan berita paling menyakitkan itu.
“Selalu dia kongsi video dan cerita pasal kerja dengan kami… kali ni dia senyap terus.”
Proses bedah siasat yang bermula pukul 2.30 petang itu melibatkan tiga doktor pakar dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh. Jenazah anggota beragama Islam disembahyangkan di Surau Ar-Rahman sebelum dibawa ke Markas FRU Unit 5, Sungai Senam, Ipoh bagi istiadat penghormatan terakhir.
Lapan daripada sembilan mangsa dikebumikan di Perak dan seorang di Lunas, Kedah.
Allahyarham Sarjan Mohd. Roslan Abd. Rahim, 46, dikebumikan di Meru, Ipoh manakala Koperal Mohd. Pozli Jaudin, 41, di Kampung Pantai Besar, Batu Kurau.
Jenazah Koperal Amiruddin Zabri, 38, dikebumikan di Kampung Sungai Itek, Gopeng; Koperal Mohamad Hilmi Mohd. Azlan, 38, di Masjid Simpang, Taiping dan Koperal Muhamad Akmal Muhamad, 35, di Kampung Parit Teluk Piai, Kuala Kurau.
Allahyarham Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif, 33, dikebumikan di Tanah Perkubutan Islam Kampung Kepayang, Ipoh
Jenazah Konstabel Akmal Wafi Annuar, dibawa menaiki van jenazah berasingan dan bertolak pada jam 10 malam dari Jabatan Forensik hospital itu.
Difahamkan, jenazah akan dibawa ke Surau Ar-Rahman Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak untuk disembahyangkan dan akan dibawa ke Markas Unit 5 FRU Sungai Senam untuk acara penghormatan terakhir. Jenazah Konstabel Akmal Wafi Annuar akan dikebumikan di Lunas, Kedah.
Al Fatihah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kecur air liur, Sotong Masam Manis Ala Thai Makan mak-mak wajib cuba masak. Sambil dengar lagu raya terkenang suasana di kampung, memang sayu. Hari ini sudah 19 hari kita berpuasa, mak-mak mesti dah terkenang kampung halaman.
Apapun menu berbuka petang ni wajib dihidangkan di meja tau! Apa kata jom kita masak Sotong Masam Manis Ala Thai Makan Sekali Nak Lagi!
Kecur Air Liur
Mudah saja kiranya kalau tutup mata pun boleh buat sebab mak-mak kan dah pro di dapur. Resipi mudah ni 5 minit dah boleh siap yang penting kena ada sotong. Jom cuba resipi ni untuk berbuka petang ini.
Bahan-Bahan:
10 ekor sotong disiang dan dibuang kulit
Bahan sos:
6 ulang bawang putih (dihiris halus)
10 biji cili padi (dihiris)
3 biji cili merah (dihiris)
3 tangai (akar ketumbar)
2 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan
1 sudu kecil gula
Garam dan serbuk perasa.
1 biji air perahan limau
Daun ketumbar dipotong halus
Cara Memasak :
1.Masukkan sotong ke dalam kuali kemudian masak kan sotong tersebut.(ketepikan sotong yang telah dimasak)
Untuk sos masukkan bawang putih, cili padi, cili merah, akar ketumbar ke dalam mangkuk kemudian gaul.
3.Masukkan pula sos tiram, sos ikan, gula, garam, serbuk perasa dan air perahan limau atau lemon serta daun ketumbar.
4.Kacau dan akhir sekali masukkan sotong dan gaul sebati. Siap! Sudah boleh dihidang bersama menu lain sewaktu berbuka puasa nanti.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Astro melangkah setapak lebih jauh dalam cara mendekatkan drama dengan penonton, kali ini menerusi siri popular Thariq Ridzuwan: His Treasure (TRHT). Bukan sekadar tontonan,...