
Sejak ditubuhkan pada tahun 2020, WOW BEAUTY tidak pernah lari daripada misinya iaitu “menjadikan kecantikan mudah untuk golongan muda di seluruh dunia.” Dari satu visi kecil, lahirlah sebuah destinasi kecantikan moden yang menggabungkan jenama penjagaan kulit antarabangsa terkemuka bersama label niche luar negara.
Hasilnya, tercipta sebuah ruang gaya baharu. Padat dengan pilihan, kaya dengan pengalaman membeli-belah, seimbang antara kemewahan premium dan harga mesra poket.

Reka Bentuk Futuristik & Ikon Media Sosial
Melangkah masuk ke ruangannya, bagaikan memasuki dunia avant-garde. Permukaan logam berkilau, struktur cermin reflektif, dan pencahayaan dinamik bersatu mencipta suasana visual yang memukau. Zon swafoto imersif di setiap kedai menjadi “spot wajib” buat generasi media sosial, kerana kecantikan hari ini bukan sekadar dimiliki, tetapi juga dikongsikan.
WOW BEAUTY juga bijak menyepadukan pengalaman fizikal dengan digital. Dengan strategi pemasaran bersepadu, jenama ini muncul sebagai mercu tanda baharu dalam dunia kecantikan generasi Z.
Jejak Antarabangsa di Kuala Lumpur
April lalu, WOW BEAUTY menjejakkan kaki ke pentas antarabangsa melalui pelancaran sulungnya di Kuala Lumpur. Sambutannya? Hangat dan penuh meriah. Selepas lima bulan kajian teliti serta penyesuaian budaya, langkah lebih berani diatur. Kedai konsep pertama di IOI City Mall kini rasmi menjadi sebahagian daripada komuniti kecantikan Malaysia.

Di negara berbilang kaum dengan tona kulit pelbagai, pasukan WOW BEAUTY melabur besar dalam penyelidikan dan pembangunan. Produk diuji pada spektrum kulit Asia, solekan pula direka agar setiap warna kulit diraikan. Sistem perkhidmatan kecantikan setempat turut diperkenalkan kerana di WOW BEAUTY, setiap wajah berhak memiliki detik bersinar tersendiri.
Nilai Yang Mudah, Jiwa Yang Positif
WOW BEAUTY percaya bahawa “kecantikan tidak sepatutnya rumit.” Dengan nilai kesederhanaan, sinar positif dan semangat keyakinan, setiap inci ruangnya menyeru wanita muda Malaysia untuk berani mengekspresikan diri.


Dari Kanak-Kanak Hingga Peminat K-Beauty
Menawarkan lebih 300 jenama berkualiti tinggi dengan 3,000+ SKU popular, WOW BEAUTY menjadi pintu masuk kepada tren kecantikan global. Malah, kedai konsep di IOI City Mall memperkenalkan sesuatu yang unik. Zon solekan kanak-kanak, selamat lagi menyeronokkan, meraikan detik ibu-anak dengan cara yang berbeza. Dan buat peminat K-beauty, beberapa produk Korea terlaris kini dibawa masuk khas ke Malaysia.
Promosi Pembukaan Penuh Kejutan
Sempena pembukaan cawangan baharu, pelanggan dihadiahkan pengalaman eksklusif: solekan percuma bersama jurusolek profesional, promosi jenama istimewa, hadiah dengan setiap pembelian, serta pelbagai kejutan lain. Dari cawangan pertama hinggalah ke-308 di seluruh dunia, WOW BEAUTY tetap setia pada aspirasi asalnya menjadi destinasi kecantikan nombor satu Asia, membawa kecantikan tanpa sempadan serta keyakinan yang bersinar pada setiap insan.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!



















