Ada sesetengah anak-anak memang suka sangat minum susu formula. Dalam sehari berbotol-botol dia minum. Sampaikan jumlah nasi yang dimakan tu.. alahai! Boleh kira.
Susu itu pula macam dah jadi makanan harian anak. Mak pula selagi anak minta, dia pun beri. Susu kan baik untuk kalsium dan tumbesaran anak, jadi mak pun tak adalah rasa apa-apa.
Itulah yang ada di fikiran pun. Tak sedar yang overdose beri susu formula boleh akibatkan mudarat yang lain pada anak.
Dan inilah yang jadi pada ibu ini, Anis Amiza dan anak lelakinya, Wan Haziq seusia 2 tahun 5 bulan. Bila mana si kecilnya itu overdose susu formula.
Gambar Haziq sebelum sakit
Sebelum masuk wad.
Overdose Susu Formula, Jadi Kat Anak Baru Rasa Menyesal
Akui ibu ini, “Banyak kali juga baca artikel doktor bahaya bagi susu berlebihan dekat anak yang umur 2 tahun ke atas.”
Sayangnya dia cuma membaca saja info itu. Ikutnya tidak. Bila terjadi dekat diri sendiri, barulah dia dan suaminya, Wan Farhan rasa menyesal.
Pengalaman anak kesayangan mereka Wan Haziq yang sakit perut disebabkan minum susu banyak ini boleh dijadikan pengajaran.
“Lebih 10 botol sehari sebanyak 260 ml, minum susu dengan sekelip mata je habis licin susunya. Makan pun banyak.”
“Hari pertama dan kedua, Haziq dah tunjuk simptom-simptom nak cirit birit dan dah start muntah. Tapi yang paling teruk pada hari ketiga. Dia berak keadaan cangkung sambil menahan sakit.”
“Hari keempat, Haziq dah mula berak berdarah. Ibu mana tak panik kan. Buka-buka pampers, penuh darah. Menggigil satu badan ni. Bergegas pergi HUSM pukul 4 pagi.”
Ads
Sepanjang perjalanan Anis tak henti-henti istighfar.
Hari ketiga cirit birit.
Hari Ketiga, Haziq Berak Berdarah Dari 4 Pagi Sampai Malam
Sampai ke hospital, terus ke bahagian kecemasan. Haziq kena admit ward. Macam-macam diagnosis doktor pakar buat. Dan andaian doktor, Haziq terlebih minum susu.
Sehari Haziq berak lebih 20 kali. Dinding usus keradangan dan luka disebabkan Haziq kerap berak.
“Paling sedih hari ketiga. Haziq berak darah dari pukul 4 pagi tak henti sampai malam. Pampers ada 52 pcs, habis licin!”
“Malam tu, doktor pakar datang sahkan Haziq overdose SUSU FORMULA. Macam tak logik tapi itulah realitinya. Allahu.. Maafkan mama sayang.”
Ads
Macam ni lah dia setiap kali nak berak sambil cakap sakit perut.
Muntah lagi.
Mak-mak, Jangan Jadikan Susu Formula Itu Makanan Harian Anak
“Ibu di luar sana. Kalau anak yang umur 2 tahun ke atas tu, please kurangkan susu. Kalau boleh paksa anak makan. Jangan jadikan susu tu makanan harian.”
“Macam Haziq perut dia sensitif sangat. Dua ke tiga minggu sebelum Haziq cirit birit, Haziq selalu mengadu sakit perut.”
“Lepas minum susu, mesti Haziq akan mengadu sakit perut. Ingatkan dia sakit perut sebab nak berak. Tapi doktor cakap, itu adalah tanda-tanda awal.”
“Kalau anak-anak mengadu sakit perut lepas minum susu, kurangkanlah susu iya.”
Dah aktif seperti biasa.
Tip Untuk Mak Kurangkan Beri Susu Formula Pada Anak, Tapi Lebihkan Makan
1. Dan kalau sayangkan anak, biarkan anak meronta sekejap. Lama-lama akan terbiasa. AJAR dan PAKSA anak-anak makan.
Ads
2. Lagi satu tips, mak-mak boleh cuba letak air kosong dalam botol susu. Bagi anak minum dan cakap kat anak, “Susu dah habis, kena gi beli dulu.”
3. Nak bagi susu juga boleh, bagi fresh milk. Buat masa sekarang ni, Haziq dah stop dulu susu formula. Bagi fresh milk. Agak mahal tapi tak apa lah demi anak.
4. Limitkan dengan minum susu 2 gelas jer sehari. Bagi susu banyak kali tapi dalam kuantiti yang sikit dan pastikan 2 gelas sehari.
5. Bagi makan makanan yang kita makan.
Kalau lepas minum susu dan mengadu sakit perut, tu ada petanda awal la ye. So, berjaga jaga.
“Sis share supaya tak terjadi pada anak-anak lain. Pengalaman ni menjadikan pengajaran buat kami.”
Cegah Lebih Baik Dari Merawat.
WAD 6 Selatan, HUSM
“Terima Kasih Staf HUSM, Team Doktor, Team Jururawat. Dr.Fahisham, Dr.Rizal. Semua baik-baik dan sangat membantu. Terima Kasih! Semoga Allah merahmati kalian.”
Tragedi bas UPSI, Nurly Shahirah meninggal dengan Al-Quran erat dalam pelukannya. Dalam tragedi ngeri yang menggemparkan negara, seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terkorban apabila sebuah bas ekspres yang membawa mereka terbabas di KM53, Jalan Raya Timur–Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik.
Di sebalik ratusan doa yang mengiringi pemergian para pelajar UPSI sejak tragedi ini terjadi, kisah arwah Nurly Shahirah binti Azmi paling menggetarkan jiwa.
Tragedi Bas UPSI
Nurly Shahirah Meninggal Dengan Al-Quran Erat Dalam Pelukannya
Dalam usia 23 tahun, dia bukan sahaja pelajar tahun akhir jurusan Pendidikan Khas malah seorang hafizah Al-Quran yang telah menghafaz 30 juzuk sejak remaja. Al-Quran bukan saja ada di dadanya tapi ketika ditemui pasukan penyelamat Al-Quran berada dalam pelukannya. Satu pemergian yang cukup menyentuh hati.
Menurut perkongsian dikongsi oleh abang arwah, Najmuddin Azman, kenalan arwah berkongsi ketika kejadian menyayat hati itu terjadi, jenazah Nurly Shahirah ditemui sedang memeluk Al-Quran, erat dalam pelukannya seolah itulah “temannya” hingga ke akhir hayat.
“Dia Tak Pernah Tinggal Mengaji”
Menurut abangnya lagi, arwah adiknya terlalu baik bahkan pada pagi pengkebumiannya sekitar jam 4 pagi tadi, begitu ramai yang hadir untuk solat jenazah di Masjid Hadhari Jerteh biarpun waktu mencapai dinahari. Arwah telah selamat dikebumikan di Tanah
Perkuburan Kg Gong Pasir.
“Dikk..ramainya tunggu adikkk… “Alhamdulilah. Selesai adik di dunia.Terima kasih yang terlibat…
Berkongsi catatan abangnya, arwah dilahirkan di Kampung Paya Berenjut, Kuala Terengganu dan merupakan bekas pelajar SM Imtiaz Yayasan Terengganu, Besut, sekolah yang melahirkan ramai pelajar tahfiz.
Sejak remaja, arwah telah menghafaz 30 juzuk Al-Quran dan istiqamah mengulang bacaan setiap hari. Bahkan di akhir hayatnya, membuktikan dirinya bukan saja hafizah 30 juzuk tetapi penjaga Kalamullah yang dijemput Ilahi dalam keadaan penuh mulia iaitu erat memeluk Al-Quran.
“Dia hafaz 30 juzuk. Dalam beg dia, mesti ada Al-Quran kecil. Dia akan ulang hafazan tiap malam, tak pernah tinggal mengaji.”
Lebih membanggakan, arwah juga pernah menyalin keseluruhan Al-Quran secara tulisan tangan (tahriri) satu bentuk penghayatan dan latihan hafazan yang jarang dilakukan pelajar seusia arwah.
Jenazah Disambut Dengan Air Mata & Doa
Jenazah Nurly Shahirah disolatkan di kampung halamannya di Kuala Terengganu, diiringi keluarga, rakan-rakan dan orang kampung. Ratusan hadir memberikan penghormatan terakhir. Suasana penuh sebak apabila mushaf kecil miliknya turut diletakkan bersama jenazah sebelum dikebumikan.
Ibunya hanya mampu berkata dalam linangan air mata:
“Dia anak yang sangat baik. Lembut orangnya. Tak pernah tinggal solat, selalu baca Quran… Bila dia diam, biasanya dia tengah mengaji.”
Arwah bercita-cita menjadi guru pendidikan khas mungkin tidak sempat memenuhi impian yang tidak tertunai. Tapi kisah hidupnya boleh menjadi inspirasi kepada ribuan wanita seusianya dan mendidik kita semua, tentang cinta pada ilmu, kesetiaan kepada Al-Quran dan ketenangan dalam menghadapi ajal.
Al-Fatihah buat Nurly Shahirah Azman dan seluruh pelajar UPSI yang terkorban dalam tragedi menyayat hati dan meruntun jiwa orang ramai. Semuanya dengan cerita dan kebaikan masing-masing yang dikongsikan di media massa.
Semoga roh para pelajar ini dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan orang yang mencintai dan dicintai oleh Al-Quran. Arwah Nurly Shahirah mungkin tidak sempat jadi pendidik di dunia dan sebahagian rakan-rakannya yang turut terkorban tapi kisah gadis muda ini mendidik ummah tentang makna istiqomah. Istiqomah dalam mencintai Al-Quran dan hafalannya.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sos pedas asam jawa resepi original dari Thailand ini memang unik dan mudah saja nak buat. Enak dinikmati bersama daging bakar, ayam panggang, kambing golek, ikan stim, ulam-ulaman, malah keropok mahupun udang atau sotong celup tepung.
Wanita yang menetap di Thailand ini, Puan Suttarat Wan Hanifah berkongsi resepi dan cara-cara membuatnya. Wanita ini yang lebih mesra dipanggil Iffah anak jati kelahiran Kelantan. Berjodoh pula dengan orang Thailand dan sekarang menetap di sana.
“Ini resepi TAMARIND Sauce (nam chim jeal) enak dimakan dengan daging/ayam panggang. Best sangat. Made in Thailand uolss. Sapa tak try rugi.”
Bahan-bahan
? 2 sudu besar air asam jawa
?1 sudu kecil nisan kabong (jika tak de uolls pakai gula perang yea)
?1 sudu besar kicap sotong
? 1 sudu besar bawang merah yang siap dimayang
? 1 sudu besar lada kering yang dikisar (yang ni readymade)
? Beras goreng (readymade) jika kat Malaysia tak de uolls boleh ambil beras goreng tanpa minyak kemudian kisar.
? 1 pohon daun bawang (dihiris)
? 1 pohon daun sup (dihiris)
Cara Buat
1. Masukkan semua bahan kecuali daun-bawang, daun sup dan bawang merah. Gaul sebati(campuran ni uolls boleh simpan dalam peti sejuk jika tak nak dihidangkan lagi)
2. Masukkan daun bawang, daun sup dan bawang merah kacau kemudian hidangkan.???
Nota: Bila nak makan barulah hiris daun bawang,daun sup dan bawang merah.
Nota:
√ Sedap dimakan dengan ulam.
√ Jika di Thailand, sos ini diratah begitu saja. Sedap!
√ Antara ulam yang enak dimakan bersama sos pedas asam jawa Thai ini timun, kubis, daun salad dan lada hijau yang kecil tu.
√ Jika disimpan dalam chiller boleh tahan seminggu.
Specialnya Sos Pedas Asam Jawa Ni
√ Menambah rasa makanan.
√ Kurangkan bau daging seperti ayam,lembu,kambing dan ikan.
√ Bila makan berjemaah seronok sikit sebab bila makan macam nak berebut-rebut.
√ Yang penting lagi menu ni kalau orang nak turunkan berat badan sesuai untuk dijadikan meal terakhir iaitu waktu petang sebab lebihkan protein dan sayuran (ulam-ulam yang dimakan bersama)
Hati seorang isteri pasti berbunga-bunga bahagia, bila dapat ucapan penghargaan, penuh rasa cinta daripada suami tersayang. Terutamanya pada hari yang penuh bermakna seperti Hari ulangtahun perkahwinan dan hari jadi. Bukan apa, selalunya kaum suami ni,suka simpan perasaan mereka. Payah nak jumpa yang jenis suka meluahkan perasaan, kata-kata yang manis ni pada isteri. Kebanyakannya, isterilah yang kena paham-paham sendiri.Kan!
Rupanya semalam, 4 Mei merupakan ulangtahun perkahwinan ke-enam bagi pasangan selebriti Awal Ashaari,37 dan Scha Alyahya, 34 ini. Pasangan sama cantik sama padan ini telah mendirikan rumahtangga pada 2012 dan dianugerahkan cahaya mata yang comel, Lara Alana, 4 tahun.
Apa yang mencuri perhatian Mingguan Wanita adalah luahan kata-kata romantis Awal buat isterinya Scha sempena ulangtahun keenam perkahwinan mereka. Didalam posting terbaru di Instagram, Awal telah memuatkan memori gambar-gambar sewaktu perkahwinan mereka dengan kapsyen yang cukup romantis buat isteri tersayang.
Antara luahan tersebut;
“Tepat waktu ini, enam tahun yang lalu, saya telah berjanji menjaga, mencintai dan menyayangi dia, Sharifah Nor Azean dengan sepenuh jiwa raga. Hingga saat ini, perasaan dan cinta saya tetap milik dia dan sedikit pun tak pernah kurang, malahan semakin kuat setiap hari. Dia membuatkan saya mahu jadi lebih baik setiap hari, Dan dia merupakan semangat saya. Saya mungkin tak sempurna, tapi dia menyempurnakan saya”
“Bila orang tanya, apa saya nampak pada dia? Saya nampak masa depan saya dimata dia. Dia ibu kepada anak saya, dia tulang rusuk saya, dia segala-galanya”
Sweet sungguh kan! Mingguan Wanita mengucapkan tahniah dan selamat ulangtahun perkahwinan buat Awal dan Scha.Semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat. Para suami lain pun boleh contohi, luahkanlah kata yang manis-manis buat isteri pun dah mampu buat isteri tersenyum bahagia.
Dua beranak yang menjadi mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru disahkan maut akibat luka parah di leher ditetak senjata tajam jenis pisau pemotong daging. Polis masih menyiasat motif kejadian tragis ini.