AKE Fun Run Olympic Carnival lakar nama di Malaysia Book of Records! Tadika kanak-kanak terkenal, Al Kauthar Eduqids berjaya mencipta rekod Malaysia apabila berjaya menghimpunkan berkeperluan khas sempena AKE Fun Run Olympic Carnival yang berlangsung di 99 Wonderland Park baru-baru ini.
Seramai 420 kanak-kanak istimewa berjaya dikumpulkan bagi menyertai karnival sukan terbesar tersebut sekaligus menerima pengiktirafan Malaysia Book Of Record (MBOR).
Pengiktirafan itu diberikan kepada Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) Al Kauthar Eduqids yang menganjurkan acara berkenaan sempena AKE Fun Run Olympic Carnival di 99 Wonderland Park, Selayang baru-baru ini.
Ads
Pengurus projek tadika berkenaan, Datin Nor Fadilah Alias berkata, karnival berkenaan adalah acara tahunan dan kali ini berbeza kerana berjaya mengumpulkan kanak-kanak berkeperluan khas paling ramai dalam program berkenaan.
Menurutnya, karnival itu menonjolkan pembabitan semua pihak terutama anak istimewa bersama ibu bapa dan tenaga pengajar bagi mengembangkan pengetahuan dan meningkatkan keyakinan diri.
Ads
Katanya, program itu memberi pendedahan baik kepada anak istimewa sekali gus kepada masyarakat bahawa anak berkeperluan khas ini tidak sepatutnya hanya berada di rumah.
“Kita mahu masyarakat sedar anak golongan ini (istimewa) tak patut diasingkan. (Program seperti ini) membantu tingkatan sosial, fizikal dan sosial emosi kanak-kanak. Mereka perlu diraikan dan ini masa berkualiti bersama ibu bapa,” katanya.
Katanya, karnival itu bertujuan memberi pengalaman baharu dan merasai keseronokan sesuai usia selain memberi peluang terutama anak istimewa merasai semangat berpasukan, nilai persahabatan dan menghargai kemahiran dalam diri.
Karnival berkenaan dirasmikan Tengku Indera Pahlawan Diraja Tengku Datuk Putra Al-Haj Tengku Azman Shah Al-Haj.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap pengarah tadika Datuk Kapten Dr Bakhtiar Aliff Ibrahim berkata, saban tahun pihaknya komited dalam penganjuran karnival itu sekali gus berjaya memecah rekod tahun terdahulu.
Secara keseluruhan, karnival itu membabitkan penyertaan kira-kira 5,000 kanak-kanak dari seluruh Lembah Klang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
15 Tahun Di Pasaran, Eskayvie Terus Tanam Tekad Gapai Kejayaan. Lancar Kempen “Booster Minda’.
Diam tak diam, Eskayvie, syarikat Bumiputera nombor satu di Malaysia dalam industri kesihatan dan kecantikan menyambut ulang tahun yang ke-15 pada 19 Mei 2024 yang lalu. Bagi menyambut hari istimewa ini, sebuah majlis Eskayvie’s 15th Anniversary Celebration telah diadakan pada 25 Mei 2024 bagi menzahirkan rasa kesyukuran atas pelbagai nikmat yang dikurniakan, juga bagi meraikan pelbagai pencapaian yang berjaya diraih syarikat.
Tema 15 Years of Shaping A Healthier & Better Future Together dipilih untuk tahun ini, selaras dengan visi Eskayvie untuk Memperkasakan Ekonomi dan Kesihatan Ummah. Dengan bilangan lebih 3 juta pelanggan membuktikan kepercayaan masyarakat terhadap produk-produk berkualiti yang dihasilkan Eskayvie, bukan sahaja memberi manfaat kesihatan kepada jutaan pengguna malah membantu para usahawan menjana pendapatan melalui Eskayvie Nexus.
“Alhamdulillah, Eskayvie adalah jenama yang berada di barisan atas dalam industri produk kesihatan dan kecantikan. 96% daripada syarikat yang ditubuhkan tidak boleh survive lebih daripada 10 tahun. Hanya 4% sahaja yang boleh melepasi 10 tahun dan hanya 1% sahaja daripada semua syarikat yang boleh mencapai sales minimum RM10 juta setahun. “
Tahniah kepada semua yang terlibat di dalam cerita kejayaan Eskayvie sepanjang 15 tahun ini. InshaAllah kita pegang teguh visi Eskayvie iaitu untuk Memperkasakan Ekonomi & Kesihatan Ummah dan sama-sama kita sebarkan sebanyak mungkin manfaat kepada masyarakat di luar sana.
“Eskayvie juga melancarkan sebuah lagi kempen terbaharu ‘Booster Minda’ bagi membantu pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Pastinya semua ibu bapa di luar sana mengimpikan anak-anak mereka mencapai kehidupan yang cemerlang. Silibus pembelajaran zaman sekarang yang semakin susah dan mencabar membuatkan anak-anak terpaksa bergelut dan memerlukan usaha 200% untuk memastikan mereka dapat skor dalam exam.
“Kadang-kadang sebagai ibu bapa, kita tak sampai hati nak melihat kesukaran yang dilalui anak-anak sekarang. Bayangkan anak anda berjaya meningkatkan keupayaan otak berkali ganda hanya dengan pengambilan nutrisi yang berkesan. Dengan wujudnya kempen Booster Minda ini, InshaAllah anak-anak kita dapat dibantu mencapai kecemerlangan terutama dalam pelajaran,” kata Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed.
“Eskayvie sentiasa komited untuk menjadi peneraju global industri kesihatan dan kecantikan. Alhamdulillah pada tahun 2024 ini, Eskayvie berjaya mengembangkan segmen produknya daripada Health & Wellness kepada beberapa segmen baharu seperti kecantikan dan kesihatan Sunnah.
“Matlamat Eskayvie adalah untuk menghasilkan 500 produk berkualiti tinggi yang diformulasikan menggunakan bahan-bahan semula jadi menerusi inovasi yang berterusan oleh kumpulan Penyelidikan dan Pembangunan Eskayvie bersama ahli profesional bertauliah.
Eskayvie sentiasa meneroka penggunaan teknologi terbaharu untuk mengeluarkan produk terbaik bagi pelanggan yang mahukan gaya hidup holistik dengan manfaat yang luar biasa,” Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri.
Eskayvie peduli dan prihatin dengan menyalurkan sebahagian daripada hasil setiap pembelian produk kepada Yayasan Eskayvie untuk berkongsi rezeki dengan golongan yang tidak bernasib baik. Tagline Eskayvie Care For You menjadi budaya dan aspirasi syarikat ini sepanjang 15 tahun berada di pasaran.
“Bersempena sambutan ulang tahun syarikat yang ke 15 tahun, Eskayvie menyumbang RM150,000 kepada yang memerlukan. Yayasan Eskayvie yang diperbadankan pada 14 Jun 2012 diberi tanggungjawab dalam menjalankan amanah untuk menyalurkan sumbangan tersebut bagi membantu anak yatim, golongan miskin, rumah orang tua, golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan sebagainya. Setiap tahun pelbagai aktiviti dan program dijalankan bagi memastikan amanat yang diperolehi daripada dana yang dikumpul dapat disampaikan kepada golongan sasaran.”
Sepanjang penubuhan Eskayvie, syarikat ini berjaya membantu lebih 80,000 orang usahawan untuk menjana pendapatan berpuluh hingga ratusan ribu ringgit sebulan menerusi model perniagaan Eskayvie Nexus. Usahawan ini dibantu dan disokong dari segi bahan pemasaran, latihan dan bimbingan yang berterusan serta sokongan daripada golongan profesional seperti doktor perubatan, nutritionist dan dietitian.
Eskayvie sebagai syarikat bumiputera sepenuhnya yang menjadi peneraju dalam penghasilan suplemen kesihatan, kini terus mengembangkan sayapnya dalam bidang kecantikan dengan mengeluarkan rangkaian produk kecantikan di bawah jenama Amarra.
Selepas kejayaan produk Amarra Hydra Lip Matte, Eskayvie melancarkan satu lagi produk di bawah jenama Amarra iaitu Amarra Velvet Matte Lipstick. Dilancarkan bersempena Hari Ulang Tahun Eskayvie yang ke-15, lipstik yang diformulasi dengan sumber Minyak Biji Jojoba, Vitamin E dan B-Complex ini membantu membaiki kerosakan bibir dan masalah bibir kering. Didatangkan dengan enam warna elegan, produk ini membantu mencantikkan sambil merawat bibir.
Majlis pelancaran turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, Pengarah Urusan Eskayvie, Puan Kartika Wati Mohamed dan Duta Eskayvie, Datuk Aznil Haji Nawawi.
Dapat restu ibu bapa tangguh pengajian, penyanyi wanita Iman Troye memutuskan untuk menangguhkan pengajian buat sementara waktu bagi memberi tumpuan kepada single baharu.
Iman yang juga penuntut Diploma Muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam memberitahu dirinya dia bakal muncul dengan single yang berkemungkinan diletakkan judul Kemboja selewat-lewatnya Jun depan.
Sebagai penyanyi, pempengaruh dan juga bergelar pelajar dirinya menghadapi kesukaran untuk membahagikan masa.
“Keputusan ini bukan dibuat sendiri, tapi saya dapatkan restu keluarga.
“Sebagai anak bongsu, tentulah saya kena dahulukan ibu bapa sebelum membuat apa-apa keputusan.
“Sebelum ini, kerjaya seni saya agak perlahan kerana sibuk belajar, jadi kali ini saya nak fokus betul-betul pada single baru,” jelas Iman.
Iman yang ditemubual pada Majlis Raikan Result SPM dan Pelancaran Insentif Pelajar Cemerlang PTTI di Bangi turut menyatakan dirinya akan menyambung pengajian selepas segala single baharu selesai dan sasarannya tercapai.
“Buat masa ini, belum tahu berapa lama saya akan berehat. Lepas selesai semua berkaitan single baharu dan beberapa impian, barulah saya akan sambung pengajian semula.
“InsyaAllah kalau ada rezeki, saya nak sambung ke peringkat ijazah, tapi apa yang penting habiskan diploma dahulu.
“Alhamdulillah, sepanjang belajar di peringkat diploma keputusan saya semuanya mencapai dekan walaupun sibuk dengan nyanyian,” kongsi Iman.
Iman yang merupakan Ikon PTTI untuk tahun ketiga berasa gembira melihat peningkatan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Kejayaan pelajar bukanlah sebab saya. Tugas saya hanya untuk tarik minat pelajar dan berikan kata semangat,” sambung Iman.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Selepas digemparkan dengan insiden jenayah menimpa dua tonggak negara, seorang lagi pemain bola sepak kebangsaan berhadapan detik cemas apabila diserang individu tidak dikenali, malam tadi.
Menurut sumber, pemain bola sepak bagi pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Safiq Rahim, 37, didatangi dua lelaki menaiki motosikal selepas mengambil barang di Pusat Latihan JDT Sri Gelam, Johor Bahru, Johor, kira-kira jam 10 malam tadi.
Difahamkan semasa berada di Jalan Sri Gelam menghala ke Pantai Lido, kereta Honda City dipandu Safiq dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua lelaki.
“Pembonceng motosikal itu kemudian mengeluarkan tukul besi sebelum mengetuk cermin bahagian belakang kereta dipandu Safiq menyebabkan dia memberhentikan kenderaan.
Polis sudah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.
Sementara itu, Polis sedang mengesan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam insiden pecah cermin kereta Honda City milik pemain Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT), semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan pihaknya menerima satu laporan yang dibuat pemain tengah JDT, Safiq Rahim, 36.
“Siasatan awal pihak polis mendapati kejadian berlaku pada 10.05 malam, 7 Mei (semalam) di kawasan sekitar Johor Bahru.
“Mangsa merupakan pemain bola sepak kelab JDT berusia 36 tahun menyatakan cermin kereta yang dipandu dipecahkan dua inividu tidak dikenal dengan menggunakan alat dipercayai tukul besi.
“Suspek turut menunjukkan tukul ke arah mangsa sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal yang tidak dikenal pasti nombor pendaftarannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Raub berkata, mangsa tidak mengalami kecederaan dan kerosakkan kereta pecah cermin besar di bahagian belakang.