Aiskrim ‘Solero Shots’ Masam Manis Berlemak, Guna Serbuk Limau Nipis!

Share

Kalau suka Aiskrim Malaysia yang masam-masam manis rasa limau nipis dan berlemak susu vanilla boleh cuba buat perisa Solero Shots ni.Nak buat untuk makan sendiri dengan anak-anak boleh, atau nak buat jual pun boleh sangat. Sebab harga aiskrim Malaysia sekarang ni boleh tahan juga harganya.

Boleh cuba buat sendiri aiskrim  Solero Shots ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan  Sharla Rose
ni.

Bahan-Bahan (Air Limau):

1.5 Liter Air
Gula (Sesedap rasa)
Serbuk limau nipis / pati limau nipis (sesedap rasa..masam sikit lebih sedap)
Pewarna hijau (gelap sikit lebih cantik)
2 sudu tepung jagung

Cara Membuat:

1.Kacau semua bahan-bahan sehingga larut.
2.Masak sehingga mendidih dan sejukkan.

Bahan-Bahan (Susu Perisa Vanilla)

1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 sudu besar ovalette
1 sudu besar esen vanilla
gula (sesedap rasa. Tak perlu banyak sebab susu pekat dah manis)
2 cawan kecil air
2 sudu besar tepung jagung

Cara Membuat:

1.Kacau semua bahan-bahan sehingga larut.
2.Masak sehingga sedikit mendidih dan sejukkan.

Siap! Selamat mencuba.

http://www.facebook.com/sha.ipin/videos/pcb.3487331178256840/3125765687524063/?type=3&theater&ifg=1

Baca Lagi Di Sini:

Aiskrim Asam Boi Bertambah SEDAP, Tambah Perahan Limau Kasturi Sikit!

Tepung Jagung, Garam & Esen Vanila, Rahsia Aiskrim Malaysia Ini Sedap, Lembut & Lemak!

Resepi aiskrim ‘bluemint dynamite’ sedap untuk yang baru nak belajar buat.

Ini cara buat sendiri aiskrim kacang merah homemade lemak berkrim lebih sedap dari beli di kedai.

Cara mudah buat aiskrim Malaysia ‘Paddle Pop’ sedap guna serbuk dadih.

MW: Jadi buat mak-mak yang suka aiskrim perisa solero, boleh cuba tip dan resipi yang dikongsikan ini. Semoga bermanfaat.

Sumber: Sharla Rose

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

IKLAN