Buah pisang banyak khasiatnya dan tinggi dengan kandungan potassium. Kulit pisang yang ada jangan dibuang, boleh dibuat baja semulajadi. Malah sangat bagus untuk suburkan pokok-pokok hidup yang kita jaga dalam rumah.
Baca perkongsian daripada Puan Huda Zainal ini sebagai panduan;
“Rendam kulit pisang 2 hari 2 malam antara tips yang Huda rajin amalkan sebulan sekali untuk baja pokok hidup dalam rumah.”
Cara dia semudah ABC.
1. Makan pisang dan ambil kulitnya sahaja.
2. Rendam kulit pisang dalam air selama 2 hari 2 malam.
3. Agihkan air rendaman kulit pisang ke dalam semua pasu.
Ads
Bagusnya guna air rendaman kulit pisang sebab air ni tinggi dengan potassium. Terdapat juga kandungan nitrogen, phosphorus dan magnesium yang mampu buat pokok gembira.
Jika risau kehadiran ‘fruits flies’ atau unggas, cairkan bancuhan air rendaman. 1 : 5 (air rendaman kulit pisang : air biasa).
Ads
Kulit pusing yang telah direndam, boleh potong kecil-kecil dan tanam sedikit di dalam pasu berpokok. Ini pun boleh jadi baja semulajadi.
MW: Menariknya perkongsian buat baja semulajadi guna air rendaman kulit pisang ni. Ada pokok hidup dalam rumah tu, boleh cuba buat baja ni. Mudah je, siram sebulan sekali.
Buat mak-mak yang suka bercucuk tanam, jika selalu guna pasu tak kiralah jenis tembikar atau plastik, sebenarnya boleh gunakan PVC juga. Lebih jimat, tahan lasak bertahun-tahun, kemas malah cantik dijadikan hiasan di laman yang tidak mempunyai ruang yang luas.
Jadi jika ada PVC terbiar di rumah tu boleh buat ikut idea yang dikongsikan ini.Tak perlu lagi kerap nak beli pasu di kedai yang mudah pecah, reput dan agak mahal harganya.
“Meh tengok nenek buat apa pagi ni.Tanam pokok guna PVC. Laman nenek memang sana sini PVC untuk tanam pokok. Kalau yang suka boleh cuba. Yang tak suka leceh kerja beli pasu je.”
“Boleh pilih saiz PVC dekat Hard ware. Lagi besar lagi cantik.”
MW: Menarik dan kreatif sungguh idea ni. Jadi tak perlu beli pasu lagi. Boleh juga guna PVC yang lebih tahan lasak dan menjimatkan. Malah nampak sangat cantik dan kemas.
Teruja bila tengok rumah orang cantik betul tanam pokok indoor. Timbul pula rasa teringin nak menanam, tapi tak jumpa jenis pokok yang sesuai pula.
Bimbang dah beli punyalah mahal, tak sampai tiga hari pokok hiasan pun mati. Rugi betul. Terus minat menanam pokok indoor tak berapa nak ada. Perkongsian Azman Azmi ini bantu mak-mak pilih jenis-jenis pokok hiasan yang boleh ditanam dan dibiakkan dalam rumah.
Disini saya nak share jenis-jenis pokok yang boleh dijadikan indoor.
√ Saya sejenis sukakan indoor plant yang hidup/fresh bukan tiruan/artificial/plastic kerana bagi saya pokok yang hidup ni dia boleh purified kan udara dalam rumah dan akan buat udara rumah lebih segar. Ada yang beracun and ada yang tak. Itu tuan/puan boleh google. Tapi ini cadangan dan contoh pokok yang boleh dijadikan indoor saya ambil dari Pinterest
√ Plus pokok-pokok ni senang nak dijaga and senang nak dibiakkan. Ada yang seminggu sekali je bagi air dan ada yang memerlukan cahaya matahari yang sikit. So bergantung pada cara penjagaan mana yang tuan/puan nak
√ Gambar-gambar kebelakang tu merupakan contoh susunan dan rak pokok tersebut.
√ Pokok-pokok macam ni boleh didapati di Ikea atau kebun bunga berhampiran. Macam saya rumah dekat dengan Nursery Sg Buloh. Memang kalau terasa nak memokok, saya ke situ sahaja. Beli 1 pasu, boleh dah di bahagi 4 pasu. Lagi-lagi yang melalui keratan batang dan pokok yang ada ubi.
Baju daripada kain kapas atau ‘cotton’ memang sangat selesa, serap peluh dan tahan lasak. Sebab tu ramai yang suka menggayakan kain jenis ni,baik pergi kenduri, ke pejabat, majlis kahwin dan sebagainya.
Kain cotton ada cara penjagaan yang betul barulah ia tahan lebih lama. Rupanya bila beli Kain ‘Cotton’, PENTING basuh terlebih dahulu sebelum dihantar potong dan jahit untuk dibuat baju.
4 Tip Penjagaan Kain Cotton Yang Betul Supaya Tahan Lebih Lama
Ramai orang pandai cara beli kain dan bijak pilih kain berkualiti. Namun, tak ramai yang tahu cara penjagaan kain sebenar agar tak mudah rosak. Sebagai pembekal kain Cotton, saya ingin berkongsi kepada anda 4 tip penjagaan kain Cotton yang betul supaya tahan lebih lama.
Langkah terawal yang perlu dilakukan kepada kain Cotton yang baru dibeli ialah basuh dulu. Sebaiknya menggunakan cucian tangan. Untuk basuhan kali pertama. Sebaiknya juga asingkan fabrik Cotton daripada dicuci bersama pakaian lain kerana kain baru lazimnya akan turun warna. Ini normal. Ia mungkin berpunca daripada faktor jenis kain, pewarna atau bahan kimia tambahan yang digunakan.
Cucian ini juga bertujuan menyingkirkan kanji pada kain. Boleh gunakan apa jua jenis sabun serbuk ataupun cecair. Tetapi elakkan daripada menggunakan detergen yang mempunyai bahan peluntur.Biasanya, kain Cotton yang dibasuh pada kali pertama akan mengecut (shrink) sedikit. Bagi mengekalkan saiz fabrik, saya galakkan cuci menggunakan air bersuhu sejuk atau biasa.
Selepas melalui proses cucian, rendam sebentar gentian tekstil Cotton dengan bahan pelembut fabrik macam Softlan, Downy atau Comfort Ultra supaya tekstur kain lebih lembut dan lebih wangi. Kemudian, bilas. Penggunaan bahan pelembut fabrik juga membantu mengurangkan kadar kedutan kain dan memudahkan proses menggosok.
Sebelum sidai, kibas dahulu kain Cotton agar teksturnya tidak berkedut dan jemur di kawasan redup. Hamparkan kain Cotton di ampaian dengan cara mengalihkan bahagian bercorak ke bawah. Kaedah ini memastikan warna yang dicetak di atas fabrik ini tidak pudar. Usah lupa sepit setiap hujung kain dengan penyepit baju. Takut terbang ditiup angin.
Jika anda menggunakan mesin pengering (tumble dryer), elakkan daripada membiarkan kain Cotton kering sepenuhnya. Sebaliknya, keluarkan ia sementara masih lembab dan jemur supaya ia kering secara semulajadi.
Selepas melalui langkah-langkah penting di atas, barulah kain Cotton boleh dihantar kepada tukang jahit. Kain Cotton yang wangi, lembut dan bersih amat disukai oleh para tailor.
Fabrik ini bukan saja jadi mudah dipotong dan senang digosok, bahkan tidak menggelongsor licin semasa dijahit.Apabila baju telah siap, basuh sekali lagi dengan teknik yang sama di atas.Cucian kali kedua tidak menyebabkan kain mengecut. Tak perlu bimbang.Kesemua teknik yang dibincangkan di atas amat jarang dikongsikan kepada umum.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak penggemar kain jenis kapas (cotton) sebaiknya ikut tip yang dikongsikan ini agar ia dapat tahan lama. Penting cuci dulu kain cotton yang baru beli tu, barulah dijahit.
Raih 11A+ SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), anak penjual pisang goreng dan laksa buat ramai rasa bangga dengan kejayaan yang dicapai sebagai seorang pelajar.