
Nampak macam air jambu tetapi khasiat air rebusan pink sangat berkesan bagi wanita yang sudah lama berniat nak kempiskan perut yang buncit.
Ini petua daripada Puan DiaNa Said, katanya dia sendiri sudah mencuba dan kali ini nak berkongsi pula dengan anda yang mahu hilangkan buncit cara selamat.
Kesan Air Rebusan Pink Pada Perut
Pagi ni Hakak nak share satu resepi air detox buat yang suka sangat detox setiap pagi. Baru lah kempis perut ni kan sebab apa yang kita makan senang jer dibuang.
Boleh guna macam-macam buah untuk kita detoks. Tapi hari ni Hakak nak buat air rebusan pink. Ada rasa masam dan panas barulah bergetar lemak lemak kita kan.
Mudah jer cara nak buat air detok pink ni. Jom kita tengok satu persatu nak buat macam mana.
Bahan yang diperlukan:
2 biji lemon
3 asam keping
3 biji asam masin
3 inci halia
Cara membuatnya:
1) Rebus 1 liter air.
2) Basuh semua bahan dan potong kecil.
3) Rebus semua bahan dalam periuk hingga mendidih.
4) Tutup api dan tuang air rebusan dalam jug.
5) Sejukkan dan sedia untuk dihidang.
Senang kan resepi kurus kita hari ni. Color air ni warna pink sebab Yana guna asam masin merah. Sedap tau mesti cuba, yang penting perut jadi kempis.
Lebih berkesan buat malam hari, simpan dalam peti sejuk esok boleh minum sepanjang hari. Kalau ada daun pudina boleh masukkan nanti lagi sedap air detox korang.
Excited nak try kan, sebab confirm selamat nak kempiskan perut. Sekiranya suka, boleh kongsi resepi ini. Selamat mencuba semua.
Pilih Pencuci Dengan Betul, Barulah Kulit Wajah Sihat, Segar Lagi Glowing

Dilema betul bila tiba bab mencari pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah. Bimbang tersalah pilih, boleh sebabkan kulit muka ‘breakout’, jadi jerawat atau kulit gatal-gatal.
Satu hal pula nak buat rawatan kulit muka. Sebelum salah pilih, sebaiknya fahamkan dulu cara pilih pencuci muka dengan betul. Tidaklah nanti asyik ‘try and error’ tukar-tukar pencuci muka semata mendapatkan yang sesuai.
MW bantu mudahkan anda mencari pencuci muka dengan betul. Jadi, taklah anda perlu membuat eksperimen pada kulit wajah sendiri kelak.
1. Pencuci Hendaklah Sesuai Dengan Kulit Dan Tak Mengeringkan
Kenali dulu jenis kulit muka anda sama ada jenis normal, berminyak, kering atau kombinasi. Pilihlah pencuci muka yang tak mengeringkan kulit. Paling penting, pencuci muka pilihan tak menghilangkan minyak semulajadi pada kulit wajah.
Bimbang, kulit wajah jadi lebih kering malah menyebabkan jerawat naik sedikit demi sedikit.
2. Pencuci Yang Betul Akan Bersihkan Kotoran Dari Muka
Pernahkan anda rasa begini, selepas mencuci muka masih terasa sisa kotoran tak mahu tanggal dari kulit wajah. Bila wajah dibersihkan dengan toner, melekat kotoran degil dengan banyaknya. Itu tandanya pencuci muka anda tidak sesuai.
Bermakna pencuci muka anda tak bertindak membersih lebih jauh mendalam. Sebab itu kena cari pencuci muka yang membersih kulit wajah dengan baik walaupun ketika anda mengenakan solekan kalis air. Dalam masa yang sama memperbaiki kulit dan menyeimbangkan pH kulit wajah.
Rangkaian pencuci muka Neutrogena® Labs terdiri dari Neutrogena® Labs Hydrating Micellar Make Up Remover, Neutrogena® Labs Hydrating Micellar Gel Cleanser, Neutrogena® Labs Clarifying Micellar Make Up Remover dan Neutrogena® Labs Clarifying Micellar Gel Cleanser yang berkesan untuk membersih kulit wajah jauh lebih mendalam.
3. Pastikan Pencuci Membersih Hingga Liang Pori-pori
Cari pencuci muka yang ada fungsi ‘deep cleansing’ yang mana pencuci sebegini menghalang kulit wajah mengalami masalah pori-pori tersumbat. Lagi-lagi untuk anda yang kerap mengenakan solekan baik ke tempat kerja atau setiap kali keluar dari rumah.
Jika tidak dibersihkan dengan betul, kotoran yang memerangkap minyak pada kulit menyebabkan pertumbuhan jerawat. Pencuci yang membersihkan kulit wajah dengan lembut, tak mengeringkan apatah lagi menyebabkan iritasi kulit adalah pilihan yang terbaik.
4. Tentunya Bahan Pencuci Bertindak Secara Lembut
Semakin usia bertambah, semakin sensitiflah kulit wajah seseorang. Lagi-lagi kulit wajah cepat bertindak balas dengan persekitarannya sama ada reaksi luaran atau dalaman.
Yang mana, kulit wajah mudah peka terhadap perubahan hormon, tabiat tidur yang berubah, gaya pemakanan, pemakaian solekan dan perubahan cuaca malah terdedah sinar UV.
Rangkaian pencuci Neutrogena® Lab sesuai untuk kulit wajah yang sentitif. Bahan pencucinya dihasilkan dengan teknologi pembersihan yang bertindak seperti magnet. Menarik segala kotoran, debu pencemaran yang halus malah lebihan minyak yang melekat pada wajah semasa anda mencuci muka tanpa menghapuskan minyak semulajadi pada kulit muka.
5. Pencuci Yang Baik Mengekalkan Kelembapan Kulit
Formulasi terkini yang ada dalam rangkaian pencuci wajah Neutrogena® Lab ini juga dihasilkan sebagai pencuci yang berkesan membersihkan kotoran pada kulit muka secara mendalam. Dalam masa yang sama mengekalkan kelembapan kulit dan menyeimbangkan pH kulit.
Malah gabungan PHA + HA yang berupaya menyingkirkan kotoran di muka, dalam masa yang sama menghalang kehilangan lembapan pada kulit wajah sekaligus menyingkirkan sel kulit mati. Tak perlu lagi bimbang masalah iritasi pada kulit wajah.
Kulit pun jadi lebih segar dan sihat berseri. Paling penting, ‘glowing’ sepanjang hari.
Untuk maklumat lanjut boleh layari :
Facebook : https://www.facebook.com/myneutrogena/
Instagram : https://www.instagram.com/neutrogenamy/
Website : https://www.neutrogena.com.my/
Jika mahu mendapatkan rangkaian produk pencuci Neutrogena® Lab ini. Anda boleh buat belian secara online di Watson. Klik link ini :
Neutrogena® Labs Hydrating Micellar Gel Cleanser
Neutrogena® Labs Clarifying Micellar Gel Cleanser
Neutrogena® Labs Hydrating Micellar Make Up Remover
Neutrogena® Labs Clarifying Micellar Make Up Remover
Jaga Tudung Awning Tak Susah Mana, Masa Beli Pilihlah Kain Berkualiti

Penggemar tudung awning, kebiasaannya akan berdepan masalah ‘awning’ tudung patah mahupun rosak selepas dicuci beberapa kali. Sebenarnya ada cara macam mana nak pastikan tudung awning yang ada dalam simpanan tahan lama dan macam baru sentiasa.
Lagi-lagi tudung awning eksklusif yang begitu anda sayang, bila rosak tentu susah hati dibuatnya. Penggemar tudung awning, anda kenalah cuba cara penjagaan yang dikongsikan ini. Sebab inilah cara berkesan untuk pastikan tudung tahan lama dalam simpanan anda.
Pertama : Pilih Kain Berkualiti Semasa Membeli
Pilih tudung awning dengan fabrik atau kain berkualiti. Pastikan kain tudung dari jenis yang lembut dan selesa ketika dipakai. Awning tudung pula dari material yang tak mudah rosak malah tahan lasak sewaktu dalam penjagaan dan simpanan pun perlu diambil kira.
Tudung awning dari Jahans Hijab misalnya dihasilkan dari kain Chiffon tinggi kualiti. Awningnya pula diperbuat dari kain scuba dan neoprene yang berkualiti dan tahan lama. Ia membolehkan tudung terbentuk elok , terletak cantik mengikut bentuk wajah.
Paling penting, kainnya tidak jarang dan mudah diseterika. Jimat masa bukan!
Tip : Seterika awning tudung dari bahagian dalam dan gunakan suhu sederhana rendah semasa menyeterika. Cara ini memastikan awning tahan bertahun lamanya.
Kedua : Jangan Ramas Tudung Semasa Mencuci
Tudung sebaiknya dicuci dengan cucian tangan, bukan menggunakan mesin basuh. Semasa mencuci elakkan meramas tudung. Sebaiknya celup dan angkat tudung untuk beberapa kali semasa proses mencuci.
Cara ini juga menjaga batuan tudung untuk tudung jenis corak berbatu daripada tertanggal. Namun, tudung awning Jahans Hijab ini begitu sinonim dengan batuan tudung yang tahan tanggal. Kualitinya yang tahan lasak ini disebabkan Jahans sendiri mengupah pakar batuan tudung bagi memastikan kualitinya sentiasa yang terbaik.
Jadi, tak perlulah risau semasa mencuci. Proses ini takkan buatkan batuan tudung anda jatuh semasa mencuci.
Ketiga: Rendam 15 Minit, Gunakan Sabun Pencuci Tudung
Sebelum mencuci, sebaiknya rendam tudung anda selama 15 minit dengan sabun pencuci tudung yang sesuai. Sabun pencuci tudung ini akan membuatkan kain tudung kekal lembut, dan mengekalkan warna asal tudung.
Semasa membilas, gunalah air bersih dan jemur tudung anda di kawasan yang redup di bawah sinaran matahari yang terik.
Keempat : Jemur Tudung Awning Dengan Cara Yang Betul
Semasa menjemur tudung awning di bawah sinaran matahari itu, pastikan anda gantung tudung dengan cara yang betul. Pastikan semasa mengampai, anda tidak menyepit awning tudung. Sepit pada bahagian tudungnya.
Semasa melipat, gulung tudung dan masukkan ke dalam awning. Jangan tindih awning dengan objek yang berat ya.
Selamat mencuba!
Anda yang mahu mendapatkan tudung awning dari Jahans Hijab ini boleh dapatkan di :
Website www.jahanshq.com
IG : @jahansofficial
FB : jahans
WhatsApp untuk pembelian : 011-2746 7306
Boleh juga ke premis perniagaan Jahans Hijab di :
√ No 79
Jalan Tuanku Abdul Rahman
50100 KL
√ Aeon Au2 Setiawangsa 50100 KL
Berhadapan Restoran Ayam Penyet
Hentikan Tabiat Memegang, Memicit, Mengopek Kesan Luka Jerawat, Wanita Rajinlah Jaga Kulit Wajah

Hentikan tabiat memegang, memicit, mengopek kesan luka jerawat! Menjadi igauan juga apabila seseorang itu mempunyai parut bekas jerawat. Malah bekas jerawat yang dalam juga amat mempengaruhi kecantikan wajah dan keterampilan seseorang baik wanita mahupun lelaki. Ia menjadi salah satu permasalahan kulit yang dihadapi ramai orang.
Hentikan Tabiat Memegang, Memicit, Mengopek Kesan Luka Jerawat
Jerawat yang mengakibatkan masalah ini biasanya lebih besar, dalam dan lambat sembuh. Bagi wanita, bekas jerawat yang dalam ini juga akan membuat solekan menjadi tidak rata malah menyukarkan mereka merias wajah.
Hampir kebanyakan orang menganggap bekas jerawat yang dalam sebagai masalah yang sangat menjengkelkan. Masalah ini tidak hanya mengganggu, bahkan boleh mengurangkan keyakinan diri apabila berdepan orang lain.
Antara Teknik Rawatan Luka:
- Pastikan kulit yang tercedera dirawat dengan baik. Teknik dan kesan jahitan yang betul akan menghasilkan kualiti parut yang baik.
- Elakkan jangkitan pada luka. Pastikan keadaan luka bersih dan tidak dijangkiti kuman. Luka yang mengambil masa lebih dari dua minggu untuk sembuh akan menghasilkan parut hipertrofi atau keloid.
- Pendedahan kepada cahaya matahari yang berlebihan akan menyebabkan parut lebih gelap daripada rona kulit normal.
- Gunakan krim pelindung tabir dan pakai pakaian yang boleh menutup kulit daripada terkena sinaran matahari ketika berada di kawasan terbuka.
- Urutan berkala pada parut dengan menggunakan minyak atau krim pelembap akan memberi tekanan pada tisu fibrosis dan menjadikan pengaliran darah ke tisu tersebut tidak aktif.
Kongsi Petua Hilangkan Jerawat Dan Jeragat Paling MURAH, Patutlah Wanita Thai Cantik-Cantik!
Hentikan Tabiat Memegang, Memicit, Mengopek Kesan Luka Jerawat, Wanita Rajinlah Jaga Kulit Wajah
Masalah Jerawat Hilang Dengan Masker Madu Dan Kulit Kayu Manis
Kenali Jenis-Jenis Parut:
1.Parut biasa- Akan kelihatan meradang dan gelap pada awalnya, tetapi menjadi leper dan tidak terlalu ketara serta meninggalkan kesan parut yang nipis.
2.Parut atrofi – Biasanya mewujudkan tekanan di bawah permukaan kulit. Contoh parut-parut ini adalah seperti parut akne atau parut cacar air.
- Parut hipertrofik – Timbul di atas permukaan kulit. Ia dikenal pasti melalui jumlah kolagen yang berlebihan, namun kekal dalam lingkungan kawasan luka tersebut sahaja.
- Parut keloid – Keloid tidak sama seperti parut hipertrofik. Walaupun ia juga parut yang timbul, keloid boleh merebak melebihi lingkungan kawasan luka. Ia juga mungkin terus membesar dan muncul semula walaupun selepas dibuang.
BELI PRODUK DISINI
https://www.goshop.com.my/products/skin-care/guerisson-bright-me-cream-70g-20114258
Tip:
- Potong buah lemon kepada dua bahagian. Sapu pada parut sambil itu picit sedikit demi sedikit hingga keluar jusnya. Lemon berfungsi sebagai peluntur semula jadi, menjadikannya bahan efektif untuk menghilangkan sebarang kesan parut. Untuk kesan lebih bagus, minum jus lemon tanpa gula dua kali sehari selama 15 hari.
- Letak sedikit madu pada parut dan urut perlahan-lahan. Biarkan kering baru dibilas.
- Campurkan sedikit air mawar (rosewater) atau susu pada serbuk sandalwood dan sapukan pada parut perlahan-lahan. Biarkan selama sejam dan bilas dengan air sejuk.
- Hiris kentang mentah dan sapukan pada parut.
- Sebaik sahaja luka kecil terus sembuh, cepat-cepat sapu minyak kelapa. Parut akan mudah hilang.
- Seperti kentang, hiris timun dan sapukan jusnya pada parut.
- Aloe vera adalah sumber vitamin yang amat bagus untuk melembapkan kulit serta memperbaiki strukturnya. Selain itu, aloe vera tidak mengandungi bahan alergenik yang mampu memudaratkan kulit. Gunakan gel dan sapukan pada bekas jerawat selama 30 minit sebelum dibilas.
- Timun turut kaya dengan khasiat vitamin A, vitamin C, dan magnesium. Kombinasi ini sangat sesuai untuk melembapkan dan berkesan menghilangkan kesan jerawat yang hitam, berlubang, atau timbul pada permukaan kulit.
- Campurkan 1 bahagian cuka epal dengan 1 bahagian air suam. Gunakan kapas dan rendamkan pada campuran tersebut. Kemudian, tekankan pada bahagian berjerawat. Biarkan selama 5-10 minit.
- Hentikan tabiat memegangnya, memicit jerawat atau mengopek kesan luka jerawat. Tindakan ini boleh menyebabkan keradangan dan hilangnya kolagen pada bahagian kulit tersebut. Lebih banyak bakteria akan hinggap dan menjadikan keadaan lebih buruk.
RAWAT DIRI
MINYAK ZAITUN
Bahan-Bahan:
*Minyak zaitun adalah bahan mesra kulit yang memiliki pelbagai khasiat vitamin A, D, E, C, B1, B2, zat besi, dan antioksidan. Ia juga bersifat anti-radang yang berkesan merawat jerawat dan memperbaharui kulit akibat bekas jerawat.
Cara Membuat:
1.Sapukan minyak zaitun dan urutkan pada bahagian berjerawat dengan perlahan.
2.Kemudian, ambil tuala bersih dan rendamkan pada air suam.
3.Perah dan tutupkan bahagian wajah supaya stimnya meresap ke dalam kulit. Biarkan selama satu hingga dua minit sebelum membilasnya.