air kempis perut

Air kempis perut ini dikatakan bermanfaat untuk dijadikan minuman yang dapat meringankan tubuh, sekali gus buat anda jadi rajin. Tak sakit urat orang kata. Paling menarik tentulah ia boleh buatkan kulit cantik dan kelihatan muda.

Satu lagi kegunaannya ia juga mengeluarkan angin dalam badan, mengurangkan kolesterol, membantu mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan.

Perkongsian ini juga dianggap Suttarat Wan Hanifah (Kak Ifah) sebagai satu rezeki. Resepi minuman homemade ini diberikan oleh tukang urut yang kerap ditemuinya di salah sebuah resort di Satun, Thailand.

IKLAN

“Patutlah Kak Ifah perasan Kak Joh ini nampak bertenaga, tubuh pun nampak kemas tak gemuk nyakit walaupun dah berumur akhir 50-an.”

Bahan-bahan

5 batang serai diketuk

IKLAN

3 biji buah epal HIJAU dan dibelah dua

IKLAN

Satu periuk air anggaran dalam 1-1.5liter air

Cara

  1. Masukkan semua bahan. Rebus sehingga epal menjadi lembik.
  2. Minum sama ada dalam keaadaan suam atau sejukkan.

Ini Cara Langsing Kak Ifah

  • Minum suam atau minum dalam suhu bilik.
  • Boleh gantikan air rebusan ini sebagai air minuman/air putih
  • Kak Ifah habiskan air ini dalam sehari. Tak cukup buat lagi.
  • Belajarlah catu makanan. Banyakkan protein dan sayur-sayuran.
  • Makanan paling akhir di makan pada sebelah petang. Bila dah maghrib bolehlah nak buat amalan-amalan sambil tunggu Isyak.
  • Selepas Isyak tidurkan anak, bolehlah kita rehat dan tidur awal.
  • Sesekali buat senaman. Dengan umur dan tahap kemalasan Kak Ifah, kak Ifa buat yoga atas katil. Sebab tak penat sangat tapi result alhamdulillah ok.

Sumber/foto: Suttarat Wan Hanifah via Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI