Saharul Ridzwan jual kereta honda milik isteri. Sebelum ini ramai yang berasa sebak apabila pelakon Saharul Ridzwan mendedahkan dirinya terpaksa menjual kereta milik isterinya, Deena Amir.
Ternyata perkongsian tersebut sangat menyentuh hati warganet. Apatah lagi kenderaan jenis Honda Jazz itu sangat istimewa sementelah ia hadiah ulang tahun keempat perkahwinannya dengan Deena.
Saharul telah berkahwin dengan Deena atau nama penuhnya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir pada 16 September 2016.
Hasil perkongsian hidup, pasangan bahagia itu diserikan dengan kehadiran tiga orang anak iaitu Muhammad Luth Ali, 8, Fateema Azzahra, 5, dan Khadijah Alkubraa, 2.
Untuk rekod sebelum ini Saharul menjual aset-aset peribadi lain seperti kereta Mercedes Benz dan sebuah kondominium di Cyberjaya pada tahun lalu.
Perkara itu dilakukan untuk mengurangkan beban kewangan dan kestabilan keluarga.
Terbaru menerusi perkongsian video Instagram akaun @rd_garage_ dan @fglmotorsports, wakil jualan kenderaan berkenaan menerusi laman sosial Instagram Saharul beralih kepada Kenderaan Serba Guna (MPV).
Tidak lagi memilih kenderaan jenis sedan atau hatchback, Shaharul membeli sebuah Toyota Alphard baharu.
“Terima kasih atas kepercayaan, Saharul Ridzwan ! Hari penyerahan yang cukup bermakna bersama seorang gentleman sejati, soft spoken dan family man yang saya hormati.
“Bukan kali pertama berurusan, tapi setiap kali tetap rasa istimewa. Semoga kenderaan baru ini membawa lebih banyak momen indah bersama keluarga tercinta!” kongsi akaun @rd_garage_ dan @fglmotorsports.
Pada video tersebut Saharul dilihat bersama isteri dan anak-anak di bilik pameran kereta untuk mengambil kenderaan baharu mereka.
Video tersebut juga jelas memaparkan kegembiraan mereka anak-beranak menerima kenderaan baharu dibeli.
Kata Saharul, dirinya terdahulu berminat dengan Toyota Voxy sebelum memilih Toyota Alphard.
“Dulu masa saya tolak (jual) Mercedes, saya tanya Toyota Voxy.
“Selepas setahun, Alhamdulillah ALLAH beri rezeki. Rezeki anak-anak,” katanya.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bekas suami buli bekas isteri, maki, ugut akan ambil anak kalau buat tuntutan lepas cerai. Perceraian sepatutnya menjadi jalan terakhir bagi pasangan yang tidak lagi dapat mencari keserasian dalam perkahwinan. Namun, apa yang menyedihkan ialah penderitaan sebilangan bekas isteri tidak berakhir selepas lafaz cerai dibuat.
Dalam sesetengah kes, mereka terus dibuli secara emosi dan mental oleh bekas suami yang enggan melepaskan kuasa atau pengaruh ke atas mereka, termasuk menggunakan anak sebagai alat ugutan.
Antara bentuk penderaan pasca-cerai yang dilaporkan termasuk cercaan berterusan, ugutan untuk mengambil anak jika si isteri membuat tuntutan nafkah atau hak penjagaan, dan juga penyebaran fitnah bagi menjatuhkan maruah bekas pasangan.
Tindakan seperti ini bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi juga memberi kesan besar terhadap kesihatan mental mangsa dan perkembangan emosi anak-anak yang menjadi mangsa keadaan.
Berikut perkongsian daripada Tuan Fahmi Ramli, Peguam Syarie yang beramal di Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak & Selangor.
Siapa pernah rasa dibuli ketika di sekolah? Suka tak? Confirm kita benci dengan pembuli. Kalau boleh kita rasa macam nak balas dendam saja bila sampai waktunya kan?
Kita fikir, bila dah habis zaman sekolah, zaman belajar dah tak ada buli. Rupa-rupanya zaman kerja pun kadang-kadang ada buli. Tapi, yang lebih dahsyat adalah ‘buli dalam rumahtangga’.
Ada. Cuma kita sedar atau tak sahaja. Biasanya buli ni terjadi bila seseorang yang ada kekuatan, keberanian dan kepandaian akan selalu mengambil kesempatan pada yang lemah.
Pembuli akan sentiasa menekan dan menzalimi yang lemah dan kemudian mungkin mengugut orang yang dibuli tersebut dengan kelemahannya.
Pada saya, dalam rumah tangga pun boleh jadi. Baru-baru ini saya geram bila dapat luahan daripada seorang bekas isteri yang menjadi mangsa keganasan, penipuan dan ugutan daripada bekas suami.
Wanita ini telah berkali-kali dipukul dan dimaki dalam tempoh kahwin. Sudahlah duit isteri ditarah sedikit demi sedikit. Hutang pun banyak bertimbun atas nama isteri konon mintak bantuan perniagaan.
Akhirnya, wanita ini diceraikan begitu sahaja di luar mahkamah. Saya tanya, ‘Kenapa puan tak buat report polis masa kena pukul dulu?’
‘Saya takut tuan sebab dia mesti akan mengamuk dan selalu cakap akan ambil anak jika buat laporan’, ujarnya.
‘Masa nak cerai dahulu pun, apa sahaja dia tak kata dekat saya dan keluarga saya. Saya hanya minta wang yang dipinjam dikembalikan sahaja, terus saya dicop ‘binatang’, ‘pelacur’, ‘beruk’ dan macam-macam lagi’.
Selepas cerai ini, wanita ini jadi takut kerana meskipun diceraikan, dia masih lagi dibuli bekas suami. Hutang enggan dibayar. Buat-buat liat. Nafkah anak pun culas. Asal buka suara saja, maki dan ugut akan ambil anak.
Saya pasti, kelemahan ramai para ibu di luar sana adalah anak. Ya, bab lain mungkin boleh pejam sebelah mata. Tapi, jangan sesekali ambil jagaan anak daripadanya.
Kelemahan inilah yang digunakan oleh ramai ‘lelaki pembuli’ di luar sana.
Bagi wanita yang kuat, pastinya dia tidak akan biarkan dirinya dibuli. Sama ada dalam tempoh kahwin atau selepas diceraikan.
Banyak contoh buli dalam tempoh kahwin ini. Misalnya, mengarahkan isteri buat kerja rumah A to Z sedang suami boleh keluar lepak dengan kawan-kawan hingga tengah malam.
Tak bagi balik rumah ibu bapa untuk melawat walaupun ibu bapa sakit, kalau balik juga dikatakan nusyuz.
Ugut diceraikan jika bertanyakan tentang nafkah diri atau ugut akan bawak lari anak jika kerap meminta hutang dikembalikan. Ugut tak cium bau syurga sebab tak setuju suami berpoligami pun ada.
Ini lagi banyak. Cuma ia hal berkaitan dengan anak kebanyakannya.
Misalnya, kalau bekas isteri buat tuntutan Mutaah, dia akan ambil hak jagaan anak sebab bekas isteri tak bekerja.
Kalau tuntut Nafkah Anak, bekas suami akan ambil hak jagaan sebab bekas isteri nak kahwin lain.
Ugut akan malukan kepada semua kenalan dan keluarga tentang perilaku dan kesilapan bekas isteri semasa dalam tempoh kahwin. Nak buka aib kepada ramai orang walaupun mungkin itu adalah fitnah dan dusta semata-mata.
Ini pun banyak contoh. Cuma ini antara yang selalu didengari.
Buli hanya dapat diatasi jika kita ada keberanian dan ilmu. Kalau di sekolah, andai ada orang yang membuli, mungkin kita boleh laporkan kepada guru disiplin. Atau mungkin, kita belajar seni pertahanan diri untuk mempertahankan diri kita.
Jadi, yang menjadikan seseorang tersebut semakin kuat adalah jika dia mempunyai ilmu. Andai seorang wanita itu tahu, apakah haknya dalam tempoh perkahwinan disisi undang-undang, pasti dia tahu bagaimana nak atasi dibuli oleh suami sebegini.
Andai dia sering dipukul, dan ada keberanian, pasti dia tidak akan teragak-agak untuk buat laporan polis dan pelihara diri sendiri daripada menjadi mangsa suami dayus sebegini.
Alhamdulillah, selepas saya menasihati wanita tersebut, saya dapat rasakan yang dia sudah semakin tabah dan berani untuk tegakkan haknya. Semua tuntutan yang berhak untuknya pasti akan dituntut.
Kasihan bila ada lagi wanita yang takut bila diugut bekas suami untuk dapat hak jagaan anak andai membuat tuntutan selepas cerai. Sedangkan, disisi undang-undang dan Hukum
Syarak, hak jagaan anak itu tersangatlah kuat kepada ibu selagi ibu itu tidak hilang kelayakannya.
Lelaki makin tua makin manja, isteri jangan pandang remeh. Apabila kita melihat kecenderungan lelaki yang semakin meningkat usia, sama ada seorang suami, ayah, abang atau datuk, satu perkara yang semakin ketara ialah sifat manja yang semakin terserlah.
Pada awalnya, perkara ini mungkin kelihatan janggal, kerana lelaki sering dikaitkan dengan sifat tegas, keras dan tidak menunjukkan emosi. Namun, apabila usia semakin meningkat, perangai mereka juga berubah. Ada yang menjadi lebih lembut, lebih suka bermanja dengan pasangan atau anak-anak, dan ada juga yang semakin mudah tersentuh.
Semasa usia muda, kebanyakan lelaki mahu kelihatan kuat. Mereka pantang dicabar atau dikatakan lemah. Semua perkara ingin dilakukan sendiri – daripada mengangkat tong gas sehingga membaiki paip yang bocor. Tetapi apabila usia telah mencecah 40-an dan ke atas, ada sesuatu yang berubah. Mungkin disebabkan oleh faktor fizikal yang tidak lagi segagah dahulu, atau emosi yang semakin memerlukan perhatian dan sokongan.
Ketika inilah lelaki mula mencari ketenangan dan kasih sayang yang selama ini mereka pendam dan tidak pernah luahkan secara terbuka. Jika dahulu mereka tidak kisah sama ada isteri memasak atau tidak, kini hampir setiap hari mereka bertanya, “Hari ini masak apa, sayang?” – bukan semata-mata kerana lapar, tetapi lebih kepada ingin rasa dihargai dan disayangi.
Perlu dijelaskan bahawa lelaki yang semakin manja bukan bermakna mereka menjadi lemah. Sebenarnya, mereka semakin selesa dengan diri sendiri. Mereka tidak lagi terlalu peduli dengan pandangan orang lain. Mereka tidak segan untuk memeluk cucu, meluahkan rasa rindu kepada isteri, atau mengatakan, “Abang sayang awak.”
Mereka telah sampai ke satu fasa dalam kehidupan di mana mengejar pangkat atau harta bukan lagi menjadi keutamaan. Apa yang mereka perlukan ialah dihargai, ditemani, dan merasakan bahawa kehadiran mereka masih penting dalam kehidupan orang sekeliling.
Ada kalanya, anak-anak berasa pelik apabila melihat ayah yang dahulunya garang kini sering bercerita perkara yang sama berulang kali. Itu bukan semata-mata disebabkan oleh masalah ingatan. Ia adalah cara mereka untuk berinteraksi, berbual, dan merasakan bahawa mereka masih relevan dalam kehidupan keluarga. Itulah ‘manja’ dalam versi lelaki berusia.
Apabila suami yang semakin tua mula banyak meluangkan masa di rumah, suka bertanya tentang pelbagai perkara yang dilakukan oleh isteri, itu juga adalah satu bentuk kasih sayang walaupun tidak seindah dan seindah kata-kata romantik di dalam drama televisyen.
Semakin meningkat usia, lelaki semakin menunjukkan sifat manja dan ya, ini adalah satu realiti. Ia bukan kelemahan, tetapi proses semula jadi apabila jiwa dan emosi mula memerlukan perhatian dan sentuhan yang berbeza.
Dalam dunia yang sibuk dan penuh tekanan ini, lelaki yang mula berani menunjukkan sifat manja sebenarnya sedang menunjukkan sisi diri mereka yang paling jujur dan tulus.
Jadi, sekiranya kita melihat ayah, suami atau abang yang dahulunya garang kini suka duduk dekat-dekat, suka bertanya tentang perkara kecil atau suka bercerita panjang, jangan cepat berasa rimas.
Itu adalah tanda bahawa mereka mula menghargai detik-detik kecil dalam hidup, mereka sedang manja, penuh dengan kasih sayang yang tidak pernah mereka tunjukkan dahulu.
Nora Danish baiki diri sepanjang Ramadan, tak mahu buat solat dengan tergesa-gesa. Semakin manis dan dilihat semakin banyak berkongsi perkara yang baik.