Dugaan orang popular dan berjaya dalam perniagaan, pasti ada yang tidak berpuas hati dengan kebahagiaan dan kesenangan yang dimiliki. Terbaru dikongsikan oleh Pelakon popular, Aeril Zafrel mengakui pernah menjadi mangsa perbuatan sihir daripada orang yang mungkin tidak puas hati dengan kehidupannya.
Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 33, bagaimanapun berkata, sihir yang ditujukan buat diri dan seluruh anggota keluarga sekitar awal Januari lalu bagaimanapun telah berjayakan dihentikan.
“Sebenarnya sihir itu ditujukan pada seluruh ahli keluarga, Alhamdulillah Allah SWT selamatkan kami daripada menjadi lebih teruk,” luah Aeril.
Selepas mendapatkan rawatan daripada seorang pakar perubatan Islam di Selangor, Aeril bersyukur kerana dia dan keluarganya terselamat daripada terkena ilmu sihir berkenaan.
Memohon Maaf
Menerusi hantaran dalam Instagramnya, suami kepada pelakon Wawa Zainal itu turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terasa hati dengannya sehingga tergamak melakukan percubaan sihir terhadap ahli keluarganya.
“Barangkali ada salah dan khilaf yang saya tak sedari, saya dengan rendah hati memohon maaf pada pihak yang terasa hingga tergamak melakukan percubaan sihir ini,” katanya yang turut memaafkan individu yang menganiayanya itu.
Kesan Sihir
Akibat sihir tersebut, Aeril pernah menjadi panas baran, badan berasa panas, sakit pinggang dan sering mengalami mimpi yang pelik.
Ads
Bagaimanapun kata Aeril, sehingga kini kesan perbuatan sihir tersebut masih boleh dirasai dan dia disarakan terus mengamalkan perkara yang disuruh ketika berubat untuk memutuskan sihir berkenaan.
Tangkal, Kain Kuning
Terdahulu, menerusi satu hantaran foto yang dimuat naik dalam Instagramnya, bapa kepada tiga orang anak itu berkongsi beberapa objek berupa tangkal yang diletakkan di atas kain berwarna kuning bertujuan untuk menyihir diri dan ahli keluarganya.
Ads
“Setiap orang ada ujian, cubaan dan dugaan masing-masing. Hanya dengan pertolongan Allah SWT sahaja segalanya dipermudahkan jalan keluarnya dan mampu dihadapi dengan tenang.
“Begitu juga dengan saya. Alhamdulillah Allah SWT hantarkan bantuannya menerusi orang yang arif. Saya dan keluarga terselamat daripada permainan ilmu sihir ‘seseorang’ baru-baru ini,” ujarnya dalam hantaran tersebut.
Mohon Bertaubat
Pelakon drama Tercipta Satu Ikatan itu ketika dihubungi memberitahu, buat masa ini dia tidak dapat menceritakan secara menyeluruh tentang perkara yang menimpa keluarganya itu atas nasihat pakar perubatan yang ditemuinya untuk mendapatkan rawatan.
“Maaf, buat masa ini saya tidak dapat menjelaskan lebih lanjut tentang perkara ini atas sebab-sebab tertentu,” katanya.
Kata Aeril, dia memuat naik hantaran tersebut bertujuan untuk memberitahu individu yang melakukannya supaya bertaubat kerana melakukan kezaliman terhadap diri dan keluarganya.
“Perkara ini melibatkan anak-anak saya yang tidak tahu apa-apa. Moga dia sedar dan insaf. Saya juga diberitahu siapa yang melakukan perbuatan tersebut. Bagaimanapun jika ada datang meminta maaf atas perbuatannya, saya akan maafkan,” jelas Aeril.
MW: Tak sangka orang tergamak melakukan perkara syirik demi rasa tak puas hati dengan kejayaan, kesenangan dan kebahagiaan orang lain. Bertaubatlah sementara masih berkesempatan. Buat Aeril Zafril dan keluarga, semoga diberi kesembuhan dan kecekalan menghadapi ujian serta dugaan ini.
Hati saya sebagai seorang ibu begitu tersentuh mendengar luahan dari pelakon cantik Yatt Hamzah. Ibu kepada empat orang anak ini berasa cukup sedih apabila anaknya yang baru berusia tiga bulan, Suci Hawa Zulaikha terjatuh untuk kali ketiga, beberapa hari lalu.
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Yatt berasa sangat berterima kasih warganet terutama pengikutnya di Instagram yang berkongsi tips dan nasihat dalam memastikan keselamatan anaknya.
Bunyi Tangisan & Dia Sudah Terjatuh
Malah menurutnya lagi, tujuannya berkongsi gambar dan penjelasan mengenai insiden yang menimpa anaknya itu adalah untuk dijadikan iktibar buat semua ibu bapa yang memilik anak kecil.
“Saya harap semua berhati-hati dalam memastikan keselamatan anak terjamin. Kejadian anak saya terjatuh disedari selepas solat Subuh. Ketika itu saya baring sebentar bersamanya di katil dan terlelap. Dalam sekelip mata, tiba-tiba saya terdengar bunyi tangisannya dan dia sudah terjatuh,” katanya seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro.
“MOHON BACA CAPTION NI SAMPAI HBS DAN FAHAMI SBLM KOMEN DAN KOMENLAH YG MURNI DAN BAHASA YG BAIK2..JGN GADUH2 DLM NI YA..NAK RAMADHAN NI..🙏😇🥰🤗
“(UTK PENGETAHUAN SEMUA KAMI ANAK BERANAK TIDUR BAWAH, HANYA LETAK BBY D ATAS JIKA NK SOLAT ATAU BUAT KERJA JIKA KAKAK2NYA SDG MAIN. DAN BONDA NI BUAT LIVE TGH MALAM MASA BABY DAH TIDUR DAN ANAK2 DIJAGA OLEH ABAHNYA. BONDA LIVE NGAJI AJAK ORANG TALAQQI BKN GOSIP TITOK ATAU BENDA YG BUKAN2..JEMPUT JOIN LIVE IG NGAJI BONDA SETIAP MALAM PKL.11.30 YA..😇❤)
DAN TIADA KENA MENGENA LIVE DG PERKARA YG JD PD BABY HAWA..😇HARAP MAKLUM)
“Bonda sedih sgt pagi tadi..😢 Baby Hawa jatuh lg kali ke-3. Bonda tak sihat lepas Dhuha td terlelap sekejap melawan pening kepala berdenyut2. Patut live ngaji mlm td pun xdone nak buat sbb jatuh sakit serentak hp pun problem.
“Sedar2 masa terlelap baru 5min, dengar bunyi berdentum jatuh serentak Hawa menangis kuat. ALLAHUAKBAR anak..Mesti sakit sgt tu..Sbb dia jatuh atas jubin luar dr carpet bulu tebal. Mcm manalah boleh jatuh sedangkan sudah terkepung dlm kubu bantal dan quilt..
“Ya Allah baru 3 bulan dah 3 kali jatuh. Kami tidur bawah dan ltk atas katil di blk skjp utk solat sbb risau kalau kakak2nya bgn dan terpijak dia. Baby cot dia pula dia nangis2 xnak sbb sempit kan x boleh berguling. Lepas ni xboleh dah ltk atas katil kalau tiada yg jaga. Padahal Bonda kt sebelah dia je terlelap sbb sakit kepala sgt. Berguling aje kerjanya walaupun msh bayi. Bila baring tidur di bawah kakak2nya pula berlari2 melompat atas kami. Adehlah cabaran anak2 kecil yg membahagiakan..😅🥰🤗🥰😘
“Mohon semua doakan baby Hawa x jatuh lg ya. Pagi tadi dia dpt lebam2 di bahagian kepala dan mukanya. Cepat2 tuam dan sapu dg minyak..Sebak Bonda tengok..x sampai hati. 😢😭
“Semoga anak Bonda kuat dan sihat selalu ya syg..Aameen..🤲❤”
Yatt Hamzah juga menambah sepanjang PKP mereka sekeluarga tidur di atas lantai. yang baralaskan tilam. Namun insiden yang berlaku merupakan di luar jangkaan. ‘
“Ada juga yang menulis kecaman terhadap saya di Instagram. Tapi, saya pandang dari sudut positif dan menerima pelbagai komen nasihat serta tip supaya saya membeli pagar katil untuk bayi saya,” ungkapnya.
Jodoh masih kuat Datuk Ras Adiba berkahwin semula dengan bekas suami. Tahniah diucapkan buat bekas personaliti televisyen, Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang kini kembali bergelar isteri orang.
Ras Adiba, 54 menerusi portal berita Mstar mengakui berkahwin semula dengan bekas suami, Mohamed Azam Ali buat kali kedua.
Jodoh Masih Kuat
Untuk pengetahun Ras Adiba pernah berkahwin dengan Mohamed Azam Ali pada 16 Mac 2019 di Masjid Jamek Al Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Majlis pernikahan kali kedua telah berlangsung pada 2 Jun itu diadakan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Kuala Lumpur.
Wanita cekal yang juga Pengerusi Bernama mengenali suami sejak tahun 1986 ketika dirinya masih bertugas di stesen TV3 dan mengakui jodoh mereka masih kuat.
Menerusi perkongsian di Facebook, Ras Adiba Radzi ada memuatnaik beberapa foto bersama jejaka di Instagramnya dengan menulis kapsyen;
Ras Adiba pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai dua orang cahaya mata manakala Mohamed Azam juga dikurniakan enam anak hasil daripada perkahwinan terdahulu.
Di penghujung kehamilan pelakon manis, Ardell Aryana pernah menyuarakan kebimbangannya menanti detik melahirkan cahaya mata sulung bersama suaminya, pelakon Nadzmi Adhwa.
Malah, pernah membayangkan bagaimana kelak jika terbersalin dalam kereta atau tiba-tiba air ketuban pecah sendiri.
Malam Rabu ini, Nadzmi berkongsi posting diinstagramnya menyatakan yang isterinya, Ardell sudah pun masuk dalam wad bersalin. Sayu hati suami mengenangkan apa yang bakal dilalui isterinya itu.
Dalam pada menanti debaran anak sulung, suami Ardell sempat memohon agar mendoakan keadaan isterinya dan bayi yang bakal dilahirkan.
Doakan Isteri Saya Dan Baby Kami.. – Nadzmi
Tulisnya,
“Sayu hati. Masuk ward malam ni. Thankyou Dr Kam. Minta doakan isteri saya dan baby kami @babyadhwardell dipermudahkan ya.
“Kalau ada kami mengguriskan hati minta ampun maaf ya.
Kongsi Nadzmi lagi, “Awak kuat saya tahu, semoga Allah merahmati awak dan permudahkan semua. Saya ada sebelah nak tarik rambut saya tarik la nanti ya. Sayang awak @ardellaryana
Sebelum mengakhiri bicaranya sempat Nadzmi memberi kata-kata semangat untuk isteri. “Selamat Berjuang @ardellaryana@babyadhwardell“
Di dalam video yang dikongsikan itu, kelihatan Ardell menitiskan air mata sambil ditenangkan oleh doktor. Sebagaimana yang pernah Ardell maklumkan sebelum ini.
“Secara jujurnya saya berasa takut untuk bersalin dan ya, sepanjang tempoh kehamilan saya asyik kerap berfikir dan akhirnya air mata tumpah sendiri menangis.”
Semoga Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 30 kuat dan perjalanan melahirkan cahaya mata sulungnya dipermudahkanNya. Amin.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...