Ads

Adik Adam Demam Rindu, Pengasuh Sanggup Naik Motosikal Datang Ziarah Walau Jarak Jauh

Pengasuh
Pengasuh

Sebelum ini tular kisah Adik Adam atau nama penuhnya Muhammad Adam Mikhael yang berumur 3 tahun demam rindu, pengasuh sanggup naik motosikal datang ziarah walau jarak jauh dari rumahnya.

Adik Adam Demam Rindu

Adik Adam Demam Rindu, Pengasuh Sanggup Naik Motosikal Datang Ziarah Walau Jarak Jauh

Menerusi Penang Kini, Adik Adam dikatakan cukup rapat dengan pengasuh India yang dipanggil mesra “Amma” dan “Appa”.

Tanpa disangka-sangka, Adam dikatakan demam dan sering meracau pada waktu malam sambil memanggil nama Amma dan Appa. Walaupun sudah dibawa ke klinik, demamnya masih tidak kebah. Rupanya bukan sekadar sakit biasa, tetapi demam rindu.

Ads

Pengasuh Sanggup Naik Motosikal Datang Ziarah Walau Jarak Jauh

Adik Adam Demam Rindu, Pengasuh Sanggup Naik Motosikal Datang Ziarah Walau Jarak Jauh

Apabila mengetahui keadaan Adam, Amma dan Appa tanpa berfikir panjang terus menaiki motosikal untuk datang menziarahinya walaupun jarak rumah mereka hampir sejam perjalanan.

Ads

Dalam perjalanan, mereka diuji pula dengan hujan lebat. Namun cuaca itu tidak menghalang mereka meneruskan perjalanan demi melihat keadaan Adam.

Adik Adam Demam Rindu, Pengasuh Sanggup Naik Motosikal Datang Ziarah Walau Jarak Jauh

Ads

Kasih sayang mereka kepada si kecil itu benar-benar menyentuh hati ramai. Sungguh, tidak semua anak lahir dari rahim, ada juga anak yang ‘lahir’ dari kasih sayang yang tulus dan ikhlas.

Semoga adik Adam membesar jadi anak yang mengenang jasa ibu ayah dan pengasuhnya yang tulus menjaganya sepenuh hati.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Isteri Ditangkap Khalwat Di Bulan Ramadan, Suami Hampir Tumbuk Pasangan Selepas...

Seorang lelaki meluahkan rasa kecewa bila mendapat tahu isterinya ditangkap khalwat bersama seorang lelaki lain di siang hari bulan Ramadan.