Besar sebenarnya tanggungjawab sebagai anak lelaki. Usia yang masih remaja bukan penghalang bagi seorang adik untuk melaksanakan tanggungjawab, menjadi wali bagi menikahkan kakak sendiri. Saat ini pasti menjadi detik yang paling bermakna, apatah lagi dapat menyempurnakan hasrat arwah ayah. Malah keberanian ini patut dipuji dan menjadi inspirasi buat anak-anak lelaki kita.
Nikahkan Kakak Kedua
Ismaildaniel yang juga anak bongsu daripada empat beradik berjaya menikahkan kakak keduanya, Noriffa Akasha, 21, bersama pasangannya, Ahmad Asyaf Syafik Ahmad Shamsuddin, 27, kira-kira 9 malam.
“Allah SWT beri saya ketenangan dan Alhamdullilah, saya berjaya menikahkan kakak,” kata Ismaildaniel Ibrahim, 15, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Pasir, Dungun, semalam.
Galas Tanggungjawab Arwah Ayah
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah itu berkata, dia berlatih beberapa kali sebelum berjaya menyempurnakan majlis berkenaan.
“Ketika perkahwinan kakak sulung, Norintan Azlin, 24, dua tahun lalu, saya tidak berani berbuat demikian kerana merasakan saya masih kanak-kanak.
Ads
“Sebelum ini, ibu, Salmiah Ali, 43, meminta saya berbuat demikian tetapi saya tidak yakin tetapi kali ini, sudah sampai masanya saya menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan arwah ayah, Ibrahim@Nordin Muhamad Ali yang meninggal dunia akibat kanser ketika saya berusia setahun.
“Sebagai anak tunggal lelaki, ini tanggungjawab saya apatah lagi ibu sentiasa berpesan arwah ayah mahu saya mengambil alih tanggungjawab itu.
“Pada mulanya, saya rasa gementar kerana bimbang akad saya itu tidak menjadi namun Alhamdulillah, semua berjalan lancar,” katanya.
Ads
Kagum Kematangan Anak
Sementara itu, Salmiah berkata, dia kagum dengan kematangan anaknya untuk menjadi wali serta menyempurnakan majlis nikah kakak kandungnya itu.
“Dia menjadi wali untuk perkahwinan kakak sulungnya dua tahun lalu tetapi dia enggan menikahkan kakaknya ketika itu kerana dia masih kecil.
Ads
“Pada mulanya, kami merancang mahu wakilkan kepada jurunikah namun Ismaildaniel minta izin untuk melafazkan akad sambil disaksikan jurunikah.
“Sebagai ibu, saya bangga apatah lagi tetamu yang hadir melahirkan perasaan kagum dengan kebolehan Ismaildaniel yang berjaya melakukannya dengan baik,” katanya.
MW: Alhamdulillah.. tahniah buat adik ini, berjaya menunaikan kewajipan sebagai anak dan adik lelaki. Sikap inilah salah satu perkara yang mak ayah perlu semai dalam jiwa anak-anak lelaki kita, agar tahu erti tanggungjawab pada adik beradik perempuannya.
“Ya Allah, cantik sungguh aturan Allah. Semoga dipermudahkan segalanya buat Mika, Aunty Ina (Zarina) doakan berkekalan hingga ke Jannah,” itulah antara luahan kata pelakon, Zarina Zainuddin selepas pelakon dan penerbit Sheila Rusly memuat naik video bakal menantunya memeluk Islam.
“Ya Allah, Cantik Sungguh Aturan Allah”
Allahu terharu apabila melihat video yang dipaparkan oleh Shiela Rusly sewaktu bakal menantunya memeluk Islam. Sebaik mengucap dua kalimah syahadah, Baetrice atau dipanggil Bae gagal menahan air mata apabila sudah bergelar mualaf.
Pada waktu itu, Sheila menemani kekasih anaknya, Luth Mikhail iaitu Baetrice Chitra untuk memeluk Islam di sebuah masjid.
Sheila dan keluarga juga turut hadir menjadi saksi kekasih anaknya itu mengucap dua kalimah syahadah dengan bimbingan seorang ustaz.
Malah Luth juga kelihatan menangis teresak-esak tatkala menyaksikan teman wanitanya memeluk Islam.
“Alhamdulillah…” itulah luahan Sheila Rusly menerusi akaun Instagramnya.
“Sebak Tengok Video Ini”
Malah menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan terbaik buat bakal menantu dan keluarga Shiela Rusly.
“Alhamdulillah. sebak tgk video ni. congrats lil bro @luthmikhaill” tulis Dayana Roza.
“MasyaAllah…Cantiknya Sis..Sebak Lak Tgk Bideo ni..Semoga Sis & Keluarga Sentiasa Di Dalam Rahmat Kasih Sayang Allah” Ucap Nurkhiriah pula.
Saat hidayah datang menyapa, tiada siapa dapat menghalangnya. Biarpun perkahwinan mungkin dijadikan alasan untuk menganut agama Islam, namun tanpa petunjuk-NYA, kita bukanlah sesiapa.
Semoga Bae terus mendapat keberkatan dalam perjalanan barunya ini dan penyatuan Luth serta Bae nanti akan diberkati dengan kebahagiaan yang berkekalan hingga ke syurga.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Abby Abadi mahu selamatkan anak dari hubungan rumahtangga toksik, “cukuplah dua tahu tahu saya berdiam diri. Pelakon dan penyanyi terkenal, Abby Abadi akhirnya membuka mulut mengenai perjalanan rumah tangga anaknya, Marissa, selepas hampir dua tahun memilih untuk berdiam diri.
Dalam perkongsian terbaharu di threads, Abby mengakui selama ini dia memilih untuk tidak mencampuri urusan rumah tangga anaknya, meskipun pelbagai cerita dan isu timbul.
“Dah 2 tahun saya biarkan cerita ini berlalu. Saya biarkan anak saya merasa sendiri pahit dan manis jalan yang dia pilih. Saya biarkan pihak lelaki buat apa saja sebab kata, dia ada haknya sebagai suami. Tak pelah hilang hak pun sebagai ibu sebab ikutkan kehendak anak,” jelas Abby.
Acap kali Aslam berkongsi kisah bersama isteri pertamanya di media sosial. Digambarkan sebagai pasangan bahagia.
Namun begitu, bintang kelahiran kumpulan Elite ini menegaskan bahawa tindakannya berdiam selama ini tidak bermaksud dia menutup mata. Sebaliknya, Abby memilih untuk menghormati keputusan anaknya serta memberi ruang agar Marissa belajar melalui pengalaman hidup sendiri.
Abby akui mahu selamatkan anaknya dari hubungan rumahtangga toksik. Sudah dua tahun dirinya berdiam dan memberi ruang untuk anaknya berfikir.
Selepas tempoh panjang berdiam, Abby kini tampil dengan pendirian baharu. Beliau menegaskan sudah tiba masanya untuk campur tangan demi menyelamatkan anaknya daripada hubungan yang disifatkan sebagai toksik.
“Tapi yang saya update nak selamatkan anak saya dari hubungan toksik (antara dia dengan pihak lelaki) tu hal baru. 2 tahun berlalu. Pada saya cukup lama untuk membiarkan anak saya terus berada dalam hubungan yang menyusahkan diri dia & membuatkan dia memendam rasa,” tambahnya.
Pengakuan berani Abby ini nyata menarik perhatian ramai, khususnya peminat yang selama ini mengikuti kisah peribadi keluarga beliau. Tidak kurang juga yang meluahkan rasa simpati terhadap nasib Marissa dan memuji kecekalan Abby sebagai seorang ibu yang sentiasa mengutamakan kebahagiaan anak-anak.
Rata-rata warganet membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat, mendoakan agar Marissa segera keluar daripada lingkaran hubungan tidak sihat dan kembali membina kehidupan baharu yang lebih tenang.
Abby Abadi, yang terkenal dengan ketegasan prinsip serta lantang bersuara dalam isu kekeluargaan, sekali lagi menunjukkan bahawa kasih seorang ibu tidak pernah luntur meskipun diuji dengan keadaan yang sukar.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Emma & suami impikan anak ramai. Bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya memiliki zuriat merupakan perkara paling utama.
Jumlah anak kadangkala memainkan faktor utama dalam kebahagiaan sesebuah mahligai. Anak juga merupakan pengukuh ikatan kasih sayang suami isteri.
Seperti mana pasangan berkahwin lain, pelakon popular Emma Maembong dan suami juga mengimpikan zuriat yang ramai. Sewaktu bertemu dengan Emma di Majlis Pelancaran Koleksi Percutian Stylish dan Versatil RR Cruise, Emma akui dia dan suami mengimpikan memiliki anak yang ramai.
Emma & Suami Impikan Anak Ramai
Emma dan suaminya Muhammad Shazli Azhar kini menjalani kehidupan yang indah bersama cahaya mata kesayangan Shariq Gabriel, 2 tahun.
Wanita berusia 30 tahun itu menjelaskan, bagi menambah cahaya mata dia dan suami sememangnya berusaha untuk dapatkan anak kedua.
“Bukan saja saya, tapi suami pun nak anak ramai. Selepas berpantang ketika bersalin anak pertama, saya dan suami berusaha untuk dapatkan anak kedua. Tapi soal rezeki hanya Allah yang tahu
“Anak sulung pun dah berusia dua tahun sekarang. Selagi belum ada (hamil lagi), saya tak nak cakap apa-apa,” luahnya.
Bakal Kongsi Khabar Gembira Jika Ada
Emma juga menjawab khabar angin yang mendakwa dirinya kini sedang berbadan dua. Dia turut menyatakan akan berkongsi khabar gembira sekiranya perkara itu benar-benar terjadi.
“Saya tak nak cakap apa-apa sebab saya dan suami pun masih mencuba. Kalau saya kata ya, tapi tidak ada (hamil), saya akan sakit.
“Soal zuriat ni adalah perkara yang sensitif. Doakan semoga segalanya dipermudahkan,” ceritanya.
Terlalu Pantas Masa Berlalu
Menyentuh tentang anaknya, Emma juga ingin memberi tumpuan kepada pembesaran anaknya. Malah dia juga tidak mahu terburu-buru kembali bekerja sehingga terlepas momen indah bersama anaknya.
“Tak semua tawaran saya terima. Pada fasa sekarang saya memilih untuk menghabiskan masa bersama keluarga. Saya tidak mahu kehilangan momen indah bersama anak.
“Sebelum ini habis berpantang saya terus bekerja. Sedar-sedar anak dah panggil saya mama. Begitu cepat masa berlalu dan saya terlepas kenangan bersama anak,” sambungnya ceria.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.