Adam kini sibuk uruskan pusat rawatan alternatif Islam. Agak lama tidak mendengar perkhabaran penyanyi yang pernah muncul dalam rancangan realiti nyanyian popular, Akademi Fantasia 2, Adam yang juga nama sebenarnya nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman ini.
Adam Kini Sibuk Uruskan Pusat Rawatan Alternatif Islam
Bertemu dengannya sewaktu sidang media, Hijrahkan Laguku program terbaru dari TV Al-Hijrah baru-baru ini, figura yang berasal dari Sabah akui dirinya tidak seaktif dulu dalam bidang seni.
Sejak memperlahankan kerjaya seni, dia aktif dalam bidang perniagaan termasuk menguruskan pusat rawatan alternatif Islam yang diasaskan lebih tujuh tahun lalu.
“Alhamdulillah kehidupan saya baik-baik sahaja dan sibuk menguruskan perniagaan yang diusahakan sebelum ini.
“Selain itu saya juga memberi tumpuan kepada pusat rawatan alternatif Islam yang kini diuruskan oleh adik saya di Puncak Alam, Shah Alam.
“Selepas penghijrahan lebih 10 tahun dulu, itu adalah salah satu cara saya untuk mendekatkan diri dengan tuhan, selain amal ibadah,” kongsi Adam.
Bantu Mereka Yang Memerlukan
Akui Adam dia kini mahu membantu mereka yang memerlukan.
“Saya cuba membantu mereka yang memerlukan dengan kaedah yang mengikut ajaran agama yang mana ia secara tidak langsung dapat menyebarkan dakwah kepada orang ramai termasuk diri saya sendiri,” jelasnya.
Merungkai tentang personal dirinya pula, Adam yang sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Fiza Abd Halim pada 2013 dan berpisah setahun selepas itu, mengakui masih bergelar duda.
“Tiada istilah serik buat saya untuk berkahwin lagi. Jika ada jodoh, insyaAllah saya bersedia ke arah itu.
“Saya masih mencari yang sesuai. Pernah berkawan, tetapi tidak menjadi dan kita usaha lagi,” sambungnya.
Tidak Berhasrat Tinggalkan Dunia Nyanyian
Ads
Adam yang turut beraksi sebagai peserta program pertandingan nyanyian berkonsepkan realiti TV Islamik, Hijrahkan Laguku juga menyatakan dirinya tidak pernah berhasrat meninggalkan dunia nyanyian.
“Alhamdulillah saya bersyukur dapat peluang menyertai program ini, sekali gus kembali beraksi di pentas untuk mengubat rindu para peminat.
“Sebelum ini saya sibuk menguruskan perniagaan, selain aktiviti dakwah menyebabkan saya jarang muncul di kaca TV, termasuk menjayakan persembahan pentas.
“Jadi ramai peminat tanya bila saya nak keluar dengan lagu atau program baharu. Hijrahkan Laguku adalah jawapan kepada pertanyaan itu dan saya harap dapat mengubat rindu mereka,” kongsinya yang turut akan tampil dengan lagu baru berjudul, Apa Khabar, pada awal Januari depan.
Sumber Foto : Instagram Adam
KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Sungguh tak pernah terpikir seluar dalam yang dipakai dan seharusnya ditukar setiap hari untuk pastikan kebersihannya tidak lagi perlu dibasuh!
Inovasi terkini, sebuah syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), HercLéon mendakwa berjaya mencipta seluar dalam menggunakan fabrik bebas kuman yang tidak perlu dibasuh berhari-hari, berminggu-minggu mahupun berbulan-bulan tanpa berbau busuk, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.
Seluar Dalam HercLéon Kribi
Syarikat itu dipercayai sedang giat mempromosikan koleksi seluar dalam ‘Kribi’ yang menggunakan material yang biasa ditemui pada produk seperti cadar dan stoking.
“Kami percaya masa depan pakaian adalah bebas basuhan atau dalam erti kata lain tidak perlu dibasuh menggunakan air dan sabun.
“Kami mahu mengajak manusia ke arah cara hidup lebih bersih, mesra ekologi dan menjimatkan masa,” kata satu kenyataan di laman web rasmi syarikat itu.
Guna HercFiber
Fabrik antikuman itu digelar HercFiber dan dibuat daripada campuran buluh, pokok kayu putih, pokok beech dan tembaga.
Menurut pembuat fabrik itu, campuran bahan anti-bakteria membolehkan seluar dalam Kribi dipakai selama beberapa hari dan hanya perlu dikibas ke udara untuk membersihkannya.
“Seluar dalam kami sesuai untuk semua aktiviti seharian dan membantu menjimatkan sesi basuh pakaian,” syarikat itu.
Berita baik buat yang sedang merancang untuk membeli penyaman udara (air conditioner) atau peti sejuk di rumah tu, untuk lebih jimat boleh mendaftar dalam Program SAVE 2.0 bagi mendapat rebat sebanyak RM200 bagi setiap pembelian penyaman udara atau peti sejuk di Shopee.
Program SAVE 2.0
Program SAVE 2.0 ialah program pemberian rebat sebanyak RM200 kepada isi rumah yang membeli penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang yang diakui oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).
Dalam Belanjawan 2021, kerajaan telah mengumumkan sebanyak RM30 juta bagi pelaksanaan Program SAVE 2.0 yang dijangka memanfaatkan sebanyak 140,000 isi rumah di seluruh Malaysia.
Untuk makluman, program ini dilaksanakan oleh Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA) yang merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan dibawah Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Lestari 2011.
Program SAVE 2.0 ini juga dilaksanakan dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga dan dengan kolaborasi Shoope.
Syarat Kelayakan:
Orang ramai yang ingin mendaftar bagi Program SAVE 2.0 perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti:
1.Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
2.Mestilah pengguna atau pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, SESB, atau SEB.
3.e-Rebat digunakan untuk pembelian penyaman udara atau peti sejuk berlabel 4 bintang atau 5 bintang Cekap Tenaga pada tahun 2021.
4.1 akaun bil untuk 1 e-Rebat (siapa dahulu dia dapat).
Cara Mendaftar:
Untuk mendaftar dan mendapatkan e-Rebat menerusi Program SAVE 2.0 ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
3. Isi semua maklumat yang diperlukan merangkumi:
– No. Bil Elektrik
– No. Kad Pengenalan
– Nama Penuh
4. Tandakan pada ruangan kotak pengesahan.
5. Klik Butang ‘Submit’.
6. Baucar/ rebat sebanyak RM200 akan dikreditkan ke dalam Shopee Wallet selepas permohonan diluluskan.
Selamat mencuba!
Jangan lupa mendaftar untuk rebut peluang ini.
Untuk info dan maklumat lanjut mengenai Program SAVE 2.0, sila layari https://shopee.com.my/m/program-save
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jangan lupa mendaftar untuk rebut peluang mendapat rebat RM200 ini bagi pembelian penyaman udara mahupun peti sejuk.
Ada sesetengah mak ayah bimbang, bila ada anak-anak dihantar ke tadika mahupun sekolah cina. Susah hati, takut pendidikan di sekolah itu akan ubah diri anak-anak.
Sebenarnya, taklah macam itu. Sebagaimana yang dikongsikan Niena Samsirini yang pernah dihantar oleh arwah ibunya ke tadika Cina.
Tidak pun pendidikan awal di sekolah itu menjadikan dirinya ‘sesat’ sebagaimana anggapan sesetengah mak ayah orang lain pada masa itu. Banyak ikhtibar boleh diambil, terutama pada mak ayah yang berhasrat nak hantar anak ke tadika cina.
Bila Cuma Tadika Cina Yang Ada Kekosongan
Dulu kan, arwah mak pernah lah juga kena kecam sebab hantar saya ke Tadika Cina. Dan lagi haru Tadika tu dalam kawasan gereja.
“Kau hantar anak sekolah kat situ, sesat anak kau nanti. ”
“Kau tak takut ke dia bagi makan yang bukan-bukan?”
Ingat lagi, arwah mak pun buntu dah masa tu sebenarnya. Nak hantar tadika kemas, dah penuh. Hantar tadika lain pun penuh. Tu je pilihan mak ada. Dulu mana ada hp berinternet, tu pun mak jalan kaki jauh, naik bas ke hulu ke hilir cari tadika.
Ni saya nak kongsi apa yang jadi masa saya tadika cina dulu. Alhamdulillah, banyak moment yang saya ingat sampai sekarang.
Walaupun tadika tu dalam kawasan gereja, tapi saya tak dibawa sekali ke dalam gereja. Bila pelajar cina yang lain dibawa masuk ke gereja, pelajar Islam dikumpulkan dalam satu class dan ada aktiviti lain.
Teacher Tetap Hormati Hak Pelajar Islam
Paling saya respect, teacher kami dulu sangat alert. Bila ada jamuan, semua ibu bapa yang nak sponsor makanan, wajib hantar makanan yang HALAL sahaja. Yang tak halal tak boleh sebab nanti bercampur.
Pernah satu hari, ada student ni sambut birthday. Maknya hantar kek untuk satu class kami makan. Teacher tu tanya mak kawan saya tu, kek beli di mana. Teacher tu chinese tau.
Bila mak kawan saya kata beli di kedai cina tak pasti halal ke tak, teacher kami minta maaf pada setiap seorang pelajar Islam dalam class, pujuk kami dan bagi tau kami tak boleh makan kek tu. Dan Teacher tu keluar, pergi beli kek yang halal special bagi untuk kami yang Islam.
Didikan Betul Bermula Dari Rumah..
Bagi saya, didikan anak tu bermula dari rumah. Kalau mak ayah didik anak dengan betul, in shaa allah campak la masuk sekolah apa pun, anak nya akan jumpa jalan yang betul.
Dulu ada juga mulut makcik bawang yang risau saya akan murtad sebab sekolah cina. Apa yang dia risaukan tu bagus, cuma cara dia kondem arwah mak, saya rasa macam nak cabai mulut dia.
Buat mak ayah yang nak pilih sekolah untuk anak, jangan lupa kan didikan dari rumah ya. Anak banyak belajar sebenarnya dari rumah. Tapi mereka pendamkan, sampai masa mereka akan tunjuk apa yang mereka belajar dari kita.
Semoga anak kita berjaya di dunia dan akhirat. Selaraskan ilmu yang kita nak sediakan untuk anak. Jangan lupa kan ilmu akhirat.
MW : Jati diri anak-anak takkan hilang, jika mak ayah dah persiapkan kemas-kemas dalam diri anak-anak dengan didikan yang betul sejak mereka kecil lagi. Mak ayah kenalah usaha lebih ya.
Ibu kepada mangsa tragedi pembunuhan pelajar Bandar Utama mendedahkan anaknya ditikam lebih 200 kali. Beliau menafikan dakwaan palsu dan menyeru agar kejadian tragis ini tidak berulang di sekolah lain.