Sejak semalam media sosial dihujani dengan berita-berita tentang PRU ke 14 dan cerita Tun Mahathir. Ada yang baik dan tak kurang juga pandangan sinis, terpulang pada pandang netizen masing-masing.
Namun ini pandangan ‘gah’ daripada seorang wanita bergelar ibu, Fauzan N Siti yang meletakkan dirinya dalam ‘tapak kasut’ Tun M dan berfikir lebih positif tentang perlantikan Perdana Menteri Yang ke 7 semalam, malah disokong ramai rakyat marhean.
“Saya baru 37, urus anak 4 , tak de hutang pun, suami sorang, Rumah 20×70 punya saiz pun dah perlu kan teknik-teknik “me-time” dan rehat yg cukup utk kekal waras..
Tak cukup tidur tunggu results PRU14 pun..saya dah rasa moody, kembung masuk angin perut dan mata berpinar-pinar.”
Saya tidak boleh bayangkan:
Umur 93
Rakyat berjuta
Najis hutang trillion org tinggal utk dia settle kan
Tanah air Malaysia bukan kecik nak urus.
Belum cerita pula rakyat perangai macam ni ” Eh, makan pagi igt X kena GST hari ni? Tapi ada lagi GST, penipu” padahal belum angkat sumpah lagi pun tuan nya dan ramai lagi species otak masih belum baligh walau anak dah 10 tuntut janji manifesto settle walaupun belum 24 jam memang Pru.
Itu belum sebut lagi kes katak-katak dan lalang-lalang lagi.
Ads
Nak dpt mandat..kena tunggu berjam-jam..tukar masa sana sini.. walaupun Malam sebelum tu tak cukup tidur.
Tapi masih boleh senyum…buat lawak..jawab soalan dgn tenang dan waras… Berfikir dan masih tajam ingatan.
Hebat kelebihan yang Allah bagi pada PM baru kita.
Sudah-sudah lah kita menjadi rakyat yg suka menyusahkan orang..dah lah org tu nak tolong kita. Nak harapkan kita fikir selesai hutang trillion?. hutang kereta rumah pun dah garu kepala.
Ada sebab kepada Allah letak Tun sebagai PM selepas usaha tsunami perubahan.
Ads
Cuba lah ubah perangai dari penting perut sendiri kepada memudahkan orang lain…
Allah Hu…
Janganlah jadi Hamba yg kufur nikmat. Pandang lah dengan mata dan hati …bukan dgn nafsu dan ketaksuban.
Antara benda yang saya belajar dengan jelas sekali daalm PRU Kali ini.
Ads
Untuk didik diri dan anak-anak saya.
1. Sabar… org sabar memang akan memang.
2. Bersyukur… Belajar bersyukur walaupun kecil..sebab Allah akan beri lebih lagi…
3. Amanah… Pangkat, kuasa ITU fitnah besar…jaga amanah walaupun susah dan banyak dugaan.
4. Akhlak… Jaga Akhlak…dakwah selari dgn akhlak yang Indah.. berapa ramai org bukan islam yg makin jauh dgn Islam selepas baca dan lihat komen dan kelakuan penyokong Islam.
5. Prinsip… Jadi manusia ber prinsip..buat bukan sebab org..buat bukan sebab Harta..buat bukan sebab takut.. tapi sebab prinsip Kita..dan sebagai Muslim..prinsip yg telah di garis kan oleh Allah dan rasul.
6. Jangan taksub… Ketaksuban itu racun kepada pemikiran yg waras…sebab taksub..yg salah nampak betul..yg betul nampak salah. Ada sebab kenapa Islam menuntut sifat bersederhana… Apa2 pun kalau Kita taksub..akan merosakkan… walaupun benda yg baik.
Semoga Allah permudahkan urusan Kita di dunia dan Akhirat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bukan mudah untuk berpisah selamanya dengan suami yang kita cintai. Lebih sedih pemergiannya secara mengejut. Suami yang sihat tiba-tiba meninggalkan kita dan anak-anak tanpa pesan.
Inilah yang berlaku kepada Rokitah Jusoh. Sama sekali Rokitah tidak menduga. Niat suami yang membawanya bersiar-siar melalui Lebuhraya Pantai Timur 2 dan keluar di susur Durian Mentagau, Dungun selepas menghantar anak balik ke asrama berakhir dengan tragedi pahit.
Pertembungan dengan sebuah kereta yang dipandu seorang pemuda yang berada di bawah pengaruh dadah dan menaiki kenderaan curi mengakibatkan suaminya, Mohd Jefri bin Ibrahim, 44 maut sehari selepas kemalangan sekali gus menjadikan sambutan hari raya tahun lalu bagi keluarganya dipenuhi dengan kesedihan.
Ciuman Terakhir
Lebih menyayat hati, dengan tulang pinggul patah, diikuti bahu, kedua belah tangan dan lain-lain kecederaan, Rokitah disorong menaiki troli bagi membolehkan dirinya mencium arwah suami buat kali terakhir di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu kala umat Islam berpuasa pada hari ke-14.
Jelasnya, tarikh 18 Jun 2016, akan terus melekat dalam memorinya sampai bila-bila. Pada tarikh itulah kemalangan berlaku dan arwah suaminya maut sehari kemudian. Dia perlu menjalani fisioterapi.
“Saya minta katil kami dirapatkan. Dengan tulang pinggul patah selain bahu dan tangan, saya cium arwah suami buat kali terakhir. Saya berkeras mahu menatap wajahnya kerana saya tahu, ini saja peluang terakhir bertemunya.
“Kami hidup bersama hampir 20 tahun lamanya dan sama-sama membina impian ke alam syurga tapi kerana kecuaian orang lain, keindahan dunia ini terhenti,” luah Rokitah Jusoh.
Sebelum kemalangan, kata Rokitah, dia nampak kereta dari arah hadapan dipandu terhoyong-hayang. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan dan memasuki laluan orang lain.
Saya tepuk peha suami untuk suami mengelak tetapi mungkin ketika itu malaikat maut sudah menanti setia di sisinya.
“Hentaman kuat itu mengakibatkan hati suami pecah selain paru-parunya parah tertusuk tulang rusuk. Doktor juga sempat mengeluarkan darah beku sebanyak dua kilo dari perutnya.
“Saya pula alami lima kecederaan termasuk patah kedua belah tangan, patah tulang bahu selain patah tulang pinggul. Lebih sebulan saya dirawat di hospital dan terlantar di katil berbulan lamanya.
“Paling tidak dilupakan, semasa menghantar anak ke asrama, suami, suami sempat memeluk anaknya dan berpesan belajar baik-baik. Memang sedih kerana suami meninggal akibat kecuaian orang lain,” kata ibu kepada empat anak ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Syukur, apabila dapat melayari kehidupan bersama pasangan dari awal perkahwinan sehinggalah beranak cucu. Itu impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Jodoh pelakon yang juga chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob dan isteri, Datin Azrene Ahmad bahagia bersama sehingga 14 tahun menjadi suami isteri.
Selama 14 tahun berdua empat orang cahaya mata, onak dan duri telah mereka harungi. Terharu sungguh, Fazley bila mana isteri tetap setia di sisi dalam apa juga kesukaran yang terpaksa mereka tempuhi.
Azrene yang mesra dipanggil ‘Adik’ oleh suaminya ini, menerima dirinya seadanya. Dari seorang yang dalam keadaan sehelai sepinggang, tetap isteri mencurahkan kasih sayang yang berpanjangan.
Azrene Jadi Isteri Abang Dalam Keadaan Sehelai Sepinggang.. – Datuk Fazley
14 tahun dah kita Adik Sayang!
Syukur ke hadrat Ilahi, 7 November 14 tahun yang lalu kami telah disatukan. Pelbagai onak duri, duka dan duka (bukan suka duka) dan airmata yang mengalir, namun Allah tetap izinkan kita untuk terus berdiri teguh mempertahan masjid yang satu ini. Bukan mudah untuk mempertahankan perkahwinan yang baru setahun jagung, apatah lagi memperkukuhkan masjid yang terbina 14 tahun lamanya. Moga iman kita semakin kukuh, tiang agama kita semakin utuh, dan anak2 kita yang 4 orang tu membesar dengan tersedianya ilmu dunia dan terpatrinya ilmu akhirat sentiasa.
Terima kasih di atas pengorbanan Adik sayang @azrene_ahmad selama ini. I am who I am today because of you.. Adik menjadi isteri abang dalam keadaan sehelai sepinggang, dan abang sendiri sampai tiada apa lagi yang tinggal akhirnya, namun Allah tetap memberi harta kasih dan sayang berpanjangan. Biarlah kita miskin harta, namun kekal kaya kasih dan sayang. Yang pahit tak semestinya racun, yang manis tak selalunya madu! Salam Ulangtahun kita yang ke-14 dan percintaan yang hampir ke-16 tahun.
Perkongsian Fazley ini dimuatnaik dalam instagramnya dalam bentuk paparan video beserta lagu ‘November Itu’. Yang mana, lagu dan liriknya oleh beliau sendiri.
18 Tahun Cuba Dapat Lesen Memandu, Akhirnya Lulus Percubaan Kali Ke-960! Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya, setiap usaha adalah tangga kejayaan. Paling penting tidak berputus asa dan mudah menyerah kalah.
Percubaan Kali Ke-960
Seorang wanita di Korea Selatan ini sewajarnya menjadi inspirasi ramai. Warga emas ini akhirnya lulus ujian memandu pada percubaan kali ke-960 selepas membayar lebih £11,000 (RM59,644) untuk mendapatkan lesennya, lapor akhbar Mirror UK semalam.
Cha Sa-soon, 69, mula menduduki ujian bertulis pada April 2005 dan selepas gagal buat kali pertama, dia terus mengambilnya semula pada setiap hari dalam lima hari seminggu selama tiga tahun.
Selepas 780 percubaan, Sa-soon mengambil hanya dua kali ujian bertulis dalam seminggu sehingga dia akhirnya lulus dan perlu meneruskan ujian praktikal latihan memandu.
Sa-soon lulus ujian memandu selepas mencuba 10 kali. In bermakna dia telah melalui 960 peperiksaan secara keseluruhan sebelum akhirnya mendapat lesen.
Lesen Kenderaan Untuk Perniagaan Sayuran
Wanita itu enggan berputus asa kerana dia memerlukan lesen kenderaan untuk memudahkan perniagaan sayur-sayurannya.
Menurut laporan, Sa-soon membelanjakan hampir £11,000 (RM59,644) untuk mendapatkan lesen memandu.
Guru memandunya di Sekolah Memandu Jeonbuk berkata, dia berasa lega apabila Sa-soon akhirnya mendapat lesen.
“Apabila dia akhirnya mendapat lesen, kami semua keluar sambil bersorak dan memeluknya serta memberinya bunga.
“Rasanya seperti beban besar dialihkan dari belakang kami. Kami tidak berani untuk menyuruhnya berhenti kerana dia terus muncul,” katanya.
Muncul Dalam Iklan Hyundai
Disebabkan beberapa percubaannya mengambil ujian memandu, Sa-soon menjadi selebriti negara dan muncul dalam iklan syarikat pengeluar kereta, Hyundai.
Hyundai malah menghadiahkan Sa-soon sebuah kenderaan baharu berharga hampir £11,640 (RM63,117).
Mingguan Wanita:Tahniah buat nenek ini atas kejayaan mendapat lesen memandu. Paling penting tak pernah berputus asa dan berusaha sehingga berjaya walaupun memakan tempoh masa yang lama hampir 18 tahun dan cubaan sebanyak 960 kali!.
Pilih tema gothic vampire di hari sanding, pengantin akui peminat muzik metal. Sepasang pengantin menjadi tular di media sosial gara-gara memilih tema gothic vampire...