Ada Apa Dengan Tomato?

 Di Perancis, tomato dikenali sebagai “tomate” manakala dalam Bahasa Belanda atau Dutch “tomaat” dan di Itali; nama timangan untuk tomato adalah “pomodoro”. Fakta melaporkan terdapat lebih daripada 25,000 jenis tomato berbeza ada di dunia ini.

Tomato adalah sumber terbaik potasium, vitamin A dan C. Ia juga kaya dengan likopena, yang menghasil tona warna merah pada sebiji tomato. Sedikit info mengenai likopena, ia merupakan antioksidan yang membantu menghalang kerosakan sel dalam tubuh badan.Tomato tidak mengandungi sebarang lemak, bebas kolestrol serta rendah kalori.

Tomato sering dijadikan sebagai sos asas kepada pelbagai jenis hidangan. Contohnya piza, pasta, ayam dan ikan. Rahsia sos tomato pasta yang enak terletak pada campuran bawang besar, lobak merah dan batang saderi yang dimasak bersama sedikit minyak zaitun.

Istimewanya tomato, ianya terbahagi kepada beberapa kategori yang dikenalpasti melalui bentuk fizikalnya yang ketara. Berikut adalah lima jenis tomato popular dikalangan penggemarnya antaranya jenis glob, ceri, heirloom, roma dan pear.

Ada Apa Dengan Tomato?

Tomato ‘glob’

Tomato jenis glob lazimnya dikenali menerusi bentuknya yang besar, bulat dan berwarna merah terang.

Ada Apa Dengan Tomato?

Tomato Ceri

IKLAN

Saiznya yang kecil dan comel serta lebih berjus berbanding tomato ‘glob’.

Ada Apa Dengan Tomato?

 Tomato heirloom

Tomato jenis ini sering menjadi pilihan chef gourmet. Walau bagaimanapun, tomato heirloom mudah rosak dan cepat ranum sifatnya. Uniknya, tomato jenis ini terdiri daripada pelbagai bentuk dan warna.

Ada Apa Dengan Tomato?

IKLAN

Tomato Roma

Tomato roma yang juga dikenali sebagai tomato ‘plum’, adalah tomato yang paling kurang jus berbanding tomato lain. Disebabkan isinya yang tebal dan biji yang kurang berbanding tomato lain, tomato roma sering dijadikan pilihan untuk menghasilkan sos pasta.

Ada Apa Dengan Tomato?

 Tomato Pear

Bentuknya yang mirip kepada buah pear menjadikan ianya mendapat nama timangan sebagai tomato pear.  Saiznya menyerupai tomato ceri, walau bagaimanapun ianya tidak berjus. 

IKLAN

Tip penjagaan tomato :

Bagi mengekalkan jangka hayat buah tomato, berikut adalah tips penyimpanan yang boleh diamalkan :

·      Tomato boleh disimpan lebih lama jika disimpan dengan batangnya menghala ke bawah.

·      Kandungan vitamin C dalam tomato mudah hilang jika cahaya matahari mengenainya semasa dalam penyimpanan.

·      Adakalanya tomato dipetik semasa masih lagi hijau, lalu di’gas’ dengan etilena dalam perjalanan ke pasar raya. Sewaktu tiba di pasar raya, tomato sudah pun masak

·      Tomato hijau akan masak jika disimpan bersama buah epal. Gas etilena yang dibebaskan akan memberi persekitaran yang sesuai untuk tomato masak lebih cepat. Tiada epal? Balut tomato dengan surat khabar secara longgar dan biarkan selama satu hingga dua minggu.

·      Tomato mempunyai ciri perubatan yang bagus. Ia mampu bantu menurunkan risiko kanser, elak penyakit kardiovaskular, menulenkan karsinogen dalam asap rokok, mengandungi banyak mineral dan vitamin, mengurangkan hipertensi, mengurangkan keradangan dan pelbagai kebaikan lain.

Walaupun tomato baik untuk kesihatan, anda tidak digalakkan makan dengan berlebihan kerana ia mengandungi potasium yang boleh mengganggu buah pinggang sekiranya diambil terlalu banyak.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI