Baking soda bukan saja berguna untuk masakan, tapi mencantikkan wajah pun dia ‘champion’. Dengan 5 cara merawat wajah guna baking soda ini, mak-mak akan dapat kulit yang halus dan licin. Tapi ada syarat, kaedah ini cuma sesuai untuk mereka yang kulit jenis normal.
Mereka yang ada kulit jenis terlalu sensitif tak digalakkan mencuba tutorial yang dikongsikan oleh Rohani Ahmad (Ciknie) ini.
“Siyes la awakkkk. Mula mula ciknie ingat baking soda untuk buat kek je. Hari tu ciknie lepak kat gugel, saja nak cari resepi meng-cantik kan muka ni secara natural. Muka ciknie memang tak ada jerawat hinggap tapi sometimes blackhead dan whitehead timbul tenggelam juga. Rasa tak syiok bila pegang kulit muka sendiri sebab menggeretu macam jalan tar.
“Nak tau kenapa Baking Soda BERKESAN mengurangkan blackhead dan jerawat? Okay macam ni Baking Soda atau juga di kenali sebagai Natrium Bikarbonat bekerja sebagai agen pengelupasan kulit. Ia mengandungi ZERO bahan kimia, dan bekerja sebagai pembersih yang berkesan membuatkan kulit kita lembut dan licin.
5 Cara Licinkan Kulit Muka Guna Baking Soda
Ciknie guna campuran Madu + Baking Soda + Garam. Siyesss, licin gilaaa muka aiii. Uolsss patut try tau! Dah cuba nanti share la dengan ciknie macam mana resultnya, boleh?
Penting : Selepas penggunaan mask ni di sarankan pakai pelembap muka ya. Sebab baking soda sedikit mengeringkan kulit muka. Kalau kulit terlalu sensitif Ciknie tak galakkan ikut tutorial ni.
Yang ni campuran yang Ciknie buat.
Campurannya:
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh madu
2 sudu teh garam halus
Lumur pada tempat bermasalah dan massage manja-manja, biarkan selama 5 minit lepas tu cuci dengan air suam. Lepas tu pakai juga pelembap muka ya.
Baking Soda Campur Ubat Gigi Pun Menjadi!
Sumber/Foto : Facebook Rohani Ahmad
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI