
Tular di dada akhbar mengenai berita seorang bapa menerima hukuman penjara 12 bulan selepas melakukan ugutan jenayah terhadap anak lelakinya baru-baru ini.
Majistret, Don Stiwin Malanjum, memutuskan hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah daripada tertuduh, Ardi Aris, 32, mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah dengan niat mendatangkan ketakutan terhadap anak lelakinya, Zack Azroy, 13, dengan mengacukan sebilah pisau di rumah keluarga mereka di Batu 8 Jalan Tiku, Tawa, Sabah sekitar jam 9 pagi, 4 Ogos lalu.
Bagi kesalahan tersebut, dia didakwa mengikut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, Asisten Superintenden Nur Intan Jamrin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku semasa tertuduh datang ke rumah bekas iparnya, secara tiba-tiba meluru ke dapur dan mengambil sebilah pisau lalu mendatangi mangsa sambil mengacu serta mengarahkannya supaya menunaikan solat.

Mangsa yang dalam ketakutan bagaimanapun bertindak menuruti arahan bapanya itu, sebelum ibu saudaranya menghubungi pihak polis.
Tertuduh yang bekerja di sebuah premis mencuci kereta dan sudah bercerai dengan isterinya itu juga sebelum ini pernah dirujuk ke Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu kerana disyaki mengalami masalah mental.
Tertuduh dalam rayuannya bagaimanapun memohon kepada Mahkamah supaya hukuman diringankan dengan alasan sudah insaf selain menyesal atas perbuatannya itu.
Mahkamah kemudiannya memerintahkan hukuman pemenjaraan berkuat kuasa dari tarikh tangkapan iaitu pada 4 Ogos 2023.
Solat merupakan ibadah yang wajib dikerjakan setiap 5 waktu. Tidak kira sama ada sihat, sedang sakit, di tempat kerja, bermusafir malah ketika berperang masih wajib untuk mendirikan Solat. Mendidik anak untuk bersolat adalah antara tanggungjawab paling besar bagi sebagai ibubapa.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bersuamikan OKU Mental, Ini Cabaran Perkahwinan Perlu Dihadapi Isteri

Bersuamikan Oku mental, ini cabaran perkahwinan perlu dihadapi isteri. Tidak mudah sebenarnya untuk berhadapan dengan lelaki yang menghadapi masalah mental kerana ada masanya mereka tidak sedar tindakan dan perlakuan. Ada masa isteri dalam dilema kerana tingkah laku suami boleh berubah bila-bila masa.
Bersuamikan OKU Mental
Bagaimana kenali ciri lelaki Oku mental dan cabaran dalam perkahwinan?
Menjalani kehidupan bersama suami yang mengalami masalah kesihatan mental memerlukan kesabaran, kefahaman, dan sokongan berterusan. Cabaran dalam perkahwinan ini melibatkan aspek emosi, sosial, dan kewangan yang memerlukan pengurusan yang baik agar hubungan kekal harmoni dan seimbang.

Ciri-Ciri Lelaki OKU Mental
- Perubahan Emosi yang Kerap
Lelaki yang mengalami masalah kesihatan mental mungkin menghadapi perubahan emosi yang mendadak, seperti mudah marah, kemurungan, atau kegelisahan yang berpanjangan. - Kesukaran dalam Membuat Keputusan
Mereka mungkin mengalami kesulitan dalam membuat keputusan penting, yang boleh mempengaruhi kehidupan rumah tangga secara keseluruhan. - Kecenderungan untuk Menyendiri
Sebahagian lelaki OKU mental cenderung untuk mengasingkan diri daripada keluarga dan rakan-rakan kerana perasaan rendah diri atau kecemasan sosial. - Keperluan Rawatan dan Ubat Berterusan
Dalam banyak kes, suami mungkin memerlukan rawatan perubatan dan penggunaan ubat secara berterusan untuk mengawal keadaan mereka. - Cabaran dalam Interaksi Sosial
Mereka mungkin menghadapi kesulitan dalam berkomunikasi secara efektif dan mengekalkan hubungan sosial yang sihat.
Cabaran yang Dihadapi oleh Isteri
- Tekanan Emosi dan Mental
Menghadapi perubahan emosi dan tingkah laku suami boleh menjadi cabaran besar. Isteri perlu membina daya tahan mental yang tinggi serta mencari sokongan profesional untuk menguruskan tekanan ini dengan lebih baik. - Kurangnya Kefahaman Masyarakat
Stigma dan kurangnya kesedaran masyarakat mengenai kesihatan mental boleh menyebabkan rasa terasing dan kurang mendapat sokongan. Berbincang dengan keluarga terdekat dan menyertai kumpulan sokongan boleh membantu mengurangkan tekanan sosial ini. - Cabaran dalam Komunikasi
Kesukaran dalam berkomunikasi dengan suami, terutama ketika beliau mengalami episod kesihatan mental yang sukar, boleh menyebabkan konflik dan salah faham. Pendekatan komunikasi yang lembut dan memahami sangat penting dalam situasi ini. - Tanggungjawab Harian yang Meningkat
Dalam banyak keadaan, isteri mungkin perlu menggalas lebih banyak tanggungjawab dalam rumah tangga, seperti menguruskan kewangan dan keperluan harian suami. Penyusunan jadual dan bantuan dari keluarga serta rakan-rakan boleh membantu meringankan beban. - Kewangan dan Kerjaya
Suami dengan cabaran kesihatan mental mungkin menghadapi kesukaran untuk mengekalkan pekerjaan yang stabil, yang boleh memberi kesan kepada kewangan keluarga. Merancang kewangan dengan bijak dan mencari sumber pendapatan alternatif adalah penting untuk kestabilan ekonomi rumah tangga.BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Pasangan OKU Selamat Berkahwin, Hidap Cerebral Palsy Bukan Halangan Cipta BahagiaDemi Jaga Mak Ayah OKU, Gadis Kampung Tolak Tawaran Kerja, Buat Bisnes SendiriWanita Tak Berkahwin Miliki Tahap Mental Lebih Baik Berbanding Hidup Berpasangan
Cara Menghadapinya
- Meningkatkan Ilmu tentang Kesihatan Mental
Memahami kondisi suami dengan lebih mendalam boleh membantu isteri untuk memberi sokongan yang lebih efektif dan menguruskan situasi dengan lebih baik. - Mendapatkan Sokongan Profesional
Kaunseling perkahwinan dan sesi terapi dengan pakar kesihatan mental dapat membantu pasangan memahami keadaan dan mencari cara terbaik untuk menanganinya bersama. - Mengekalkan Komunikasi Terbuka
Berbincang secara terbuka tentang perasaan dan harapan masing-masing adalah penting untuk mengekalkan hubungan yang sihat dan memahami keperluan antara satu sama lain. - Menjaga Kesihatan Diri Sendiri
Dalam memberi perhatian kepada suami, isteri juga perlu menjaga kesejahteraan diri sendiri dengan memastikan kesihatan mental dan fizikalnya terjaga. - Menggunakan Sumber Sokongan yang Ada
Mendapatkan bantuan dari keluarga, rakan-rakan, atau komuniti yang memahami cabaran kesihatan mental boleh memberikan kekuatan dan motivasi untuk terus menghadapi situasi ini dengan positif.
Kesimpulan
Bersuamikan OKU mental adalah satu perjalanan yang memerlukan kekuatan dalaman, kesabaran, dan komitmen yang tinggi. Dengan pendekatan yang betul dan sokongan yang mencukupi, hubungan perkahwinan boleh terus kukuh dan membawa kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Shuib Akui Sukar Lalui Kehidupan Selepas Pemergian Arwah Sarah “Tak Rasa Hilang Separuh, Sebaliknya Hampir Semua”

Shuib akui sukar lalui kehidupan selepas pemergian arwah Sarah, sememangnya kehilangan insan yang tersayang cukup memeritkan, bagaikan hilang separuh nyawa apabila berdepan dengan satu kehilangan yang abadi.
Bagaimana ujian itu hanya Allah yang lebih mengetahuinya. Begitu juga mengenai kehilangan insan tersayang yang selalu disisi, dihati dan menemani jiwa setiap hari. Namun bila sampai masanya Allah ambil semula siapa kita nak melawan takdirNya.
Namun kenangan dengan mereka itulah kekuatan. Ingatan itu mampu buat kita berdoa untuk dia, sebab dia ada dalam jalur masa hidup kita sebelum ini.

Shuib Akui Sukar Lalui Kehidupan Selepas Pemergian Arwah Sarah
Begitu juga dengan keadaan yang dilalui pelawak, pelakon dan usahawan berjaya Shuib yang telah kehilangan isteri kesayangan Siti Sarah Raissuddin lebih dua bulan lalu.
Akuinya kehilangan itu memberi impak besar malah menerusi petikan Kosmo Online Shuib menyatakan dirinya masih susah untuk melalui kehidupan sehariannya apatah lagi dengan statusnya sebagai bapa tunggal.
Shuib juga terpaksa bertemu dengan pakar psikiatri hampir setiap minggu untuk mendapatkan rawatan berkaitan kesihatan mental.

“Sehingga kini, saya tak akan bercerita dengan orang lain sekiranya ada masalah walaupun dengan mak atau mentua. Saya hanya boleh pergi ke pusara isteri dan berkongsi dengannya.
“Disebabkan hal itu juga, setiap minggu saya akan berjumpa doktor peribadi yang pernah menjaga Siti Sarah untuk memeriksa kesihatan tahap saya. Lebih kurang pakar psikiatri lah.
“Perjumpaan tersebut juga bagi memastikan kesihatan mental saya dalam keadaan baik sebab berkait rapat juga dengan emosi dan badan kita,” ungkapnya yang turut menziarahi kubur arwah Sarah setiap Isnin dan Jumaat untuk berkongsi perasaannya.
Aktiviti Mengaji & Solat Berjemaah Bantu Kesihatan Mental
Walaupun sukar harungi kehidupan namun Shuib bersyukur kerana dikelilingi keluarga yang sangat baik. Dek kerana aktiviti yang dilakukan seperti mengaji dan solat berjemaah membantu mengawal emosinya.
“Syukur saya ada keluarga yang sangat baik untuk bantu menjaga keluarga kecil saya.
“Alhamdulillah sekarang ini kami sering buat aktiviti yang tidak pernah dilakukan sebelum ini seperti mengaji setiap malam dan solat berjemaah. Jadi perkara seperti ini sangat membantu kesihatan mental saya,” sambung Shuib.


Baca Disini Juga:
Alahai Jika Arwah Siti Sarah Ada Mesti Seronok Tengok Anak-Anak Pandai Urus Ayash Affan
“Dia Tak Ada, Tak Tahu Nak Rujuk Siapa”
Bagai hilang separuh nyawa apabila kehilangan isteri yang juga sumber kekuatan dirinya.
Namun Shuib akui selepas pemergian arwah Sarah, bukan separuh namun dirinya berasakan hampir semuanya hilang.
“Bila dia tiada, saya tak rasa hilang separuh, sebaliknya hilang hampir semua.
“Kalau ada masalah dalam bisnes atau peribadi, saya rujuk pada dia. Jadi bila dia tiada, saya tak tahu nak rujuk pada siapa,” luah bapa kepada Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia tiga bulan.
Sumber : Kosmo Online
Sumber Foto : Instagram Shuib Sepahtu
SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:

Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/
Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/
Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/
Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/
Untuk pertanyaan hubungi : 0196328758
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanitaMW
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Satu Persatu Masalah Menimpa Sejak PKP, Suami Disahkan Alami Kemurungan Melampau

Tak dinafikan pandemik covid-19 membuatkan ramai yang terkesan apabila ada yang terpaksa diberhentikan kerja, kehilangan sumber pendapatan, menanggung pelbagai hutang dan pelbagai masalah lain. Saban hari juga, kes kemurungan, depresi dan bunuh diri semakin meningkat apabila tak dapat lagi menahan beban yang ditanggung.
Siapa sangka suami yang sihat, berpewatakan ceria dan positif kini berubah sikap dan disahkan menghadapi kemurungan melampau. Ujian demi ujian menimpa dan pelbagai masalah dihadapi oleh suami sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akhirnya tidak tertanggung lagi.Isteri ini reda apabila suaminya disahkan menghidap penyakit mental.
Reda Suami Disahkan Hidap Penyakit Mental
“Saya reda dengan ketentuan Allah jika suami saya disahkan menghidap penyakit mental,” kata Natashakilla Zulku, 27, dari Kampung Sungai Nibong Darat, Semerah, dekat sini.
Natashakilla berkata, dia tidak menyangka suaminya, Khairul Kasmon, 35, mengalami kemurungan teruk selepas menghadapi beberapa tekanan hidup.
“Suami berubah kepada personaliti begitu berbeza berbanding dulu yang sangat ceria dan sentiasa berfikiran positif.
“Suami tak pernah tertekan sebelum ini, kami bahagia dan mampu tunaikan permintaan empat anak berusia antara dua hingga 11 tahun. Keadaan itu berubah apabila satu persatu masalah menimpa sejak awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu Mac tahun lalu,” katanya.
Terputus Sumber Kewangan
Menurutnya, sebelum itu suaminya diuji dengan kehilangan ibu disusuli nenek yang meninggal dunia akibat sakit tua dan ketika PKP, sektor pekerjaan suaminya dihentikan sementara.
“Saya pula ketika itu baru melahirkan anak bongsu, suami sudah kelihatan tertekan kerana merasakan beban besar yang perlu dihadapi ditambah pula masalah kereta rosak yang memerlukan kos pembaikan yang tinggi.
“Suami saya ketika itu bekerja kontrak sebagai pemandu jentera pengaut hanya mendapat bayaran gaji harian dan sumber kewangan kami sekeluarga terputus berikutan pelaksanaan PKP fasa pertama,” katanya.

Bantu Suami Dapatkan Rawatan
Katanya, sejak itu suaminya mula murung, solat pun terlupa rakaat, bercakap seorang diri.
“Saya terus menghubungi klinik desa berhampiran dan dinasihatkan membawa suami untuk rawatan.
“Pada Mac tahun lalu, saya menghubungi ambulans untuk membantu suami mendapatkan rawatan, tapi dia mula bertindak agresif apabila memeluk semua anaknya sambil menjerit dan meminta agar tidak memisahkan mereka,” katanya.
Dia berkata, selepas dihantar ke wad psikiatri di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat, doktor mengesahkan suaminya mengalami kemurungan melampau dan perlu mendapat rawatan.
“Saya sebagai suri rumah memang tiada sumber pendapatan dan keadaan kesihatan suami pula tidak menentu bergantung pada keadaan emosinya,” katanya.
Kepada sesiapa yang mahu menghulurkan bantuan boleh menghubungi Natashakilla di talian 011-27873126.
Baca Lagi Di Sini:
Dr Zaharuddin Abd Rahman Kongsi Amalan Doa Elak ‘Penyakit’ Kemurungan!
24jam/7hari Terperap Di Rumah, Sebab Itu Suri Rumah Lebih Mudah Alami Depresi!
Mingguan Wanita : Kasihannya. Semoga isteri ini diberi kekuatan dalam menghadapi ujian ini. Waktu PKP ni memang ramai yang terkesan, dihimpit pelbagai hutang, masalah untuk meneruskan kelangsungan hidup. Peranan dan sokongan keluarga terdekat sangatlah penting dalam memerhatikan sebarang perubahan terhadap tingkah laku orang tersayang. Segeralah dapatkan rawatan sekiranya mengalami simptom kemurungan.
Sumber: Hmetro
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
![]()
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )

JOM JAHIT BAJU KURUNG. BUAT DUIT JAHIT DI RUMAH
Orang kata kalau pandai jahit baju kurung, maka nak jahit pelbagai jenis baju lain akan jadi lebih mudah. Kursus dijalankan dalam dua pilihan tarikh iaitu 7 & 8 Ogos 2021 (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/ )

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

