“Acara Queens Night bersifat tidak bermoral dan berunsur lucah” itulah antara kenyataan yang diberikan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan seperti mana dipetik menerusi Sinar Harian Online.
Malah Datuk Hussein juga mengesahkan wujudnya adegan bogel dalam program eHati. Program eHati merupakan sebuah program motivasi rumah tangga. Menurut Datuk Hussein lagi siasatan mendapati adegan itu merupakan sebahagian daripada acara program yang dikenali sebagai ‘Queens Night’.
“Hasil siasatan mendapati memang berlaku aktiviti berbogel melibatkan kira-kira empat individu.
“Acara Queens Night ini bersifat tidak bermoral dan berunsur lucah, aktiviti yang dijalankan termasuk apa yang dipanggil sebagai ‘Rebirth’ kononnya untuk menaikkan motivasi diri,” ungkapnya.
Pada masa yang sama juga siasatan mendapati terdapat dua pakej ditawarkan berkaitan program ini iaitu pakej A dan pakej B.
“Terdapat dua pakej ditawarkan kepada peserta iaitu dengan bayaran sebanyak RM6,000 bagi pakej A dan RM9,000 bagi pakej B.
“Pakej B ini yang dipercayai berakhir dengan acara Queens Night dan siasatan berkaitan aktiviti ini dijalankan di bawah Seksyen 294 Kanun Keseksaan,” tambahnya yang turut mengakui program ini dianjurkan oleh sebuah syarikat, melibatkan fasilitator dan peserta tertentu yang masih dalam siasatan polis.
Ads
“Setakat ini, tiada sebarang rakaman video atau gambar berkaitan acara Queens Night yang ditemui. Hanya wanita dipercayai terlibat secara langsung dalam acara ini, namun siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada terdapat kehadiran lelaki dalam sesi tersebut,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian Online.
Turut Rampas Beberapa Cecair
Polis juga turut merampas beberapa cecair yang digunakan semasa program terbabit.
“Cecair berkenaan dipercayai digunakan sebagai minuman dan telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis sama ada mengandungi dadah atau bahan terlarang lain.
“Selain Seksyen 294, polis turut membuka siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil,” sambungnya.
6 Individu Termasuk Pasangan Pengasas eHati Direman
Pada perkembangan lain, enam individu termasuk pasangan suami isteri pengasas program motivasi rumah tangga eHati dan seorang anak mereka direman tiga hari oleh Mahkamah Majistret. Perintah reman itu dikeluarkan bagi membantu siasatan kes mengaibkan seseorang, berkelakuan tidak senonoh dan dakwaan melakukan jenayah kesalahan kecil.
Ads
Majistret, Ameera Mastura Khamis mengeluarkan perintah demikian selepas membenarkan permohonan daripada pihak polis.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Ads
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Salah satu barang yang penting dan sangat membantu pekerjaan rumah adalah mesin basuh. Sangat berguna untuk membantu meringankan pekerjaan mencuci pakaian dengan lebih mudah dan cepat, jadi anda kenalah ambil tahu macam mana nak jaga mesin basuh agar boleh tahan lama.
Apa yang penting, sediakan beberapa bahan ini dulu:
2 gelas cuka
50 gram baking soda
50 ml air
Span
Cara membersihkan:
1. Campur baking soda dan air dalam bekas kecil.
2. Tuang cuka di dalam bekas asing.
3. Tuangkan larutan baking soda di bahagian sabun.
4. Kemudian boleh masukkan cuka.
5. Tutup mesin cuci dan hidupkan sebentar.
6. Baking soda dan cuka akan membantu menghilangkan semua kotoran yang tertinggal dalam mesin.
Jangan lupa untuk selalu membersihkan mesin cuci secara teratur paling tidak sebulan sekali. Ini akan membuat mesin basuh tetap bersih dan boleh digunakan secara efektif lebih lama.
Kelebihan Soda Bikarbonat:
Soda penaik merupakan produk yang mak-mak patut sediakan di rumah. Dipanggil Natrium Bikarbonat atau Soda Bikarbonat, lebih murah dan berkesan untuk menghilangkan bau, dan membersih.
Ada banyak alasan untuk menggunakan soda penaik di rumah dan ini antaranya:
Bersihkan peti sejuk
Renjiskan Soda Bikarbonat ke atas span lembap, sental, dan bilas sehingga bersih.
Hilangkan mesin basuh pinggan mangkuk
Renjis ½ cawan Soda Bikarbonat pada bahagian bawah mesin basuh pinggan mangkuk di antara pinggan mangkuk itu.
Pekatkan cecair mesin basuh pinggan mangkuk
Tambah 2 sudu besar penuh Soda Bikarbonat kepada jumlah biasa serbuk pencuci yang anda gunakan.
Mengurangkan bau pakaian kotor
Renjis sedikit Soda Bikarbonat ke dalam beg atau bekas pakaian kotor.
Hapuskan bau permaidani
Renjis Soda Bikarbonat ke atas permaidani kering, biarkan selama 15 minit, kemudian barulah divakumkannya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Jika tak tahan dengar tangisan bayi, tak sabar.” Jangan cuba mengasuh anak orang. Menjaga anak sendiri dan anak orang banyak bezanya.
Anak sendiri mungkin lebih mudah mendengar kata, nama pun budak kecil manalah dia faham. Oleh itu kalau anda memang seorang yang penyayang, sukakan budak-budak mungkin tidak ada masalah.
Tetapi jangan disebabkan fikirkan untung dan semata-mata ingin tambah pendapatan, janganlah dipertaruhkan nyawa anak orang.
Kongsi Dr Erna Nadia, kes melibatkan kematian bayi dan kanak kanak tak kiralah di rumah sendiri atau pengasuh atau sekolah sekalipun memang akan menyentuh titik hati paling dalam.
Tak boleh tengok atau baca sampai habis sebab macam-macam yang terbayang dalam kepala.
Anak kucing malah anak anjing kena lenyek kenderaan atau kena dera pun dah sayu kita lihat, apatah lagi anak manusia.
Nauzubillahiminzaalik.
Semoga kita, keluarga kita, sahabat kita dan semuanya dijauhkan dari jahat yang ini.
Nasihat saya cuma satu, jika anda memang tak boleh tahan dengar tangisan bayi atau kanak kanak atau anda tak sabar untuk jaga anak anak, sila jangan cuba-cuba untuk jaga atau asuh anak anak orang lain. Jangan hanya sebab duit, kita iya kan padahal tidak mampu.
Untuk yang sudah kahwin atau plan untuk kahwin, kalau masih rasa belum mampu nak handle anak-anak kecil, janganlah dulu. Ramai juga yang parents sendiri pun dera anak anak sendiri. Bukan setakat dera tapi lebih dari itu pun ada.
Jangan Cuba Mengasuh Anak Orang
Kasihan anak kecil.
Mereka tak tahu apa dan tak berdaya pun.
Allah Maha Melihat dan Mengetahui. Dia yang cipta kita pun. Kalau pun kita terlepas hukuman dunia, akhirat yang kekal abadi tu kita tak akan terlepas pun. Nak lari ke mana. Semua dosa salah kita akan ditayangkan di hadapan semua orang. Setiap satunya.
Ya Allah, lindungilah kami dan keluarga kami dari kejahatan dan kekejaman manusia, amin ya rabbal alamin.
Dr. Erna Nadia
Seminggu kena kuarantin, buka fb macam macam cerita ada na. Allahuakbar.
Mingguan Wanita : Kes-kes yang berlaku kadang-kadang membuka mata mak ayah agar berhati-hati dalam memilih pengasuh atau nursery. Tidak dinafikan itu adalah takdir, namun jika diberi peluang, pilihlah yang terbaik untuk anak-anak.
Hati mana yang tak pilu apabila impian besar untuk menjadi tetamu Allah belum kesampaian. Begitulah perasaan pelakon kesayangan ramai, Nora Danish, yang meluahkan rasa sedih dan terkilan apabila tidak berpeluang menunaikan ibadah haji tahun ini.
Walaupun hatinya sudah lama terdetik untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci, Nora yang kini berusia 43 tahun tetap reda dan percaya bahawa segala yang berlaku adalah aturan terbaik dari Allah SWT.
“Saya sebenarnya nak sangat pergi haji tahun ini. Tetapi tak ada rezeki. Allah kata belum lagi. Mungkin tahun depan bersama suami baharu, insya-Allah,” luah Nora penuh harapan.
Bagi Nora, walaupun terasa berat di hati, dia yakin setiap perancangan Allah itu penuh hikmah. Dalam nada yang jujur, beliau mengakui sangat sedih tetapi tetap tenang menerima ketentuan.
“Sejujurnya saya rasa sedih dan terkilan. Tetapi semuanya kuasa Allah SWT. Kita hanya mampu merancang.”
Menyambut Aidiladha tahun ini di Malaysia, Nora akan terus memanfaatkan masa yang ada untuk memperbaiki diri dan menyusun semula langkah menuju impian sucinya itu.
Ketika ditanya mengenai sebab beliau tidak dapat menunaikan haji tahun ini, Nora berkongsi bahawa terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan, termasuk tawaran kerja yang hadir silih berganti.
“Pelbagai tawaran datang dan saya perlu buat keputusan dan pilihan. Tetapi panggilan haji ini adalah jemputan daripada Allah kan. Kalau belum sampai masanya, maka belum lah. Insya-Allah tahun depan.”
terdahulu, Nora baru sahaja dilantik sebagai duta koleksi abaya jenama Amber yang diberi nama Oasis. Selain Nora, dua lagi selebriti popular turut dipilih sebagai duta bersama iaitu Amira Othman dan Amyra Rosli.
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.