Hiburan

“Abam Pernah Luah Tak Nak Kerja Dan Nak Duduk Rumah.”- Fizo Omar

Share

Walaupun sudah masuk hari ke-empat Abam pergi, namun satu-persatu kebaikan Abam muncul. Selain insan terdekat, pemergian Abam juga turut dirasai seluruh masyarakat biar pun tidak mempunyai pertalian darah.

Apatah lagi di kalangan selebriti yang pernah berkerjasama dengan Abam atau memang rapat dengan Abam. Menurut Fizo Omar yang pernah bersama Abam ketika bersama-sama belakon teater Siti Di Alam Fantasi 2, Abam ada meluahkan dia ingin duduk di rumah bermain dengan anak dan tak mahu kerja. Abam meluahkan perkara ini dua bulan lalu pada Fizo.

Ikuti perkongsian, Fizo Omar :

“AKU MACAM TAK NAK KERJA DAH, RASA NAK DUDUK RUMAH JE MAIN DENGAN ANAK”.

Ayat ini lah terlintas dalam kepala aku bila dapat tahu yang Abam dah tak ada pagi tadi, ni last conversation aku dengan arwah masa buat teater Siti Di Alam Fantasi 2 bulan lepas. Punyalah seronok dia cerita pasal anak dia, Hamzah.

“Lama weh aku tunggu nak dapat jodoh, dan Allah terus bagi rezeki zuriat, macam tak percaya dengan keadaan aku macam ini Allah bagi rezeki kat aku”.

“Kalau ikutkan hati aku, rasa tak nak keluar rumah, nak main dengan anak saja hari-hari, itu lah bila aku habis kerja pecut balik rumah nak main dengan anak”.

Aku faham perasaan itu sebab aku pun berada dalam situasi yang sama, beza Maryam dan Hamzah tak sampai setahun. Tiap kali borak pasal anak je aku boleh rasa dan nampak dia punya excited dan rasa bersyukur itu lain macam.

Jarak usia Maryam dan Hamzah tak jauh, jadi Fizo faham apa yang dilalui Abam sebelum ini.

Hari ni aku sedih sangat bila pagi ziarah keluarga tadi, bila tengok Hamzah, aku tak boleh tahan sebak aku, sebab aku tahu betapa bapanya sayang dia… Allahu. Apa yang aku boleh sampaikan pada Hamzah, bapak kau ni orang yang baik dan tak pernah nak bercakap pasal orang lain dan dia sangat bertanggung jawab kepada keluarga dia. Kau beruntung menjadi keturunan yang baik, tengoklah beribu orang yang datang memberi penghormatan terakhir pada bapak”.

Aturan Allah

Pandanglah ke arah positif dengan percaturan Allah, sekurang-kurangnya Allah mengurniakan salah satu nikmat dunia sebagai seorang bapa yang dapat memberikan kasih sayang kepada seorang anak walaupun hanya 8 bulan sahaja.

Allah sebaik-baik perancang, jangan sesekali kita menidakkan aturan-NYA, Allah menjemput anak kepada Ali Puteh (adik Abam) dan DIA mengizinkan Ali menjadi juara MLM dan rezekinya melimpah ruah dan semalam Allah menjemput pula Abam. Dan aku percaya pangkat sebagai bapa saudara adalah sama seperti bapa sendiri.
.
Subhanallah, itulah sebaik-baik perancang yang kita sebagai manusia dikaburi dengan kesedihan di atas sesuatu kehilangan atau musibah yang berlaku.
.
Kawan-kawan, mungkin balu kepada arwah, anaknya Hamzah atau keluarga tak perlukan bantuan dari segi kewangan, tetapi kita sebagai sesama Islam tak salah kalau kita nak kongsikan rasa kasih sayang dan moral support untuk kita bantu mereka yang akan meneruskan kehidupan baru mereka selepas ini.
.
Saya doakan semoga semua yang membaca ini, Allah gerakkan hati kita semua dengan membantu keluarga arwah dengan seikhlas hati,
( Siti Norhidayah – 4732721822 – Public Bank)


.
Sama kita doakan semoga arwah ditempat dikalangan orang beriman, dan Allah mengampuni segala dosa2 nya dan juga menerima segala amalan kebaikannya.
.
AL – FATIHAH.
.
#ABAMBOCEY
#GEMUKISAWESOME

Sumber: Fizo Omar

MW: Semoga isteri dan anaknya, Hamzah kuat menjalani ujian ini. Bagi sesiapa yang ingin membantu isteri Abam (Siti Norhidayah) bolehlah berbuat demikian menerusi nombor akaun di atas. Hanya Allah dapat membalas jasa baik kalian. Insyallah.

IKLAN