Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak terfikir untuk membawa anaknya iaitu Siti Aafiyah Khalid untuk bergiat secara aktif dalam industri muzik.
Malah Siti tidak berselindung bahawa suaminya, Datuk Khalid Muhammad Jiwa, juga agak keberatan untuk membenarkan puteri sulung mereka, Siti Aafiyah, 6, bergelar penyanyi.
Meskipun Siti Aafiyah buat kali pertamanya muncul mengiringi persembahan Siti dengan bermain keyboard, menerusi lagu Nadi di Konsert Siti Nurhaliza: Cinta Di Awan, Sabtu lalu, ia bukanlah ‘tiket’ untuk Aafiyah menceburkan diri dalam dunia seni. Aafiyah muncul di pentas ditemani adiknya, Muhammad Afwa.
Ads
Siti berkata tujuan dia memberi peluang kepada Aafiyah bermain piano sewaktu Konsert Cinta di Awan pada 10 Ogos lalu adalah kerana ingin mendedikasikan lagu baharu berjudul Nadi itu kepada dua anaknya itu.
“Cuma untuk konsert itu saja sebab saya sampaikan lagu itu adalah untuk anak saya. Menurut Siti lagi, buat masa ini, minat Aafiyah lebih cenderung ke arah bermain alat muzik, manakala adiknya, Muhammad Afwa, 3, pula suka menyanyi.
“Semasa raptai dia menangis selama setengah jam tetapi Alhamdulillah, terima kasih Aafiyah. Terima kasih Afwa,ujar Siti Nurhaliza.
“Permulaan dan muzik dia (lagu) Aafiyah belajar bersama gurunya itulah yang mencipta lagu itu,” katanya kepada Mingguan Wanita ketika ditemui di sidang akhbar sempena konsert Festival Hausboom yang bakal berlangsung pada 5 dan 6 Oktober di KL Base, Kuala Lumpur.
Pekerja wanita ditikam dalam rompakan kedai, berjaya halaang suspek dipercayai warga asing larikan wang tunai. Tular di media sosial rakaman video melibatkan rompakan sebuah kedai francais jualan aiskrim popular Mixue di Taman Sri Muda, Shah Alam.
Dalam kejadian semalam dari sumber awal, kelihatan dari video dikongsi di media sosial, kedai minuman popular ini dimasuki seorang lelaki yang memakai pelitup muka. Dapat dilihat lelaki ini terus mengambil sebilah pisau dan kemudian mengejar pekerja tersebut sebelum menikamnya sebanyak 8 kali seperti dilaporkan sebuah portal.
Melalui paparan data rakaman kamera litar tertutup (CCTV), difahamkan kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 11.25 pagi. Melalui klip berdurasi dua minit lebih itu, premis ini kelihatan lengang dan mangsa berada di bahagian dapur.
Suspek dipercayai warga asing pada mulanya berada di hadapan kaunter sebelum menuju ke arah mangsa dan terus mengejar dan menyerang mangsa sebelum menikamnya bertubi-tubi.
Mangsa dilihat cuba melawan dan melarikan diri namun suspek terus mengejar mangsa.
Rompakan kedai mixue dekat Taman Sri Muda..anak AZMAN SANI…adik izmah yang wahida tu..
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, semakan rakaman CCTV berjaya mendapatkan wajah sebenar suspek.
Katanya, usaha sedang giat dijalankan oleh pihak polis untuk kesan dan tangkap suspek pada kadar yang segera.
Jelas beliau lagi, ketika kejadian mangsa yang berusia 21 tahun seorang diri di tempat kejadian dan polis menerima laporan daripada abang kepada mangsa pada pukul 11.40 pagi hari kejadian (Selasa).
“Hasil siasatan mendapati kejadian lebih kurang pukul 11.30 pagi, semasa mangsa bekerja seorang diri di kedai tersebut sementara menunggu pekerja-pekerja lain untuk masuk bertugas.
“Suspek merupakan seorang lelaki memakai pelitup muka dan bersenjatakan pisau pemotong kertas cuba melakukan samun ke atas mangsa namun berjaya dihalang oleh mangsa sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan akibat ditikam oleh suspek,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurut Mohd Iqbal, mangsa yang dirawat di Hospital Shah Alam dan telah dibenarkan pulang pada pukul 1.00 pagi Selasa. Setakat ini jelas beliau, tiada sebarang kerugian dialami oleh mangsa mahupun pihak syarikat mangsa.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.
“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Syer Aidid di talian 0136544996,” katanya.
Intan Najwa kongsi jantina bayi dalam kandungan, “Kami bakal menimang seorang… anak perempuan. Intan meraikan ulang tahun kelahiran dan ulang tahun perkahwinan bersama suami, Datuk Ahmad Azraf Azman serta meluahkan rasa syukur atas hadiah terbaik ini.
“Kami bakal menimang seorang… anak perempuan.”
“Selamat meraikan 27 dan 365 hari penuh impian, tawa dan kasih sayang. Inilah tahun pertama dari selamanya kita bersama. Syukur. Ini adalah hadiah terbaik,” tulis Intan.
Demikian tulis pelakon, Datin Intan Najuwa yang berkongsi berita gembira mengenai jantina bayinya.
Dalam hantaran di Instagram, Intan memuat naik video dia dan suami yang sedang menekap kek dengan gelas untuk melihat warna isi kek itu. Video itu memaparkan Intan sedang mengusap perutnya.
Isi kek berbentuk hati berwarna merah dalam video tersebut menandakan jantina bayi mereka adalah bayi perempuan.
Hantaran Intan dihujani dengan ucapan tahniah di kalangan rakan selebriti dan juga warga maya. Ramai yang begitu teruja dengan berita gembira itu.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Sekadar info, Intan dan Ahmad Azraf berumah tangga pada 18 Ogos tahun lalu.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pelakon sensasi, Nur Fathia Abdul Latiff baru-baru ini mencuri tumpuan apabila membuat kenyataan terbuka mengenai perubahan pada wajahnya. Pada usia 37 tahun, Fathia tidak mahu membiarkan wajahnya dimamah usia, malah berusaha untuk mengekalkan penampilan yang muda dan berseri.
“Saya tak faham kenapa ramai yang mengatakan wajah saya dahulu lebih cantik. Pada pandangan saya, wajah lama saya nampak cengkung dan kurang menarik. Kini, umur saya semakin meningkat, dan saya mahu kelihatan muda dan berseri,” kata Fathia ketika ditemui di sidang media Konsert Farmasi Sound Zation.
Sebagai seorang figura awam yang sering menjadi perhatian, Fathia berpendapat bahawa menjaga penampilan melalui rawatan estetik adalah sesuatu yang semakin diterima oleh masyarakat hari ini. Dia percaya bahawa perubahan yang dilakukannya bukanlah sesuatu yang perlu disembunyikan.
“Kita kena ikut peredaran zaman. Dahulu mungkin orang malu nak mengaku mereka buat rawatan estetik, tapi sekarang ramai yang melakukannya. Perkara ini sudah menjadi kebiasaan.
Jika rawatan suntikan boleh mencantikkan wajah kita, kenapa tidak? Bagi saya, tiada masalah asalkan kita rasa lebih yakin dan gembira selepas melakukannya. Tak perlu bersolek tebal pun untuk keluar rumah,” jelasnya dengan penuh keyakinan.
Tanpa berselindung, Fathia turut berkongsi bahawa dia telah menjalani beberapa prosedur estetik seperti suntikan ‘filler’ dan botoks di bahagian pipi, bibir, hidung, dan mata. Baru-baru ini, dia juga mencuba rawatan ‘salmon skin treatment’, satu rawatan yang semakin popular dalam kalangan wanita.
“Di tempat saya buat rawatan itu, saya lihat ramai wanita yang datang. Ini menunjukkan rawatan estetik sudah menjadi trend. Kebanyakan rawatan yang saya jalani adalah tajaan.
Ada juga pihak yang menawarkan untuk menaja saya menjalani pembedahan bariatrik, tetapi saya masih mempertimbangkan tawaran tersebut. Sebelum ini, saya mengambil ubat Ozempic untuk membantu menguruskan badan,” tambah Fathia.
Fathia turut mengakui bahawa dia kini berusaha untuk menurunkan berat badan, memandangkan tubuhnya sedikit berisi. Dia percaya, dengan tubuh yang lebih langsing, dia akan lebih mudah mendapatkan tawaran lakonan seperti ketika dia kurus dahulu.
Dalam perkembangan terbaharu, Fathia akan kembali menghiasi skrin dengan dua drama bersiri terbitan Erma Fatima, bertajuk Cinderella Jadian dan Jangan Tinggal Abang Dik. Kedua-dua drama ini pastinya dinantikan oleh peminat setianya.
Wanita ini terus mengorak langkah dalam dunia seni dengan penuh keyakinan. Baginya, perubahan diri melalui rawatan estetik adalah hak peribadi setiap individu, dan yang paling penting adalah bagaimana ia mampu meningkatkan keyakinan diri.
“Saya tak kisah dengan apa yang orang lain cakap. Tetapi bila mak Fathia memberikan nasihat, Fathia akan dengar. Tak dinafikan mak selalu menasihatkan Fathia untuk tidak melakukan rawatan estetik, tetapi Fathia sememangnya manja dengan mak.
Kadang-kadang mak pun dah penat nak nasihatkan Fathia bila mak akan kata ‘suka hati kau lah”, ujar Fathia lagi.
Di era moden ini, menjaga penampilan bukan lagi sekadar keinginan, tetapi satu keperluan untuk terus kekal relevan dan bersinar dalam industri hiburan. Sekadar renungan bersama, trend mengubah bentuk wajah dengan melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidung, kelopak mata, bibir termasuk mendapatkan suntikan pemutihan kulit adalah haram di sisi Islam.
Selain itu, mengubah rupa bentuk wajah secara keterlaluan seperti membesar atau mengecilkan hidung, bibir, mulut, memperluas pelupuk mata, meraut bulu kening dan sebagainya dianggap sebagai sejenis penipuan. Renung-renungkan.