dagu berlapis

Sebagai wanita memang rasa rendah diri bila ada yang mula menegur wajah dah mula membulat, dagu dah mula berlapis-lapis.Mulalah nak guna macam-macam cara nak atasi masalah ini. Sebenarnya tak perlu diet secara ekstrim untuk hilangkan lemak di bawah dagu atau double chin ini.Menurut HealthGuideHQ.com, senaman dagu atau ‘chin exercise’ adalah cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini.

8 CARA HILANGKAN DOUBLE CHIN DENGAN SENAMAN MUDAH, BERKESAN!

Ada beberapa tips senaman dagu yang disarankan. Semuanya mudah, tidak mengambil masa yang lama untuk dilakukan. Dan yang bestnya, mak-mak boleh dibuat di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.

Jom praktikkan senaman dagu ini.

1. THE KISS

1.Sambil berdiri, dongakkan kepala sambil memandang siling.
2.Muncungkan bibir seolah-olah ingin mencium siling selama lima saat.
3.Relaks dan tegakkan semula kepala.
4.Buat sekali lagi sehingga 15 kali.

8 Senaman Berkesan Atasi Masalah Dagu Berlapis Dengan Mudah & Boleh Dilakukan Pada Bila-Bila Masa Sahaja!

2. STICK IT OUT

1.Pandang ke depan dan buka mulut luas-luas.
2.Jelirkan lidah perlahan-lahan dalam kiraan 5.
3.Masukkan semula lidah dalam kiraan 5.
4.Ulang sehingga 10 kali.

8 Senaman Berkesan Atasi Masalah Dagu Berlapis Dengan Mudah & Boleh Dilakukan Pada Bila-Bila Masa Sahaja!

3. JAW JUT

1.Dongakkan kepala sehingga memandang siling.
2.Tolak rahang bawah ke depan sehingga terasa stretching di bawah dagu.
3.Buat kiraan sehingga 10 dan relaks semula rahang.
4.Ulang 10 kali.

IKLAN

8 Senaman Berkesan Atasi Masalah Dagu Berlapis Dengan Mudah & Boleh Dilakukan Pada Bila-Bila Masa Sahaja!

4. NECK ROLL

1.Berdiri dan tundukkan kepala sehingga dagu mencecah ke dada.
2.Pusing kepala ke kanan perlahan-lahan dan biarkan sehingga kiraan 5.
3.Kembalikan kepala ke sisi asal.
4.Pusing pula kepala ke kiri perlahan-lahan dalam kiraan 5.
5.Ulang semula dalam masa 30 saat.

8 Senaman Berkesan Atasi Masalah Dagu Berlapis Dengan Mudah & Boleh Dilakukan Pada Bila-Bila Masa Sahaja!
Woman with head down showing hair bun

5. TONGUE ON TEETH

1.Berdiri dan buka mulut seluas-luasnya.
2.Selitkan hujung lidah di belakang barisan gigi bawah.
3.Hirup udara melalui mulut dan keluarkan udara sambil membuat bunyi ‘ahhh’.
4.Lakukan selama satu minit.
5.Relaks dan ulang sekali lagi.

8 Senaman Berkesan Atasi Masalah Dagu Berlapis Dengan Mudah & Boleh Dilakukan Pada Bila-Bila Masa Sahaja!

IKLAN

6. CHIN SLAP

1.Sambil pandang depan, tampar bawah dagu dengan belakang tangan perlahan-lahan.
2.Lakukan sehingga 30 saat.

8 Senaman Berkesan Atasi Masalah Dagu Berlapis Dengan Mudah & Boleh Dilakukan Pada Bila-Bila Masa Sahaja!

7. IN AND OUT

1.Bentukkan tangan anda seperti V dan letak ibu jari pada hujung rahang.
2.Pastikan jari lain berada di sebelah pipi.
3.Tolakkan muka ke hadapan dengan perlahan-lahan.
4.Biarkan selama 30 saat dan tolak semula ke belakang.
5.Relaks dan ulang sehingga tiga kali.

8 Senaman Berkesan Atasi Masalah Dagu Berlapis Dengan Mudah & Boleh Dilakukan Pada Bila-Bila Masa Sahaja!

IKLAN

8. LAYING LIFTS

1.Baring dan angkat kepala perlahan-lahan hingga dagu mencecah dada.
2.Biarkan selama 10 saat.
3.Kembalikan kepala pada sisi asal.
4.Ulang dua kali.

8 Senaman Berkesan Atasi Masalah Dagu Berlapis Dengan Mudah & Boleh Dilakukan Pada Bila-Bila Masa Sahaja!

MUDAH BUKAN?

Menurut laman web kesihatan HealthyDefinition, jika anda meluangkan masa 10 minit untuk senaman ini setiap hari, kesannya akan kelihatan dalam masa sebulan.

Jadi, kalau nak kesan lebih awal, bolehlah gandakan usaha anda. Ikut saja cara hilangkan double chin di atas yang sangat mudah.

Selain itu, anda juga boleh mengamalkan petua lain seperti mengurut bawah dagu anda setiap hari sebelum tidur selama 10 minit. Berkesan!

Selamat Mencuba!

Sumber: Sirap Limau & HealthGuideHQ.com

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI