Ketika diri sering dirundung musibah, amalan menjemput rezeki adalah yang paling baik sekali dilakukan. Bagaimana caranya? Cik Puan Anys Idayu Hj Zakaria berkongsi kisah bagaimana amalannya mempraktikkan membaca 1 minggu 1 juzuk al Quran membuatkan rezeki bisnes malah kehidupan sehariannya tidak pernah putus.
Istiqamahkan Kita Membaca Al-Quran Setiap Hari?
Tahun 2014 membuka ruang pada saya mengikuti kelas online personaliti menerusi grup WhatsApp. Coach bertanya ‘istiqamahkan kita membaca Al-Quran setiap hari?
“Dari situ saya tersentak. Saya tekad ubah diri baca Al-Quran setiap hari.” Ini rutin Anys.
1. Join kumpulan baca al-Quran, seminggu 1 juzuk.
2. Mula-mula memang nampak macam kena paksa. Tapi bila lakukan setiap hari, in sha Allah dia jadi makin seronok dan kita sendiri akan lebih ikhlas.
3. Rutin ngaji bermula hari Ahad hingga khamis.
Ads
4. Baca Al-Quran awal pagi selepas selesai solat tahajud, solat Subuh dan selepas Maghrib.
5. Setiap hari selesaikan bacaan surah Al-Kahfi. Didik juga pada anak sulung agar baca 10 ayat pertama surah Al-Kahfi. Latih secara harian, bila tertinggal sehari akan rasa diri tak lengkap.
6.’ Ma’ pesan nak bagi senang dan rezeki sentiasa ada baca surah Al Waqiah setiap malam. Ini surah wajib baca sebelum tidur.
7. Selepas solat sunat fajar, sebelum solat Subuh amalkan baca surah Al Balad.
Ads
8. Amalkan apa saja perkongsian amalan murah rezeki dari ayat-ayat Al-Quran dan beberapa selawat sentiasa dibaca dalam hati mahupun di bibir.
Rahsia Menjiwai Al-Quran Ini
Sungguh benar, ayat-ayat Allah ini penawar segalanya. Rezeki tak pernah putus walaupun ada ketika dirinya betul-betul terdesak tiada wang di tangan.
Kisah Tahun 2013
“Tahun 2013, tahun yang memberi kesedaran dan keinsafan kepada saya. Ketika itu saya baru membina bisnes, dalam masa yang sama berhadapan masalah dengan suami. Saya kembali mendekatkan diri padaNya. Ketenangan datang dengan sendiri.”
Ads
“Betullah orang kata, bila masalah bertimpa-timpa datang, jalan penyelesaian hanya sujud pada Allah dan amalan dari ayat-ayat Al-Quran dapat membantu menyelesaikan masalah.”
“Itulah yang saya alami. Perlahan-lahan saya mengamalkan semua ilmu yang saya baca dalam buku yang saya beli itu (Mudahnya Menjemput Rezeki).”
“Antaranya solat dhuha, solat tahajud, solat taubat, istikharah, sedekah dan bacaan Al-Quran setiap hari walaupun ketika ni belum istiqamah lagi.”
Sumber/Foto: Anys Idayu Zakaria via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Trip makan-makan di Hatyai, paling best KlongHae Pasar Terapung. Hotel pun murah 3H2M cuma RM278. Nak cari orang Malaysia, cari di Hatyai. Boleh selisih-selisih bahu kerana ramai mengambil kesempatan bercuti ke selatan Thailand kala ini. Menariknya ramai memilih ke sini bukan saja kerana makannya sedap, harga murah, harga hotel pun masih mampu dibayar. Taklah sampai atas RM500 untuk semalam. Paling penting, pasport yang dah lama tak dicop itu sudah ada lambang imigresen Thailand.
Bagi yang tercari-cari trip perjalanan ke Thailand terutama bagi pasangan baru kahwin, bolehlah cuba ikut trip dicadangkan oleh Nabila Abdul di fbnya ini. Dirinya pergi bersama suami dan boleh dijadikan panduan buat yang pertama kali pergi ke sini.
Ini perkongsiannya :-
Hatyai,Thailand
Kali ni pilihan yang agak santai, sebab nak makan makan & beristirehat. Selama 3 hari 2 malam ni aktiviti aku bersama suami hanya membesarkan perut, hahaha.
First day Hotel – Casa 33 Hatyai (RM200/night )
Serius aku cakap, aku puas hati betul dengan hotel ni, cantik & staff baik gila. Ko sampai-sampai je dia serve air kiwi gais. Nikmat. Then depan hotel ni ada café. If korang menginap dekat casa ni ada diskaun 10% untuk coffee or cake depa.
Lepas berehat, kemudian kita orang gerak ke Kaitoddecha.
Nie paling viral sebab makanan depa sedap, teh ais dia padu. Nie aku sarankan jangan la p weekend, ramai gila. Aku dok sini 2 hours even hari Jumaat. Banyak kali aku mkn sini sebab nak minum teh ais.
KlongHae Pasar terapung
Ni tarikan utama la, aku bawa suami aku sebab dia tak pernah datag, sini tak yah cakap. Makan la puas-puas, murah gilaaaa. Semua sedap.
Asean Night Market (5pm – 10pm)
Ini pilihan, nak pergi ke tak nk pergi ok je. Sini jual pakaian kasut-kasut. Bagi Bell tak best sangat pun sini sebab kat Hatyai banyak je market malam-malam. Greenway night pun not bad. Aku datang sini sebab sambung makan lagi udang besaq-besaq.
Nak tau kenapa aku pindah hotel lain. Sebab Hotel Casa penuh. Aku dapat Jumaat ,Sabtu je. Ramai rakyat Malaysia menginap situ. Aku pilih hotel ni sebab boleh berjalan kaki dekat Night Market area Lee Garden & macam-macamlah.
Ni antara cafe yang viral & serius cantik, bingsu siyes sedap. Tak tipu.
Lee Garden Night Market (5pm – 11pm)
Yang ni tak yah cakap, hahaha makan la puas-puas. Nak beli cenderahati pun murah gak sini. Kebetulan ada “Moon Festival 2022 Hatyai” so singgah la sat.
3rd day
Amazon Cafe
– Coffee sedap weh, tempat pun lawa. Coffee amazon ni mana2-mana ceruk pun ada
Kimyong Market & Santisuk Market
Ni dekat-dekat ja, dekat dengan hotel. That’s why pilih hotel dekat dekat je kalau nak shopping market.
Dimsum Chabura
Last pergi 2020, kali ni pergi tempat luas sikit. Banyak pembaharuan, sini memang agak puas hati. Kalau penuh dekat sini, Zaina Dimsum pun okay je .
7E Hatyai
Korang try teh ais 7E siyes sedap & jangan lupa borong makanan dalam 7e .. terbaik wehh.
Ada 2 cara nak pergi Hatyai. Dua- dua Bell dah rasai. Masa tahun 03,16,20 & 2022. Flight je belum kalau ke Hatyai. Train korang kena naik dekat Padang Besar.
1. By train – train harga 50bath je (RM7) , dalam less than 1 hour je dah sampai Stesen Hatyai. 2. By van – van 60bath (RM8) kalau dari Thailand ke Padang Besar.
3. By van – dari Padang Besar ke Hatyai RM30 sampai hotel, tambah RM2 untuk cop dekat imigresen, by the way dekat sini yang malasnya , time nak cop dekat Imigresen kena turun kan bag sebab nak scan.
Noted :-
Bukit tengah – Hatyai (KTM) Biket beli on the spot kat stesen / app KTM (rm10.90)
Kaunter tiket Thai (Gate : pagi 9am & petang 4pm kot .
Sebelum tu, korang kena dapatkan borang putih biru tu dulu untuk isi details korang. Benda tu penting menandakan tiket masuk korang ke Thailand la senang nak koba. Siaapa pilih naik van, depa akan bagi la korang borang tu, kalau pilih naik train imigresen sendiri bagi
Transport kat sana aku pilih “grab” sebab mudah dan murah. Boleh je naik tuk tuk kalau korang bawa geng ramai okay la boleh tong-tong. Tapi kalau sorang je berdua ke. Better grab.
So gais, apa tunggu lagi. Lepak la Hatyai. Aku malas nak cover tempat-tempat menarik contohnya Songkla. Dekat Hatyai pun ada je tmpat best-best untuk bergambar tapi aku nak kejar masa seabb edisi kali ni adalah “Makan Makan”. By the way aku dah pernah gak sampai cuma tempat baru tak explore lagi. Last aku pergi masa darjah 4, entah la rasanya macam 2003 kot.
Sapa nak share silakan. follow ig : bella_gojes
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tumbuk pemandu wanita, anggota tentera ditahan Polis. Seorang anggota tentera telah ditahan pihak berkuasa selepas terlibat dalam insiden menumbuk seorang wanita yang memandu kereta di Jalan Persiaran Senawang 4, dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu.
Tumbuk Pemandu Wanita, Anggota Tentera Ditahan Polis
Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, suspek berusia 35 tahun itu ditahan semasa hadir ke balai polis untuk memberikan keterangan berhubung insiden tersebut.
“Penahanan telah dibuat dan siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencederakan mangsa yang berumur 28 tahun, menyebabkan lebam di rusuk kanan serta bengkak di bahagian belakang kepala,” katanya menerusi kenyataan media pada Ahad.
Beliau turut menjelaskan bahawa kes ini juga disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana pelaku disyaki menyebabkan kerosakan ke atas kenderaan milik mangsa.
Rakaman kejadian yang tersebar di TikTok menunjukkan suspek bertindak agresif terhadap mangsa selepas dipercayai berang anaknya dilanggar kereta yang dipandu wanita terbabit. Lelaki tersebut dilaporkan telah menumbuk kepala wanita itu dua kali. Adik kepada mangsa turut mendakwa bahawa kakaknya ditendang di bahagian perut.
Mohamad Hatta memaklumkan kejadian berlaku sekitar jam 10.15 malam dan melibatkan sebuah kereta Perodua Axia serta dua pejalan kaki – seorang wanita berusia 34 tahun dan anak perempuannya berusia 7 tahun.
“Siasatan awal mendapati pemandu Perodua Axia dalam perjalanan dari Mydin Senawang menuju ke arah Senawang, dan ketika tiba di lokasi kejadian, dua pejalan kaki itu tiba-tiba melintas jalan.
“Oleh kerana jarak yang terlalu dekat, pemandu tersebut tidak sempat mengelak lalu berlaku pelanggaran,” katanya.
Lelaki tersebut dipercayai bapa kepada kanak-kanak itu gagal mengawal kemarahan bertindak menyerang pemandu wanita berkenaan.
Beliau turut memaklumkan bahawa kedua-dua pejalan kaki mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk mendapatkan rawatan.
Kes turut disiasat di bawah Kaedah 10, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
Dalam pada itu, pihak polis mengingatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi berkenaan insiden ini yang boleh menimbulkan ketegangan serta menyeru agar semua pihak mematuhi undang-undang.
Tambahnya, masyarakat juga dinasihatkan supaya lebih berwaspada ketika melintas jalan dan berhati-hati di kawasan sesak bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Musim haji ni,terjentik sungguh rasa hati agar turut berpeluang menerima panggilan menjadi tetamunya di Tanah Suci.Namun langkah pertama, yang perlu ada pastilah memiliki simpanan yang mencukupi didalam akaun tabung haji serta membuat pendaftaran haji.
Ramai yang memasang niat untuk menunaikan haji, namun sering terbantut hasrat apabila perlu menyediakan wang tunai RM1,300 sewaktu melakukan pendaftaran haji.Sebenarnya ada cara mudah yang boleh dilakukan untuk mendaftar haji tanpa perlu bayar apa-apa pun. Iaitu menerusi akaun 1 Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).
Berikut penjelasan lanjut, perkongsian daripada Mohd Fhais sebagai panduan;
“Rugi betul sebab tak alert perkara ni ! Kalau tahu boleh daftar haji guna kwsp 2 tahun lepas lagi dah daftar.Tambah rugi lagi sebab daftar tu tak perlu bayar apa-apa pun. Semua ambil dari kwsp akaun 1. Lebih baik guna daftar haji sebab akaun 1 memang tak boleh di keluarkan sampai 55.
Tabung haji dah lama berkerjasama dengan kwsp untuk bantu kita menunaikan Rukun Islam ke 5 ni tapi kita je yang tak tahu.Dah tahu ni jangan di abai pula ye.”
2 Langkah Mudah Daftar Haji Guna Kwsp Akaun 1:
Langkah Pertama:
Bawa penyata KWSP terkini dan kad pengenalan MyKad ke Pejabat Tabung Haji terdekat.
Langkah Kedua:
Maklum pada pegawai Tabung Haji nak daftar haji guna KWSP
Terma Dan Syarat Daftar Guna KWSP
1.Ada sekurang-kurangnya RM1,300 atau lebih dalam KWSP akaun 1.
2.Umur bawah dari 55 tahun masa membuat pendaftaran.
3.Telah memilki akaun Tabung Haji. Kalau belum ada terus buka akaun dengan harga RM10 sahaja.
4.Hanya untuk pemilik akaun KWSP yang layak untuk membuat pendaftaran Haji
Nota:
-Pihak Tabung Haji tidak keluarkan duit anda dari akaun KWSP jadi jumlah di akaun 1 masih sama.
-RM1,300 HANYA akan diambil dari akaun KWSP bila dah dapat giliran untuk tunaikan haji.
-Tambahan RM3,000 boleh dikeluarkan dari KWSP akaun 2 untuk kegunaan semasa menunaikan haji.
Menunaikan haji wajib bagi yang cukup syarat dan mampu, berdosa jika sengaja tangguh tunai haji. Terus je pergi daftar. Jangan lengah lagi, terus daftar hari ni kalau cukup syarat sebab makin anda tangguh makin lambat giliran tunai haji nanti.
Saya dan keluarga dah, panggilan haji kami 2045
P/s : Kongsikan post ini dengan pasangan kita nanti boleh daftar haji sama-sama.
P/s : Khidmat masyarakat ini dibawakan tanpa tajaan siapa-siapa. Semua maklumat telah dipastikan sahih dengan pegawai tabung haji dan laman web rasmi kwsp.
Semoga perkongsian ini bermanfaat, jadi pada yang belum daftar haji, bolehlah ikut cara yang dikongsikan ini. Jangan beri alasan belum bersedia, yang penting dah ada usaha untuk menunaikan Rukun Islam kelima ini.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.