Kredit Foto: Harian Metro

Kes Covid-19 yang tinggi di kawasan Hulu Langat iaitu hampir 71 kes melibatkan 274 penghuni Maahad Tahfiz membuatkan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh kampung di Hulu Langat, Selangor berkuat kuasa tengah malam ini hingga 13 April depan.

Selain Simpang Renggam, kini 7 kampung di Hulu Langat mengalami nasib yang sama. Diminta semua penduduk bertenang dan mendengar arahan demi keselamatan bersama.

Langkah ini diambil semata-mata untuk membendung wabak ini keluar daripada kawasan berkenaan dan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari ini.

7 Kampung Di Hulu Langat

Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh kampung di Hulu Langat, Selangor berkuat kuasa tengah malam ini hingga 13 April depan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan itu membabitkan kawasan di Batu 21 hingga Batu 24, Sungai Lui.

Katanya, tindakan itu dibuat susulan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengesahkan terdapat 71 kes positif jangkitan Covid-19 membabitkan 274 penghuni Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah di Batu 23, Sungai Lui.

IKLAN

“Mengambil kira jumlah kes yang tinggi di sekolah itu, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan memutuskan untuk melaksanakan PKPD di kawasan Batu 21 hingga Batu 24, Sungai Lui.

“Ia membabitkan tujuh kampung iaitu dua perkampungan Orang Asli dan lima perkampungan Melayu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, tujuan pelaksanaan PKPD itu adalah bagi membendung jangkitan wabak terbabit daripada menular keluar dari kawasan berkenaan.

“Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

IKLAN

“Dengan pelaksanaan perintah ini, semua penduduk dan pelawat yang berada di kawasan itu tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

“Selain itu, penduduk dan pelawat yang tidak menetap di situ tidak dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan,” katanya.

Aktiviti Perniagaan Turut Dihentikan

Menurutnya, semua aktiviti perniagaan turut dihentikan, namun beliau memberi jaminan bekalan asas yang mencukupi untuk tempoh PKPD itu akan dibekalkan kepada semua penduduk oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

IKLAN

“Pengkalan Perubatan akan dibuka dan semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

“Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia akan mengawal seluruh kawasan,” katanya.

Beliau berkata, semua penduduk diminta bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya dengan petugas KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

Katanya, penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas 03-89254809 atau 03-89114200.

Sumber: Harian Metro

MW: Bukan mudah bagi kita apabila kebebasan kita tersekat, namun demi keselamatan bersama patuhilah arahan pihak berkuasa. PKPD akan berjaya jika semua orang bekerjasama.  

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI