7 Cara Buang Jeragat DEGIL Guna Bahan Masakan, Paling Penting Tak Keluar Duit

Aduhai nak pandang cermin pun malas, apa tidaknya kulit wajah berkerak dan penuh jeragat. Tension sampai malu nak ngadap muka suami. Dah macam-macam produk cuba tapi jeragat tak juga hilang malah semakin teruk sampaikan muka pun nampak hitam .

Usahlah bersedih, memang ada kalanya, produk dan perawatan wajah tidak sesuai untuk anda. Mungkin kulit anda mahukan perawatan semula jadi dengan menggunakan manfaat bahan alami. Jom cuba petua tradisional yang memang takkan keluarkan kos. Sebab anda pun memang guna hari-hari untuk tujuan memasak di dapur.

7 Bahan Masakan Untuk Singkirkan Jeragat

1. Getah Bawang

Caranya amat mudah, belah bawang merah kepada dua bahagian. Kemudian, secara perlahan-lahan gosokkan bawang tersebut pada bahagian wajah yang berjeragat. Lakukan dua kali sehari, anda akan dapat lihat jeragat atau pigmentasi semakin pudar. Tapi jangan tonyoh kuat-kuat ye takut kulit cedera.

IKLAN

2. Beras Dan Kunyit

Ambil setengah genggam beras, kemudian rendam semalaman. Toskan dan tumbuk sehingga halus bersama satu sentimeter kunyit hidup. Selepas itu, gaulkan bahan tersebut dengan putih telur dan sedikit air perahan lemon atau limau nipis. Sapukan pada seluruh wajah sebagai masker. Untuk hasil yang memuaskan, lakukan setiap hari.

3. Kulit Pisang Berangan Sekatakan Kulit

Sapukan wajah yang bermasalah dengan kulit pisang berangan. Gosok bahagian dalam kulit secara perlahan-lahan, lakukan sekerap mungkin. Bukan sahaja jeragat berkurangan malah kulit wajah juga menjadi sekata.

IKLAN

4. Hampas Kelapa Mencerahkan

Hampas kelapa jangan dibuang sebaliknya gunakan untuk merawat wajah dan tubuh. Gosok pada wajah yang bermasalah setiap kali mandi, hasilnya jeragat akan beransur hilang. Hampas kelapa juga boleh digunakan untuk menggosok tubuh. Ia membuatkan kulit lebih bersih, lembut, halus dan cerah.

5. Susu Tepung Melembapkan

Jeragat sangat mudah menyerang wanita yang mempunyai kulit yang kering. Bagi mengatasi masalah ini, anda perlu minum air secukupnya dan gunakan bedak atau krim yang mempunyai perlindungan matahari. Petua ini juga dapat membantu mengelakkan jeragat dan bagi yang sudah mempunyai masalah  tersebut, ia akan berkurangan. Bancuh satu sudu susu tepung dengan air perahan limau nipis. Jadikan masker, sapu rata pada seluruh wajah. Biarkan kering dan bilas dengan air bersih.

IKLAN

6. Khasiat Sireh Muda

Petik beberapa helai sireh muda, simpan di dalam peti sejuk. Setiap pagi, gosok wajah yang berjeragat dengan sehelai daun sireh muda. Lakukan sehingga jeragat berkurangan, sireh juga membuatkan kulit anda lebih halus.

7. Kulit Kayu Manis  Licinkan Wajah

Caranya mudah sahaja, asah kulit kayu manis dengan menggunakan belakang lesung batu atau pasu. Campurkan air kulit kayu manis dengan bedak sejuk, sapukan pada seluruh wajah. Atau anda juga boleh sapukan air kulit kayu manis ini secara nipis pada bahagian yang bermasalah. Manfaatnya,jeragat akan kecut, jeragat berkurangan, parut juga hilang dan kulit akan menjadi lebih licin.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI