6 kesalahan ketika amal petua bawang putih
Kredit foto : selectsmart.com

Banyak sekali Mingguan Wanita kongsikan manfaat petua bawang putih dalam website kami. Minyak bawang putih, jus bawang putih dan macam-macam lagi kebaikan bawang putih untuk mak ayah malah anak. Tak salah pun nak amal petua bawang putih ini, tapi jangan sampai tersalah guna.

Sebenarnya, langgar pantang semasa amalkan petua bawang putih ini ada yang mak-mak pernah lakukan. Mak-mak tak sedar pun caranya salah. Sebab itu kena baca dan fahamkan cara betulnya. Jadi khasiat bawang putih tu tak hilang dan sampai ke dalam tubuh. Jom semak!

Jangan Lakukan 6 Kesalahan Ini Semasa Amalkan Petua Bawang Putih

Nak Amal Petua Bawang Putih Tu Tak Salah, Tapi Jangan Sampai Buat 6 Kesalahan Ini
Kredit foto : buzzviking.com

1. Makan Bawang Putih Yang Dah Dimasak

Untuk pengetahuan, bawang putih mentah yang diketuk, dipotong mahupun dikunyah akan menghasilkan sebatian sulfur paling aktif yang dinamakan Allicin.

Allicin inilah nanti yang akan berfungsi sebagai antibiotik dan antikulat (antifungal) yang hebat untuk menghalang jangkitan kuman dan kulat. Tapi Allicin ini sifatnya tak stabil. Ia mudah berubah bentuk lagi-lagi kalau cara penyediaan bawang putih itu tak sesuai.

Salah penyediaan bawang putih boleh menyebabkan bawang putih hampir tidak berfungsi. Sebabnya Allicin dan termusnahkan oleh haba. Sebab itulah untuk tujuan perawatan atau antibiotik semulajadi, makan terus bawang putih tu mentah-mentah.

Tak Lalu Nak Makan Bawang Putih Mentah-mentah. Susahlah Macam Ini?
Bila anda ada sejenis masalah bau dengan bawang putih, tak perlulah susah hati. Sebabnya ada tip bagaimana nak mengekalkan khasiat bawang putih walaupun anda terpaksa memasaknya.

Caranya:

√    Ketuk bawang putih dan biarkan selama 10 minit sebelum memasaknya. Ini untuk membolehkan Allicin menjadi stabil dahulu dan kalis haba ketika dimasak.
√    Masaklah dengan api sederhana atau kecil untuk satu jangka masa yang pendek.

2. Mengambil Bawang Putih Dalam Bentuk Pil

Sebab tak tahan dengan bau dan rasa pedar bawang putih yang kuat, anda memilih mengambil pil bawang putih. Cara ini salah sebenarnya. Ini alasanannya. Kita sedia maklumkan, nak dapatkan fungsi penyembuhan total dalam bawang putih itu sendiri, ia perlu dimakan mentah.

Jika dah jadi pil, gas fosforus yang ada pada bawang putih akan hilang, semasa proses mengering atau memasak. Kita tahu bawang putih yang kering mengandungi anti oksida dan boleh membantu melawan radikal bebas. Tapi khasiatnya tetap tidak sama dengan bawang putih mentah.

IKLAN

Kalau seksa sangat nak makan bawang putih mentah, cuba anda ketuk, biarkan untuk beberapa minit dan makanlah dengan nasi. Anda boleh juga campurkan dengan madu untuk merawat batuk.

Nak Amal Petua Bawang Putih Tu Tak Salah, Tapi Jangan Sampai Buat 6 Kesalahan Ini
Contoh bawang putih segar / Foto : quirlycues.com

3. Gunakan Bawang Putih Yang Dah Hilang Kesegarannya

Jika nak buat ubat, pastikan bawang putih yang anda gunakan masih segar dan bukan yang dah kering atau lama. Nak tahu ia segar lagi atau tidak, tengok pada tangkainya. Kalau di kedai, memang susah nak jumpa tapi anda boleh usahakan menanamnya sendiri.

Caranya : Anda boleh beli seketul bawang putih di pasaraya. Pecahkan kecil-kecil dan cucuk di dalam tanah (biar ada campuran tanah hitam dan sedikit pasir). Siram dua kali sehari. Kaedah ini boleh digunakan untuk menanam bawang merah juga.

4. Makan Terlalu Sedikit Bawang Putih

Jika anda berusaha merawat diri secara alami dan mahu mengamalkan petua bawang putih, pastikan jumlah yang dimakan mencukupi. Agar kesan perawatan menjadi.. ambillah dua ke tiga biji bawang putih bersaiz normal setiap hari. Tapi jangan makan berlebihan, bimbang ia memudaratkan anda nanti.

5. Terlebih Makan Pun Bahaya Juga

Mungkin anda fikir nak cepat baik, anda pun ambil bawang putih tak ikut dos yang dicadangkan. Jadi berlebihan. Ini bahaya sebabnya anda boleh menyebabkan kemusnahan bakteria baik dalam perut.

IKLAN

Hakikatnya, anda masih perlukan probiotik (bakteria baik) untuk melawan penyakit. Cara terbaik ambil makanan yang difermentasi sebab ia mengandungi banyak bakteria yang baik. Misalnya, yogurt dan kimchi.

Nak Amal Petua Bawang Putih Tu Tak Salah, Tapi Jangan Sampai Buat 6 Kesalahan Ini
Kredit foto : wimp.com

6. Lupa Nak Amalkan Gaya Hidup Sihat

Sebab terlalu bergantung harap dengan petua bawang putih, anda lupa bahawa kesihatan anda itu bukanlah sepenuhnya ditentukan oleh bawang putih.

Tapi cara kita mengamalkan gaya hidup yang sihat. Baik pemilihan makanan, pemikiran positif dan sebagainya. Jika anda masih lagi berhadapan kesukaran makan bawang putih mentah. Ini sedikit panduan yang boleh dicuba.

Cincang bawang putih (ikut sukatan pengambilan harian). Biarkan 10 ke 15 minit. Campurkan dengan yogurt, madu atau apa saja sumber makanan yang sesuai untuk perawatan. Janji lepas kat tekak!

Nak Amal Petua Bawang Putih Tu Tak Salah, Tapi Jangan Sampai Buat 6 Kesalahan Ini
Kredit foto : food-hacks.wonderhowto.com

Boleh Ke Makan Bawang Putih Mentah Bila Perut Kosong?

Sesetengahnya menyarankan ambil bawang putih sebelum sarapan malah sebelum minum air kosong. Tapi pastikan air kosong di sebelah. Karang mahu terbakar mulut tu..

IKLAN

Tapi bagi sesetengah orang, bawang putih tak sesuai dimakan mentah sebab boleh beri kerengsaan pada sistem pencernaan mereka. Sebaiknya, mulakan dengan jumlah yang sedikit. Kemudian tengok apa tindakbalas tubuh. Ada juga individu yang alergik dengan bawang putih.

Yang mana kesan alahan itu akan menyebabkan dia muntah, cirit birit, mual, kembung dan berlaku tindakbalas pada kulit (ruam, ekzema). Walaupun jumlah mereka yang alah bawang putih ini tak ramai.

Anda yang alah bawang putih dengarlah nasihat ini; amalkanlah petua bawang putih ini dengan kadar yang sedikit. Semakin banyak anda ambil, semakin memberi kesanlah pada tubuh anda.

Sumber: www.healthyandnaturalworld.com

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI