perempuan suka duit sendiri

Ada sesetengah perempuan suka guna duit sendiri bukan sebab suami tak mampu bagi tetapi kebanyakannya ada beberapa sebab berkait. Maklum saja hidup zaman sekarang, suami benda nak kena bayar.

Jadi kalau bab-bab yang termasuk dalam kehendak dan bukan keperluan, isteri selesa guna duit sendiri! Malah bagi kaum Hawa, walau suami bergaji tinggi ada yang lebih suka usaha sendiri untuk dapatkan duit dan tanpa mengharapkan duit lelaki atas beberapa alasan ini…

1. Tak suka bebankan suami

Banyak mana gaji suami pun, isteri tetap fikir yang suami banyak tanggung jawab dan banyak nak pakai duit. Bagi sesetengah wanita, duit yang suami bagi boleh disimpan untuk masa depan anak-anak atau dijadikan tabung kecemasan. Manakala dengan duit pendapatan sendiri, dia boleh beli apa yang dia mahu tanpa segan dan rasa bersalah.

2. Nak elak berlaku kes ungkit

Bukan minta jadi sampai tahap ini tetapi tak pelik kalau pasangan gaduh, terus ungkit bab duit. Padahal lelaki memang wajib bagi nafkah pun, cuma eloklah beringat sebelum orang macam-macam dan berkira.

3. Puaskan hati keluarga sendiri

Sesekali nak juga belanja adik beradik sendiri dan mak ayah beli macam-macam. Tambah kalau ada adik yang masih kecil dan perlukan duit. Tak sampai hati nak minta dengan suami semata nak hulur adik beradik sendiri, bukan?

IKLAN

4. Sayang suami lebih

Cukup bertuah kalau suami mampu tetapi selalunya isteri kadang fikir jauh tentang suami. Tak suka susahkan suami sampai kadang suami terpaksa buat dua kerja dan balik lewat malam. Lebih bahagia kalau dia cari pendapatan sendiri.

5. Fikir anak-anak

Sekarang tak keluar rumah pun, boleh timbul rasa nak shopping. Tambah bila hari-hari tengok Facebook dan instagram, pengaruh nak membeli tetap wujud walau macam mana hebatnya wanita elak. Lagi pula kalau tengok barang anak-anak, mesti nak belilah! Jadi kalau ada duit sendiri, lebih senang nak tekan-tekan. Tak ada orang marah hak sendiri.

IKLAN

Tapi Ini Pula 5 Perkara Isteri Mesti Guna Duit Suami

Namun dari segi nafkah suami kepada isteri, suami perlu sediakan 5 nafkah ini

1. Makan minum isteri.

IKLAN

-Duit belanja diri (Menurut Lembaga Zakat, potongan ke atas isteri adalah RM3000 setahun. Bila dibahagi 12bulan, jadi RM250 sebulan. Tetapi bergantung pada pendapatan/ehsan suami)

– Duit belanja dapur.

2. Peralatan mandian
3. Ubat ubatan / medical
4. Pakaian baru 2 persalinan setahun. Ini termasuk pakaian dalam, telekung, tudung, kasut dan lain-lain.
5. Rumah yang selesa untuk isteri tinggal dengan aman dan mudah membuka auratnya (tiada yang bukan mahram). Termasuk segala bil berkaitan rumah.

Sebenarnya kepuasan guna duit sendiri memang lain macam dan bagi wanita bila dapat beli sesuatu tanpa bebankan suami, itu suatu jalan yang lebih tenang. Ini pendapat segolongan wanita, mungkin anda sendiri ada pendapat berbeza!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI