Ada sesetengah perempuan suka guna duit sendiri bukan sebab suami tak mampu bagi tetapi kebanyakannya ada beberapa sebab berkait. Maklum saja hidup zaman sekarang, suami benda nak kena bayar.
Jadi kalau bab-bab yang termasuk dalam kehendak dan bukan keperluan, isteri selesa guna duit sendiri! Malah bagi kaum Hawa, walau suami bergaji tinggi ada yang lebih suka usaha sendiri untuk dapatkan duit dan tanpa mengharapkan duit lelaki atas beberapa alasan ini…
1. Tak suka bebankan suami
Banyak mana gaji suami pun, isteri tetap fikir yang suami banyak tanggung jawab dan banyak nak pakai duit. Bagi sesetengah wanita, duit yang suami bagi boleh disimpan untuk masa depan anak-anak atau dijadikan tabung kecemasan. Manakala dengan duit pendapatan sendiri, dia boleh beli apa yang dia mahu tanpa segan dan rasa bersalah.
2. Nak elak berlaku kes ungkit
Bukan minta jadi sampai tahap ini tetapi tak pelik kalau pasangan gaduh, terus ungkit bab duit. Padahal lelaki memang wajib bagi nafkah pun, cuma eloklah beringat sebelum orang macam-macam dan berkira.
Ads
3. Puaskan hati keluarga sendiri
Sesekali nak juga belanja adik beradik sendiri dan mak ayah beli macam-macam. Tambah kalau ada adik yang masih kecil dan perlukan duit. Tak sampai hati nak minta dengan suami semata nak hulur adik beradik sendiri, bukan?
4. Sayang suami lebih
Cukup bertuah kalau suami mampu tetapi selalunya isteri kadang fikir jauh tentang suami. Tak suka susahkan suami sampai kadang suami terpaksa buat dua kerja dan balik lewat malam. Lebih bahagia kalau dia cari pendapatan sendiri.
5. Fikir anak-anak
Sekarang tak keluar rumah pun, boleh timbul rasa nak shopping. Tambah bila hari-hari tengok Facebook dan instagram, pengaruh nak membeli tetap wujud walau macam mana hebatnya wanita elak. Lagi pula kalau tengok barang anak-anak, mesti nak belilah! Jadi kalau ada duit sendiri, lebih senang nak tekan-tekan. Tak ada orang marah hak sendiri.
Ads
Tapi Ini Pula 5 Perkara Isteri Mesti Guna Duit Suami
Namun dari segi nafkah suami kepada isteri, suami perlu sediakan 5 nafkah ini
1. Makan minum isteri.
Ads
-Duit belanja diri (Menurut Lembaga Zakat, potongan ke atas isteri adalah RM3000 setahun. Bila dibahagi 12bulan, jadi RM250 sebulan. Tetapi bergantung pada pendapatan/ehsan suami)
– Duit belanja dapur.
2. Peralatan mandian
3. Ubat ubatan / medical
4. Pakaian baru 2 persalinan setahun. Ini termasuk pakaian dalam, telekung, tudung, kasut dan lain-lain.
5. Rumah yang selesa untuk isteri tinggal dengan aman dan mudah membuka auratnya (tiada yang bukan mahram). Termasuk segala bil berkaitan rumah.
Sebenarnya kepuasan guna duit sendiri memang lain macam dan bagi wanita bila dapat beli sesuatu tanpa bebankan suami, itu suatu jalan yang lebih tenang. Ini pendapat segolongan wanita, mungkin anda sendiri ada pendapat berbeza!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Memang ada benarnya, bila bergaduh dengan pasangan limitnya cukuplah sehari semalam, kalau lebih daripada itu, itu ego. Bukan apa, sedangkan lidah lagi tergigit, jadi bergaduh, terasa hati dan bermasam muka itu adalah lumrah dan asam garam dalam rumahtangga. Namun bagaimana setiap pasangan suami isteri menanganinya supaya hubungan kembali harmoni itu yang paling penting.Malah jika dibiarkan, hubungan boleh rapuh dan goyah.
Bergaduh dengan pasangan ni, limitnya cukup dengan sehari semalam.Kalau lebih dari tu, itu EGO.
Bergaduh pagi, petang baik balik. Bergaduh petang, malam baik, bergaduh malam, keesokan pagi kena baik. Jangan dipanjangkan atau dibiarkan pergaduhan tu sampai berhari-hari.Tak bercakap, bermasam muka, buat tak tahu antara satu sama lain.
Siapa yang minta maaf dulu, siapa yang mula bercakap dulu, siapa yang dah buat macam biasa balik, maka dia lah yang terbaik sebab dia boleh kawal dan rendahkan ego dia. Siapa yang tunggu orang lain minta maaf, siapa yang tunggu orang lain mula bercakap dulu, maka dia lah yang PALING EGO dalam rumah tu.
Lelaki ada ego, perempuan ada ego. Kena tahu ego ni kegunaannya untuk apa. Yang lelaki kalau nak dihormati isteri, maka jangan guna ego. Sebab ego lelaki kebanyakannya akan memakan diri sendiri. Akhlak, perangai, pertuturan, perbuatan, budi bahasa si lelaki tu yang menyebabkan isteri taat dan hormat suami.
Bukan kita kena EGO TINGGI, baru isteri hormat dan taat kepada kita. Lama-kelamaan isteri akan menyampah, meluat, bosan bila kita asyik menggunakan EGO kita untuk memenangi apa saja perbalahan, pergaduhan dan pertengkaran yang asalnya bermula akibat daripada kesilapan kita sendiri.
Trust me, hubungan yang bahagia, hubungan yang harmoni, pasangan yang gembira, kedua-dua suami dan isteri tolak ego ke tepi. Siapa salah, dia mintak maaf, siapa yang silap, dialah yang perbetulkan. Siapa yang sedar pasangan dia buat salah dan silap, dialah yang kena bagi teguran dan nasihat. Siapa yang kena tegur dan kena nasihat, dia lah yang kena berlapang dada dan terbuka dengan teguran dan nasihat tersebut.
Mingguan Wanita: Setuju sangat. Jika bergaduh dengan pasangan, tak perlulah lama-lama. Turunkan ego dan kembalilah berbaik semula untuk keharmonian rumahtangga dan menggelakkan hubungan jadi lebih teruk.
Berkebun merupakan terapi buat Siti Mariah Alias, 49 dan suaminya Abdullah Muji, 57. Bukan itu saja malah dengan cara ini juga merupakan salah satu riadah selain dapat mewujudkan jalinan kasih sayang, cinta dan rindu sesama ahli keluarga. Selain itu dengan berkebun dapat merapatkan lagi hubungan dengan anak-anak.
Inilah antara konsep yang digunakan oleh Siti Mariah dan suaminya dalam merealisasikan taman herba di laman belakang rumah. Walaupun tinggal di rumah teres lot tengah tetapi Siti Mariah dan suami tetap berjaya merealisasikan taman herba di belakang rumahnya. Lebih menggembirakan lagi taman di rumahnya pernah diiktiraf sebagai tempat pertama (Juara) di dalam pertandingan Landskap anjuran Majlis Perbandaran sepang, Kategori Rumah Teres Lot tengah 2015.
“Pada masa sama saya turut berinteraksi dengan alam dan menyedut udara segar setiap hari. Ia terapi bagi saya,” katanya yang sangat mengagumi mereka yang memiliki taman yang hebat dan penuh kehijauan.
Tetapi tidak semua orang mempunyai minat berkebun terutama individu yang tinggal di kawasan kediaman teres lot tengah kerana beranggapan ruang yang ada terlalu kecil untuk bercucuk tanam.
“Saya amat mengagumi sebuah rumah yang memiliki sebuah taman yang hebat dan penuh dengan kehijauan. Tidak semua orang mempunyai minat berkebun dan sudah pasti barang siapa yang memilikinya pasti dia juga seorang yang hebat. Apa yang saya suka tentang taman telah lahir dalam diri secara semulajadi,” sambung Siti Mariah.
Tanam Lebih 30 Jenis Tumbuhan Herba
Kadangkala dilihat, mereka yang menetap di rumah teres lot tengah sering mengabaikan halaman rumah di belakang rumah kerana beranggapan ruang sekecil itu tiada daya tarikan jika dihias cantik sekalipun kerana hanya sebuah ruang kosong yang sempit. Tetapi sungguh mengkagumkan dan berlainan sekali dengan rumah Siti Mariah dan suaminya ini mereka menggunakan sepenuhnya bahagian belakang rumah. Usaha pemilik yang menjadikan back line yang sering dijadikan ruang yang terbiar (abandoned space) sebagai sebuah taman herba. Terdapat hampir 30 jenis tumbuhan herba yang ditanam di dalam bekas seperti, pasu yang berbeza saiz.
“Ada antaranya adalah spesis yang jarang ditemui seperti buah ajaib, mahkota dewa, belalai gajah dan sebagainya. Pada saya taman herba ini juga umpama platform meditasi bagi saya sekeluarga merehatkan minda dan fizikal serta mendekatkan diri dengan alam semulajadi. Oleh kerana rumah berada di lot tengah, saya mengambilnya sebagai cabaran apabila bersama suami menggunakan sepenuhnya bahagian belakang rumah dengan menukar 100 peratus ruang terbiar kemudian dihiasi hampri 30 jenis tumbuhan herba yang ditanam di dalam pasu yang pelbagai saiz. Ada antaranya adalah spesis yang jarang ditemui seperti buah ajaib, mahkota dewa, jerangau dan buah letop. Pada saya taman herba ini juga umpama platform meditasi saya sekeluarga merekehatkan minda dan fizikal serta mendekatkan diri dengan alam semulajadi, katanya yang turut menanam herba popular seperti mas cotek jantan, mas cotek betina, bangun2, sabung nyawa, senduduk putih, senduduk ungu, kunyit hitam dan halia bentong,” tambah Siti Mariah lagi.
Wanita ini turut berkongsi mengenai keunikan buah ajaib yang dapat menghilangkan sebarang rasa asal contoh pedas dan menghadirkan rasa manis ketika mengambilnya. Selain herba Siti Mariah turut menanam tumbuhan untuk kegunaan harian dalam masakan seperti, selom, limau purut, limau nipis, lengkuas, cili padi, ulam raja, tomato, rosemary, basil dan lain-lain lagi yang hidup subur kerana diberikan penjagaan rapi.
“Jika hendak masak atau makan ulam-ulaman saya hanya tinggal petik sahaja di belakang rumah, jadi saya boleh jimat belanja selain menyahut seruan kerajaan untuk menanam sayur sendiri. Tanaman kontan ini mudah sahaja penjagaannya. Saya juga turut memberikan hasil kebun herba dibelakang rumah pada rakan-rakan sepejabat dan jiran berdekatan. Ini dapat juga mengeratkan silaturrahim. Pokok terbaru yang saya tanam ialah pokok letup-letup. Pokok ini digunakan dalam perubatan sebagai ubat pening, sakit pinggang dan kanser. Buahnya yang muda boleh dijadikan ulam. Buahnya yang masak boleh dijadikan jus boleh untuk merawat sakit kerongkong,” ujar Siti Mariah yang akui berkebun sama saja dengan kerja-kerja lain di mana perlu jujur, ikhlas dan disertai minat mendalam.
Perlu Konsisten
Dalam konsep penjagaan tanaman di taman herba Siti Mariah juga menerangkan seseorang itu perlulah konsisten.
“Saya dan suami selalunya akan membuang rumput, membaja, menanam yang baru dan mencantas pada hari minggu. Supaya tidak terlupa untuk membaja saya akan setkan dalam telefon bimbit tarikh yang sesuai untuk membaja. Ada sesekali anak-anak juga membantu. Di taman herba ini jugalah saya dan keluarga selalu membuat barbeku atau pun minum-minum petang sambil bersantai dan melihat anak-anak pokok herba membesar dengan sihat cukup menjadi kepuasan pada diri saya dan suami. Saya berbangga kerana mempunyai seorang suami yang memang rajin berkebun, kerana suami banyak membantu. Suami saya bukan sahaja menjaga tanaman yang berada di dalam kawasan halaman rumah tetapi turut mengambil berat ruang diluar kediaman saya. Contohnya ada kawasan tanah lapang dihujung pejalan kaki berhadapan rumah saya. Suami ada menanam pucuk ubi, serai, nenas, keladi, pisang, pandan untuk kegunaan seharian,” kongsinya.
Ditanya tentang rujukan dalam menjaga laman belakang rumahnya, Siti Mariah menerangkan, “Untuk mendapatkan ilmu-ilmu tentang penjagaan pokok-pokok herba ini pula saya selalu membaca blog-blog, membeli majalah dan di media sosial tentang penjagaan pokok. Saya juga ada memberi sedikit tip seperti cara-cara penanaman, penjagaan pokok bersama-sama kawan di media sosial. Pada saya inilah salah satu cara untuk memberikan ilmu dan sedekah secara tidak langsung. Menjaga pokok ini sebenarnya tidak susah kerana bukan membaja semata-mata menjadikan pokok kita hidup gemuk dan subur.”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Alahai jika arwah Siti Sarah ada mesti seronok tengok anak-anak pandai urus adik bongsu Ayash Affan. Sayu sungguh bila melihat gelagat tiga beradik anak kepada Shuib Sepahtu dan arwah isteri Siti Sarah Raisuddin yang begitu seronok menyambut kehadiran adik mereka, Ayash Affan.
Alahai Jika Arwah Siti Sarah Ada Mesti Seronok
Malah anak perempuan Shuib, Talita atau panggilan manjanya kakak Dekta juga bagaikan tahu tanggungjawabnya sebagai seorang kakak.
Seperti mana yang ditulis menerusi akaun Instagram Siti Sarah oleh admin yang menguruskan akaun tersebut, kakak Dekta sanggup berjaga hingga jam 1 pagi bergilir dengan Shuib untuk menjaga Ayash.
“Punyalah sayang kat adik Ayash, Kakak Dekta tidur jam 1 pgi mlm tadi bergilir jaga dengan daddy. Dekta siap cakap nak belajar buatkn susu untuk Ayash nanti. Uwais dan Matin pun tolong Dekta jaga baby Ayash.
“Alahaii, mesti ibu happy tengok anak-anak dia dah pandai nak uruskan adik. Ini pun diaorang terperap je kat bilik teman adik Ayash,” tulis admin.
Manakala menerusi luahan di akaun Instagramnya, Shuib menyatakan dia sangat bertuah kerana Ayash merupakan anak yang baik dan tak buat perangai.
“Dua hari dah daddy dengan AYASH.
“Suara Nangis Ayash Terlalu Sedap Didengar”
“Alhamdulillah anak yang sihat, anak yang baik, tak banyak perangai, nangis pun kadang-kadang je,tapi bila nangis tu saja je biarkan nangis lama sikit sebab suara nangis AYASH tu terlalu sedap didengar.
“Semoga terus sihat dan semoga Allah menjadi anak yg SOLEH.DOAKAN KAMI YA,” luah.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Shuib Sepahtu
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...