Kedatangan Syawal tidak lama lagi pastinya disambut dengan penuh kesyukuran. Pelbagai persediaan Aidilfitiri dilakukan biarpun dengan norma baru dalam keadaaan sederhana namun tetap meriah. Malah bukan sahaja persiapan untuk diri sendiri, hari raya juga sering dijadikan sebagai bulan untuk ‘memberi’ dan menggembirakan hati keluarga serta kawan-kawan tersayang.
Sebab itu setiap kali tibanya raya, pelbagai hadiah raya dikirimkan dan diberi sebagai tanda ingatan meraikan hari kebesaran. Malah, mahal atau murah nilainya bukanlah dijadikan kayu pengukur keikhlasan hati dalam memberi.
5 Item ini sebenarnya boleh dijadikan pilihan hadiah raya untuk diberikan kepada keluarga dan kawan-kawan tersayang bila tibanya Aidilfitri.
1. Hamper
Menjadi kelaziman, setiap kali musim perayaan bungkusan hamper sering diberikan sebagai hadiah buat kawan-kawan dan keluarga. Hamper dihias indah dan mengandungi pelbagai manisan seperti kuih raya, dodol, coklat, biskut, kekacang, kerepek dan sebagainya. Hamper ini boleh ditempah, buat sendiri atau beli sahaja yang sedia ada.
2.Duit Raya
Pemberian duit dalam sampul raya bagaikan satu tradisi setiap kali tibanya Aidilfitri. Penerima duit raya biasanya pula dikalangan keluarga terdekat seperti anak-anak saudara, makcik pakcik dan mak ayah tersayang. Jumlahnya pula bergantung pada bajet sendiri. Selalunya semakin meningkat umur semakin besar nilainya. Zaman sekarang cukup mudah, jika tak dapat balik kampung boleh sahaja ‘transfer’ duit raya secara online. Berapa pun nilainya, percayalah ia ‘hadiah raya’ yang paling menggembirakan hati sesiapa yang menerima.
3. Baju Raya
Persalinan baju raya dan hijab baru bagaikan satu kemestian setiap kali raya. Ramai sebenarnya yang suka hadiahkan persalinan baju raya pada mak ayah di kampung sebagai persiapan di pagi raya. Ia bagi memudahkan mak ayah supaya tak perlu lagi bersesak-sesak di pasaraya mencari baju raya, malah senang untuk bergaya tema sedondon dengan anak-anak dan cucu-cucu nanti.
Ads
4. Kit Sanitasi
Pandemik COVID-19 membawa norma baru dalam kita meraikan Hari Raya. Bermula tahun 2020, Kit Sanitasi lengkap mengandungi Pelitup muka ( Face Mask), Hand Sanitizer, Tisu Basah (Cleansing Wipes) dan Face Shield bagaikan satu kemestian untuk dibawa kemana-mana sahaja. Ia menjadi satu keperluan serta sering menjadi pilihan ‘hadiah raya’ yang menarik dan praktikal untuk diberikan buat keluarga dan kawan-kawan tersayang.
5. Produk Penjagaan Kulit
Selain bergaya cantik dengan persalinan baju raya baru, penjagaan kulit wajah yang sihat juga sering dititikberatkan di Hari Raya. Ramai sebenarnya yang suka hadiahkan diri sendiri dan kawan-kawan rapat dengan produk penjagaan wajah semulajadi. Ia sebagai persediaan agar kulit wajah nampak luarbiasa berseri-seri. Salah satunya boleh hadiahkan ‘WonderLab WondeRaya Collection’ ini, barulah sama-sama nampak cantik pada Aidilfitri nanti.
WondeRaya Collection
Terbaru, sempena meraikan Aidilfitri yang bakal tiba nanti, WonderLab WondeRaya Collection berkolaborasi dengan jenama Muslimah fesyen yang popular iaitu Jovian dan AFIYA by Siti Nurhaliza. Menariknya beli satu set WondeRaya Collection, boleh dapat diskaun produk penjagaan kulit sehingga 35% disamping PERCUMA hijab premium daripada Jovian dan Afiya, juga sampul raya dan hadiah-hadiah lain yang jumlah keseluruhannya bernilai sehingga RM240!.
Ads
Memang menarik sangat. Bukan sahaja boleh beli untuk diri sendiri, bahkan juga WonderLab WondeRaya Collection pilihan terbaik untuk dijadikan ‘hadiah raya’ buat keluarga, sahabat handai dan yang tersayang Aidlifitri ini.
Boleh dapatkan sekarang 3 set WondeRaya Collection ini iaitu:
1. Glowing Skin Set
⦁ Beautéssence™ + WonderDewi 7-Day Wonder Kit
⦁ PERCUMA hijab Afiya bernilai RM129
⦁ PERCUMA sampul raya edisi terhad dan hadiah-hadiah.
2. Protected Skin Set
⦁ WELL NATURE Moisture Whipping Cleansing Foam 300ml + Moisture Deep Cleansing Water 150ml + Moisture Seed Lip Care Set
⦁ PERCUMA hijab Jovian bernilai RM129
⦁ PERCUMA sampul raya edisi terhad dan hadiah-hadiah.
Ads
3. Flawless Skin Set
⦁ WonderDewi Moonlight Hydrogel Mask + WonderDewi 14-Day Wonder Kit + Haruharu WONDER Black Rice Hyaluronic Essence 50ml
⦁ PERCUMA hijab Jovian bernilai RM129
⦁ PERCUMA sampul raya edisi terhad dan hadiah-hadiah.
Memang menarik dan raya pasti lebih bergaya bersama WonderLab WondeRaya Collection dan juga Hijab premium daripada Jovian dan Afiya’ini. Jangan tunggu lagi, beri ‘hadiah raya’ ini untuk keluarga dan kawan-kawan tersayang dengan dapatkannya di wonderlab.com.my
Untuk maklumat lanjut mengenai WonderLab boleh layari;
WonderLab merupakan jenama kecantikan yang menjadi pilihan dan sebutan ramai akhir-akhir ini. Mempunyai 20 wonder stor di seluruh negara, WonderLab menawarkan produk yang berasaskan sumber semula jadi, tulen dan selamat, kerana setiap produk adalah alam semula jadi menawarkan rawatan yang terbaik buat wajah.
Antara produk yang terdapat dalam WonderLab adalah Haruharu Black Rice series, Well Nature Anti-pollution series, WonderDewi Daily Mask, WonderDewi DewiChic Lip Tint Mood Collection and WonderDewi Moonlight Hydrogel Mask.
Menariknya, setiap WonderDewi Daily Mask ini juga dibeli dalam setiap 12 saat semasa pelancarannya. Malah habis stok di pasaran hanya dalam masa 1 minggu. Hebat kan!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Siapa sangka bertahun-tahun telah menjalani rawatan kesuburan, berkali-kali juga telah gagal, namun rezeki wanita ini hamil dan dikurniakan anak pada usia 50 Tahun! Ternyata perancangan dari Tuhan adalah yang terbaik dan jangan sesekali pernah berputus asa.
Hamil Usia 50 Tahun
Seorang wanita yang mempunyai masalah kesuburan akhirnya hamil pada usia 50 tahun selepas beberapa kali gagal dalam rawatan kehamilan yang dijalani selama bertahun-tahun, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.
Christine Boama, yang baru menyambut ulang tahun kelahiran pertama anaknya pada minggu lepas berkata, dia telah mencuba pelbagai rawatan kesuburan termasuk gagal dalam rawatan persenyawaan in vitro (IVF) berkali-kali.
Wanita yang berasal dari Lancashire, England itu berkata, selepas berkahwin pada usia 42 tahun, dia menyangka akan hamil dalam masa setahun.
“Saya membesar dalam sebuah keluarga yang besar. Ibu saya mempunyai sembilan adik beradik selain salah seorang ibu saudara mempunyai enam anak.
“Bagaimanapun, selepas setahun berkahwin, saya masih belum hamil dan pada 2015, saya membuat keputusan untuk melakukan rawatan IVF,” ujarnya.
Tambah Boama, disebabkan terlalu ingin mempunyai anak, dia menjalani rawatan IVF dengan penuh komitmen dan berasa sedih apabila kitaran pertama menemui kegagalan.
“Saya menjalani begitu banyak ujian, saringan dan mengambil ubat-ubatan. Emosi saya amat rapuh dan saya tidak pernah diberitahu oleh doktor tentang mengapa saya sukar untuk hamil,” katanya.
Tambah Boama, selepas dua minggu usianya mencecah 50 tahun, dia menyedari tidak didatangi haid seperti biasa dan menyangka sudah mengalami menopaus.
“Namun, apabila melihat terdapat dua garisan muncul pada kit ujian kehamilan, saya hanya mampu merenungnya kerana berasa amat terkejut .
“Selepas bertahun-tahun menjalani rawatan sehinggakan sudah terlupa bilangan rawatan yang dilakukan, akhirnya saya disahkan hamil enam minggu oleh doktor,” jelasnya.
Pada 18 Mei tahun lalu, Boama selamat melahirkan anaknya. Dia berharap agar pendedahan kisah tersebut dapat memberi semangat kepada wanita lain di luar sana yang mempunyai masalah sepertinya.
Mingguan Wanita: Tahniah buat wanita ini akhirnya hamil dan mempunyai anak sendiri. Paling penting tetap berusaha dan jangan sesekali berputus asa.Semoga menjadi inspirasi buat wanita lain yang mengalami nasib yang sama.
Lebih 20 tahun merajuk tak nak bercakap dengan isteri. Waduh-waduh lamanya suami merajuk menjeruk hati. Biasanya pasangan suami isteri paling lama boleh merajuk tak nak cakap dua hari atau dua minggu ini 20 tahun! bukan satu tempoh yang sekejap.
Memetik sumber dailymail.co.uk ,Seorang lelaki, Otou Katayama, dari Nara, Selatan Jepun yang juga bapa kepada 3 orang anak ini enggan bercakap dengan isterinya, Yumi selama lebih 20 tahun kerana merajuk.
Setiap soalan yang ditanya oleh isterinya, lelaki tersebut hanya mengangguk sahaja.
Punca Merajuk
Difahamkan, punca beliau merajuk adalah kerana terlalu cemburu dek kerana isterinya memberi perhatian yang lebih pada anak-anak mereka.
Namun selepas 20 tahun, anak lelakinya, Yoshiki, 18, telah cuba menyatukan kembali ibu dan bapanya menerusi sebuah rancangan TV. Menerusi rancangan terbabit, mereka merancang untuk mengatur sebuah pertemuan di tempat mereka pernah bertemu suatu ketika dahulu.Menurut Yoshiki dia tidak pernah langsung mendengar perbualan diantara ibu dan bapanya.
Antara ayat pertama yang keluar dari mulut lelaki ini kepada isterinya selepas 20 tahun merajuk adalah,
“Sudah sekian lama saya tidak bercakap dengan awak, sayang”
Aduh jangan main-main bila suami cemburu dan merajuk, boleh jadi bertahun-tahun lamanya. Buat para isteri jadikan sebagai pengajaran iya, jangan terlalu melebihkan anak-anak sehingga suami rasa cemburu dan terabai.
Pakai topeng semasa temuduga. Bunyinya agak lucu dan kelakar sebab bakal pekerja perlu mengenakan topeng semasa temuduga. Bayangkan untuk beberapa jawatan, mereka kena menutup muka semasa hadir temuduga tersebut.
Salah satu sebab bakal pekerja pelu pakai topeng semasa temuduga adalah untuk mengelakkan diskriminasi terhadap penampilan. Kalau setakat rupa dan penampilan yang baik belum tentu menjamin kebolehan mereka, sudah tentu akan merugikan syarikat itu sendiri.
Inilah yang berlaku di sebuah syarikat di Chengdu, China apabila pemohon kerja perlu pakai topeng untuk negelakkan diskriminasi bersasarkan rupa.
Sebuah syarikat yang dikenali sebagai Chengdu Ant Logistics telah tular selepas selepas video yang menunjukkan proses pengambilannya menunjukkan beberapa orang bertopeng menunggu untuk ditemuduga oleh seorang perekrut yang dilaporkan turut bertopeng.
Syarikat ini yang membuat pengambilan pekerja sebanyak dua kali setahun turut memperkenalkan ‘pakai topeng’ menghapuskan pemilihan berat sebelah berdasarkan rupa.
Walaupun kaedah pengambilan pekerja ini dianggap pelik tapi ia perlu dilaksanakan untuk mengurangkan tahap tekanan calon pekerja dan juga menekankan hakikat bahawa ia menghargai kebolehan individu berbanding penampilan mereka.
Selain itu, cara ini turut mendapat maklumbalas positif daripada orang ramai dan mereka tidak kisah untuk memakai topeng semas memhon pekerjaan.
“Saya sangat menikmati temu duga kerja seperti itu,” kata salah seorang pemohon.
“Ini adalah kesaksamaan, ketampanan tidak sepatutnya dikira,” tambah seorang lagi.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah pihak meragui kesahihan penjelasan yang ditawarkan syarikat itu. Dikatakan topeng itu hanya untuk melindungi identiti orang ramai kerana temuduga itu disiarkan secara langsung.
Sementara yang lain pula mendakwa syarikat Chengdu Ant Logistics hanya menjadikan wawancara itu sebagai satu publisiti saja.
Mingguan Wanita : Tak kisahlah cara mana sekalipun. Tapi cara ini boleh membantu untuk melihat kebolehan seseorang itu, bukannya lihat penampilan tapi kerja tak boleh buat.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...