
Pelakon veteran Datin Normala Omar dan Datuk Zulkifli Zain mendirikan rumah tangga sekitar tahun 1975. Dikurniakan lima orang cahaya mata, Dr Norzizi Zulkifli, 42 merupakan anak sulung mereka. Puluhan tahun menjalani alam rumah tangga, tentulah pasangan suami isteri veteran ini sudah masak dengan asam garam hidup suami isteri.
Adatlah dalam sebuah kehidupan rumah tangga itu ada masa bahagia, ada masanya keruh. Tapi jangan sampai kekeruhan itu memusnahkan bahagia yang dibina.
3 Tip Dari Mama
Ini pesan Datin Normala Omar pada anak-anaknya, “Kalau bergaduh dengan suami, kena ingat zaman-zaman bercinta dulu. Ingat all those sweet memories. Then hilanglah semua kebencian dan kemarahan.”
Mama selalu berpesan, “Allah bagi suami yang terbaik buat kita. Itulah untuk kita.”
Satu lagi perkongsian pesanan daripada Datin Normala Omar, “Kenapa kita selalu question? Kenapa rumput itu hijau? Kenapa rumput itu tak merah? Kita bukan patut questioning tetapi kita kena terima yang rumput itu memang hijau. Accept! nak accept itu sukat tapi kena belajar untuk accept.”
Pesanan ini sebenarnya bukan saja berguna untuk anak-anak beliau. Malah, suami isteri yang sedang melayari bahtera perkahwinan selayaknya memahamkan amanat orang lama-lama ini.
Lihatlah walau sudah puluhan tahun hidup berdua, baik Datin Normala mahupun Datuk Zulkifli tetap kelihatan mesra. Seniman ini juga hebat membesarkan anak-anaknya.
Membesarkan Anak-anak Perjuangan Suami Isteri
Bak kata Dr. Norzizi, “Saya sedang nak membesarkan anak-anak dan satu ayat yang saya simpulkan untuk diri saya, ‘membesarkan anak-anak adalah perjuangan kedua suami isteri.’.
Akuinya proses itu adalah satu perjalanan yang sukar “It is a tough journey. Hanya kamu berdua suami isteri tahu how tough it is.
Hal inilah yang mengingatkan beliau kepada kedua orang tuanya. “It must be very tough for my parents membesarkan kami 5 beradik.”
“Mereka berdua telah melaluinya. Sekarang perjuangan mereka untuk diri sendiri.”
“Mampukah kita memperjuangkan mereka sebagaimana mereka berjuang untuk kita? Allah sahaja yang membalas perjuangan mereka.”
“Semoga Allah mengampunkan dosa kedua ibu bapa kita dan Al Fatihah buat pejuang-pejuang kita.”
Sumber/Foto : Instagram Norzizi Zulkifli
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kalau SAYANG ISTERI, Suami Buatlah HIBAH BERSYARAT Agar Tiada Salah Faham Tentang Harta

Sejak dulu sampailah sekarang, masalah harta pusaka sering menjadi perbualan dan rebutan pada setiap keluarga. lebih-lebih lagi apabila suami meninggal dunia. Mulalah timbul jumlah harta si mati, siapa pewaris yang wajib atau faraid yang perlu diberikan kepada ahli keluarga.
Lebih menyedihkan apabila suami meninggalkan isteri yang hanya suri rumah tangga sepenuh masa. Segala perbelanjaan dan keperluan rumah hanya bergantung pada suami. Jadi, apabila suami meninggal tiada lagi punca pencarian, yang ada hanyalah harta yang ditinggalkan itu.
Ini belum lagi tentang mak ayah yang meninggal dunia. Ada pula pergaduhan tentang harta pusaka antara adik beradik pula. Bila tidak ada jalan penyelesaian, mak kes ini mulalah dibicarakan dan akan mengambil masa agak lama untuk diselesaikan, jika ada keperluan yang tidak mencukupi syarat.
Perebutan Harta Pusaka Suami / Isteri
Sebenarnya, masalah perebutan harta pusaka ini boleh diselesaiakan dengan cepat, jika semua pihak saling bekerjasama. Bagi suami yang meninggal dunia, ahli keluarga sebelah si mati kenalah bertolak ansur kepada balu yang akan menjalani kehidupan mendatang bersama anak-anak.
Malahan, dalam menyelesaikan masalah ini, baik ahli keluarga si mati mahu pun balu perlu tahu dan faham tentang harta pusaka yang ditinggalkan itu. Beberapa salah faham yang perlu isteri tahu tentang harta yang ditinggalkan seperti yang dikongsikan oleh Azizul Azli Ahmad.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Setiap Harta Pusaka, WARIS Berhak Ke Atasnya Walaupun Hanya SEBATANG PEN
Harta Sepencarian, Hak Isteri Harus Diselesaikan Dulu Sebelum Pembahagian Pusaka Peninggalan Suami
Info Lebih Menarik DI SINI
Salah Faham Isteri Tentang Harta?
1. Wanita beranggapan jika suami meninggal rumah yang mereka duduk akan jadi milik mereka sepenuhnya.
Hakikatnya, kediaman itu menjadi pusaka dan akan dibahagikan secara Harta Sepencaraian dan barulah secara faraid.
2. Wang yang ada dalam KWSP atau Tabung Haji yang dinamakan atas nama isteri sepenuhnya, isteri boleh ambil semuanya beli beg harmes!
Secara hakikatnya, isteri berperanan sebagai pemudah cara atau pemegang amanah saja untuk duit itu dibahagikan secara faraid. Bukan hak mutlak isteri.
3. Pusaka Tunai oleh suami yang meninggal bagi anak anak bawah umur diperolehi secara terus oleh isteri.
Sebenarnya, isteri tidak boleh langsung mengambil bahagian anak anak ini, bahagian isteri hanya 1/8 dari jumlah yang ditinggalkan sahaja.
4. Buat rumah atas tanah suami dengan duit isteri, isteri akan dapat rumah tersebut jika suami meninggal.
Rumah itu tetap menjadi pusaka dan akan diberikan secara faraid. Isteri cuma dapat 1/8 dari rumah itu.
5. Semua harta suami akan jadi hak isteri jika meninggal.
Terdapat hak ibu bapa suami, bahagian bapa saudara jika tiada anak lelaki dan baitulmal dalam kes kes tertentu.
Pesan pada suami tercinta, untuk elak semua harta jadi pusaka dan dibahagikan secara faraid. Buatlah Hibah Bersyarat atau Bertangguh.
“Jika saya dah meninggal semua harta ini kepunyaan awak dan anak”.
Azizul Azli Ahmad
#PesanPesanBuatSuami
Sumber: Azizul Azli Ahmad
TENTANG HIBAH
Hibah merupakan satu alternatif pengurusan harta yang boleh memupuk kasih sayang dan mengukuh ikatan silaturrahim dalam keluarga. Sesuatu hibah diiktiraf dan menjadi sah sekiranya memenuhi rukun hibah yang ditetapkan oleh jumhur fuqaha’ iaitu pemberi hibah, penerima hibah, barang yang dihibah dan sighah (ijab dan qabul).
Terdapat dua jenis hibah yang wujud dalam pasaran iaitu hibah mutlak dan hibah bersyarat.
HIBAH MUTLAK ialah apabila seseorang menghibahkan hartanya dalam bentuk yang biasa dan tanpa ditetapkan sebarang syarat untuk menguatkuasakan hibah tersebut. Ia akan memberikan tiga kesan berikut:
a.Harta yang dihibahkan berpindah milik kepada penerima hibah berkuatkuasa serta-merta.
b.Hak milik penerima hibah adalah kekal dan tidak dihadkan tempohnya.
c.Hilangnya hak milik penghibah terhadap ‘ayn dan manfaat harta yang dihibahkan.
Hibah secara mutlak adalah mudah kerana secara konstruktifnya, sesuatu harta yang telah dihibahkan itu jelas telah dipindahmilik dan tidak tergolong sebagai harta pusaka.
(Kredit: SINAR HARIAN)
HIBAH BERSYARAT
Akad hibah dibuat semasa hidup tetapi pindahmilik harta hibah hanya akan dibuat selepas kematian pemberi hibah. Selagi Pemberi Hibah masih hidup, pemberi hibah masih boleh memanfaatkan harta tersebut untuk dirinya sendiri dengan persetujuan penerima hibah. Tetapi sekiranya penerima hibah mati dahulu maka harta hibah tersebut akan kembali semula kepada pemberi hibah (ruqba). – (Kredit: ROSLINA SABIYAH & CO)
MW: Sebenarnya untuk memudahkan cara, baik ahli keluarga si mati atau si balu kena saling berbincang agar tidak berlaku perebutan harta. Bagi ahli keluarga si mati kenalah faham keadaan balu pasangan yang mungkin memerlukan perbelanjaan demi meneruskan hidup bersama anak-anak, melainkan jika si mati sudah membuat sebarang wasiat sebelum meninggal.
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Isteri Sanggup Berhenti Kerja Jadi Suri Rumah, Semua Kena Catu. Berbaloi Tak?

Keadaan ekonomi sekarang semakin meruncing, pendapatan isi rumah mula terjejas. Banyak syarikat yang tutup dan tak dapat menampung pekerja. Jalan terbaik, diberhentikan atua berhenti kerja.
Kalau difikirkan, ada baik buruknya isteri menjadi suri rumah sepenuh masa. Mungkin terkurang di situ dan terlebih di tempat lain. Contohnya, duit belanja mula kena catu dan tidak boleh nak bermewah-mewah seperti sebelum ini. Baiknya, bila dapat melihat anak membesar depan mata.
Begitu juga bila isteri bekerja sudah tentu banyak wang yang dilaburkan untuk bayaran anak di rumah pengasuh, penggunaan kereta dua buah (suami isteri kerja lain-lain syarikat), kos minyak, bayaran makan minum dan sebagainya. Jika dihitung dan dikira wang keluar masuk, kaedahnya sama seperti isteri hanya duduk di rumah dengan menjaga anak-anak.
Bila difikirkan balik, jumlahnya sama seperti isteri hanya menjadi suri rumah, menguruskan keluarga. Sudah tentu, segalanya dapat dijimatkan. Ulasan lanjut tentang baik buruknya bila isteri berhenti kerja oleh Dr Ben Fadzil Mohd Salleh, Business Forencic Psychologist Grand master Hypnotherapist dari Practice Training & Consultancy di Asia Barat
Terdesak
Isteri bekerja atau tidak adalah satu perkara yang subjektif serta ia adalah pilihan sendiri, individu dan mengikut jenis pekerjaan yang dipegangnya. Tiada siapa yang boleh memaksa seseorang itu untuk bekerja walaupun dihalang oleh ibu bapanya supaya jangan berhenti.
“Alasan tidak mahu bekerja boleh diberi dengan pelbagai sebab. Dari yang tidak masuk akal sehinggalah ke suami melarang isteri bekerja. Sekiranya suami melarang isterinya bekerja, suami tersebut hendaklah mampu memberi belanja dengan sewajarnya untuk menyara keluarga dan wang saku isteri tersebut.
“Ramai suami yang berjanji pada isteri hendak memberi belanja yang cukup untuk keluarga tetapi ia tidak ditepati. Perkara tidak cukup wang yang diberi oleh suami ada kalanya akan membosankan isteri di rumah dan seringkali akan berbalik kepada bertugas semula,” jelas Dr. Ben.
Boleh dikatakan, ada isteri yang bekerja mempunyai gaji yang cukup makan untuk menyara dirinya sendiri. Namun, tidak mustahil ada isteri yang bekerja kerana di suruh oleh suami bagi menambah pendapatan untuk keluarga.
“Mungkin juga ada sesetengah isteri yang melepaskan jawatan dan memilih menjaga anak-anaknya adalah disebabkan desakan keadaan. Sekiranya suami boleh memberi wang saku dan jaminan yang boleh memuaskan hati isteri bahawa masalah kewangan tidak akan timbul.
Catu Perbelanjaan
Sebenarnya, keputusan isteri untuk menjadi suri rumah tangga mempunyai risiko tersendiri dan suami isteri hendaklah berbincang dan menimbangkan keputusan dengan sebaik mungkin sambil melihat segala segi sudut ekonomi.
Cara yang terbaik adalah dengan mencatu ekonomi dan mentadbir perbelanjaan keluarga dan seisi rumah dengan rapi. Tidak membelanjakan dengan perkara yang tidak penting serta berhemah. Suami hendaklah mempercayai isteri dalam mentadbirkan perbelanjaan rumah tangga agar tidak ada syak wasangka di kemudian hari serta memahami kekurangan dana untuk bermewah.
Pilihan kerjaya lain:
- Menjual secara online – Perkara begini sama seperti bekerja atau mungkin lebih teruk dari bekerja tetapi isteri akan sentiasa ada di rumah untuk mentadbirkan rumah dan juga jualan.
- Menjaga atau jadi pengasuh – Sambil menjaga anak sendiri dan mengambil upah untuk menjaga anak orang lain.
- Kemahiran lain – Isteri mempunyai kemahiran lain seperti menjahit, membuat kuihmuih untuk dijual, mengajar tuisyen dan sebagainya. Ia boleh dijadikan tugasan atau kerjaya dari rumah, yang mana pergerakannya adalah agak terhad.
Baik Buruk Berhenti Kerja
Pro:
- Sekiranya si isteri berhenti kerja, sudah pasti masanya akan diluangkan bersama keluarga. Serba serbi tentang keluarganya akan terjaga.
- Namun begitu, isteri tersebut kemungkinan akan terputus dengan dunia luar dari segi pergaulan dan persahabatan. Sekiranya dia tidak memerlukan dunia luar dan mempunyai duit perbelanjaan yang cukup, maka tidak bekerja adalah pilihan yang terbaik. Isteri juga perlulah pandai untuk menguruskan dirinya.
Kontra:
- Tidak dinafikan, menjaga anak sendiri dengan menghantar anak ke rumah pengasuh tidak sama. Persediaan, penjagaan dan pelajaran anak mungkin terabai jika digaji kepada orang lain, tetapi tidak semestinya penjagaan itu tidak elok. Pemakanan dan kesihatan keluarga juga mungkin terjejas disebabkan fakta masa dan kewangan.
- Walau bagaimanapun, perbelanjaan isteri terhadap anak dan makan adalah terhad dan terpulang kepada wang saku dan belanja yang diberikan oleh suami. Sekiranya wang saku tersebut tidak dapat tepat pada masanya atau dikurangkan disebabkan suami perlu membayar insurans, road tax dan pelbagai lagi perbelanjaan yang mengejut dan yang tidak diduga, maka perancangan isteri perlu sentiasa bertukar untuk menghadapi keadaan yang tidak disangka.
Suami Perlu Bersedia
Apabila seorang suami mengambil keputusan untuk berkeluarga, dia pasti telah memikirkan bebanan yang akan menimpa pada dirinya dan telah bersedia sekiranya isteri tidak bekerja dan memilih untuk menjaga rumah dan keluarga.
Malahan, dalam keadaan ekonomi sekarang ini, lebih baik isteri juga bekerja dan membantu pendapatan suami. Walaupun pendapatan dan penjimatan itu tidak seberapa kerana pendapatannya akan bertukar dari masa ke semasa. Kebajikan isteri dan anak dari segi kesihatan dan mendapatkan rawatan klinik akan terjaga. Isteri juga dapat membeli keperluan dirinya, rumah dan anak-anak tanpa meminta bantuan suami jika tidak perlu. Kesimpulannya, lebih baiklah isteri itu juga bekerja.
Cara Terbaik Suami Isteri
- Suami dan isteri perlu mencari mekanisme yang bersesuaian dan dipersetujui bersama agar tidak menambahkan perbelanjaan serta bebanan.
- Membuat carta aliran wang tunai dan perbelanjaan untuk penjimatan dan simpanan. Dari segi penjimatan, suami isteri hendaklah berkongsi kenderaan atau menggunakan kenderaan awam bagi menjimatkan kos tambahan seperti minyak, tol, parking dan perbelanjaan membayar ansuran kereta, insurans, road tax, penyelenggaraan dan kerosakan.
- Pasangan perlulah menukar kereta kepada yang kecil dari segi kuasa kuda dan tidak sering menukar kereta pada tiap-tiap tahun untuk menjimatkan kos.
- Dengan pergi kerja bersama, suami isteri akan dapat mengeratkan lagi kasih sayang dengan juga minum pagi bersama sambil berbincang hal keluarga. Sama-sama mengharungi dan berkongsi masalah yang dihadapi serta mencari penyelesaian.
- Sekiranya perjalanan ke pejabat berlainan haluan, carilah perkhidmatan yang dibayar bulanan untuk ke pejabat dan membawa bekal yang telah dimasak dirumah untuk penjimatan, berhenti merokok serta bataskan keseringan makan diluar. Walau sedikit pun pendapatan dari bekerja, ia tetap duit berlebihan dari perbelanjaan seharian.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
‘Jangan Rasa Rendah Diri Kita Tak Bergaya.’ Paling Penting Adab Kita Dengan Orang Lain

‘Jangan rasa rendah diri kita tak bergaya.’ Paling penting adab kita dengan orang lain. Biarlah kita hidup cara kita, tak perlu terpengaruh dengan gaya hidup orang lain.
Sesetengah orang memang sengaja memilih untuk hidup sederhana daripada bermewah-mewah. Walaupun berkemampuan, mereka memilih untuk dalam keadaan ringkas dan tidak menunjuk-nunjuk kekayaan yang ada.
Ikuti perkongsian Natalia Aivy Dibit ini dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Jangan Rasa Rendah Diri
Gaya hidup minimalis.
Antara orang yang mendorong saya untuk jadi minimalis adalah kakak saya sendiri. Orangnya simple. Pakaian simple. Rambut kemas dan rapi.
Beg pun beg yang dia jahit sendiri. Dompet pun beli di Shopee. Perhiasan di badan tak pernah sebesar jari telunjuk. Hanya sebesar jari kelinking saja. Kadang macam tak pakai.
Baca Di Sini:
Ada Orang Sanggup BERHUTANG Sebab Ikut Trend dan Sekadar Suka-Suka!
Biar Berhutang Asalkan Bergaya?! | Sembang Wanita EP8
Jangan Jadikan Hutang Satu Keperluan, Biar Hidup Tak Mewah Asal Zero Hutang, Berpadalah!
Kita Tak Bergaya
Kalau dia pakai masdora, tak pernah penuh. Hanya letak seketul dua charm. Saya tanya, kenapa tak pakai banyak charm tu? Katanya, lebih manis kalau guna sikit saja.
Kalau pakai banyak, besar nanti mengundang bahaya. Satu lagi, mengundang hasad dengki orang. Bayangkan kalau yang melihat itu orang susah. Itu jawapannya.
Orangnya sangat tegas. Tajam. Berakal. Nampak macam dia tak tahu apa-apa tapi berisi. Mungkin kerana dia anak sulung, perempuan lagi, dia perlu jadi tegas dan keras untuk adik-adiknya.
Paling Penting
Hanya satu doa saya yang tak pernah putus sejak dulu. Semoga lelaki yang berjaya menawan hati kakak saya, tidak persiakan permata dalam keluarga kami.
Lelaki itu bertuah kerana dapat seorang wanita yang tak kenal pun apa itu Coach, Gucci, Prada, Louis Vuitton. Lelaki itu beruntung dapat seorang wanita yang tak tahu pun ada emas pattern ketum, coco, lipan, boba. Apalagi kalau barang mekap. Dia cuma tahu jenama Silkygirl dan Maybelline saja.
Jika dipersiakan, watch me turn into dragon. Saya tak kisah masuk penjara untuk ahli keluarga saya. Benda lain saya boleh runding meja bulat tapi kalau keluarga, no.
Adab Kita
Gaya hidup minimalis lebih menenangkan. Tak perlu banyak barang. Tanpa perlu banyak perhiasan. Tak perlu perabot mewah dan besar. Tak serabut kepala nak fikir banyak benda.
Hanya fokus pada matlamat hidup yang mahu dicapai. Selebihnya hanya kehendak, keinginan dan hawa nafsu yang kehausan minta diisi. Self reward tak salah namun kata guru, berpada-padalah. Sederhana itu indah.
Jangan malu kalau kita tak punya apa-apa di badan. Jangan rasa terhina bila kita hanya mampu pakai beg jahitan sendiri atau sekadar beli di Shopee harga RM10.
Dengan Orang Lain
Jangan rasa rendah diri kalau kita tak bergaya macam orang lain. Kuncinya hanya satu. Kelihatan kemas dan rapi. Yang utama adalah, adab kita dengan orang lain.
Kata guru lagi, simpanlah duit untuk ilmu dan kembara. Tuntutlah ilmu di mana saja kita berada. Mengembaralah selagi usia masih muda.
Lihat rona kehidupan masyarakat seluruh dunia. Di sana kita akan belajar banyak benda. Jika wang sudah cukup, pergilah ke negara lain, ambil masa 4 atau 5 hari menjelajah negara lain.
Lihat dan teliti kehidupan masyarakat di sana. Banyak benda kita akan tahu untuk diceritakan pada anak cucu kita nanti.
Semoga bermanfaat. Salam damai. Tuhan memberkati.
Mingguan Wanita : Kata orang, ukurlah baju di badan sendiri. Tak perlu mengikut orang kalau sendiri tak berkemampuan.
Sumber: Natalia Aivy Dibit
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!





