Ramai yang terkesan akibat Covid-19, apabila kehilangan pekerjaan serta pendapatan. Terutamanya dalam bidang penerbangan cukup terjejas teruk. Kesedihan diberhentikan kerja yang dicintai pasti dirasai, namun perlu segera bangkit melakukan apa sahaja pekerjaan demi meneruskan kelangsungan hidup apatah lagi pelbagai komitmen perlu dilangsaikan. Walaupun ‘kerjaya baru’ mungkin tidak setanding pekerjaan sebelum ini.
Maurice Maureen Avila, salah seorang bekas pramugari yang diberhentikan kerja pada 16 Oktober lalu selepas syarikat penerbangannya menanggung kerugian akibat COVID-19.
3 Tahun Jadi Pramugari
Avila mengakui merasa sedih selepas tiga tahun mencari rezeki sebagai pramugari, hingga menyebabkannya hilang selera makan dan menangis setiap malam memikirkan nasib dirinya.
Akur dengan apa yang terjadi, Avila bangkit dan meneruskan kehidupan dengan menjual tong gas (LPG).
Ads
“Setiap malam saya bertanya kepada Tuhan mengapa jadi begini sedangkan saya bekerja keras selama ini.
“Hingga satu hari, tercetus idea untuk menjual tong gas (LPG) dan sejak itu, saya nekad meneruskan jualan bersama kekasih saya.
Ads
“Saya kembali bersemangat dan harap mereka yang senasib tidak berputus asa,” katanya menerusi hantaran di media sosial.
Ads
Meskipun rutin hidupnya kini berubah, beliau menerima takdir dan selesa menjalani hidupnya kini dengan menjual tong gas.
MW:Jadi buat yang terkesan hilang pekerjaan akibat pandemik covid-19 ini, jangan berputus asa. Segeralah bangkit dan teruslah berusaha melakukan apa sahaja pekerjaan demi meneruskan kelangsungan hidup.Rezeki pasti ada di mana-mana.
Ibunya tak ada tanda-tanda sakit, cuma sakit perut tiba-tiba. Kemudian anak ini, Umira Morad bawa ibunya ke klinik. Sampai rumah dia pun siapkan bubur nasi untuk ibu.
“Mak makan sikit je.. tak sampai 2 sudu pun.” Anak ini tak sedikit pun menyangka. Itulah suapan terakhir ibunya sebelum dijemput Ilahi untuk selamanya.
Sebak baca catatan anak ini.
Mak pergi jua 12122020. Dari khamis mak tak lalu makan. Mak cakap sakit perut.. muntah-muntah tapi takda sisa. Angin ja keluar.. bawak mak gi klinik, doc cakap gastrik. Balik rumah sama jugak macam takda perubahan.
Jumaat tengahari buat bubur kat mak. Mak makan sikit-sikit ja tak sampai 2 sudu pun. Tengok mak makin tak boleh tahan. Mak dah mula cakap yang bukan-bukan.
Decide bawa gi hospital. Kena admit 2.45 pagi mak cakap mak lenguh. Tak boleh tidur. Duduk salah, mengiring salah, semua serba tak kena. Tak lama lepas tu tiba-tiba mak sejuk. Mak cakap, “Manja awat sejuk sangat ni.” Tiga helai selimut nurse bagi. Ketar-ketar mak bergegar katil wad.
Picit kaki mak, urut belakang mak, pegang tangan mak, peluk mak.
Mak cakap, “Manja mak lenguh ni.”
“Ya mak, cheq picit mak..”
Pukul 4.45 pagi tiba-tiba mak senyap. Mak dah tak gerak. Doc bagitau jantung mak dah berhenti 25 minit dan dorang bantu dengan alat mesin dorang.. doc bagitau suruh bagitau keadaan mak kritikal pada semua family terdekat. Mak pergi usia 68 tahun jam 10 pagi.
Doc sahkan jangkitan kuman usus. Doakan arwah mak ya, SITI MERYAM BINTI ZAKARIA @ SITI MERYAM ANAK EMBUN.
Innalillahiwainnailahirojiun
al-Fatihah
Jelas anak ini lagi, catatannya ini sekadar mahu berkongsi kenangan bubur terakhir ibunya. “Takda niat nak raih simpati atau meratap kematian.
Cuma Mira rasa perlukan sokongan untuk terus kuat. Perlukan ruang untuk lepaskan apa yang terbuku di hati.”
Katanya, ibunya sakit sekejap sangat. “Sekelip mata mak yang dicintai pergi. Rasa kelan dunia hanya Allah ketahui. Arwah mak pergi senyum ja..macam tengah tidur. Muka mak bersih bersinar ja tengok.. mandikan mak pun mudah. Orang mandikan mak cakap sendi-sendi mak lembut senang nak mandikan. Sempat ambilkan wuduk tuk mak buat kali terakhir.
Orang yang mandikan mak juga sedekah semua upah yang depa terima, depa bagi balik depa sedekah untuk mak.
Sembahyangkan jenazah mak pun budak-budak tahfiz turut serta sekali solat dan mendoakan mak.. terima kasih semua yang mendoakan mak, yang uruskan jenazah mak, yang hadir tengok arwah mak.. terima kasih sangat-sangat.
Mira pernah kehilangan arwah akak dan abang.. yes kami 3 beradik saja. Lepas akak dan abang takda memang Mira jaga mak ayah.. Cuba semampu boleh tunaikan apa yang mak ayah nak. Teringin nak makan apa cepat-cepat belikan. Jangan tangguh-tangguh. Sekarang mak dah takda.. mak dah pergi ikut arwah abang dan akak. Doakan Mira serta keluarga untuk kuat terima ujian ni.
Hidup mesti diteruskan. Percaya qada qadar Allah. Allah uji sebab Allah sayang.. Allah uji sebab Dia tahu kita mampu. Alhamdulillah Mira bersyukur. Sekarang tinggal ayah sendirian. Mira akan jaga ayah.. akak, abang, mak jangan risau.. manja akan jaga.
Manja tu nama panggilan mak selalu panggil.. dah takda sapa lepas ni panggil manja dah.
Terima kasih korang hadir dalam komen untuk berikan kekuatan pada kami sekeluarga.. TQ suami tersayang, sebab awak saya kuat.
To anak-anak sedara kaklong, kakngah, abang chik, sama-sama tolong maksu jaga tokwan na.. Tu ja satu-satunya kekuatan yang kita ada sekarang ni.”
MW : Sebak kisah bubur nasi terakhir untuk mak ini. Al Fatihah.. semoga Allah ampunkan dosa-dosa Allahyarham SITI MERYAM BINTI ZAKARIA @ SITI MERYAM ANAK EMBUN dan tempatkan rohnya di kalangan orang-orang beriman.
Murninya hati pelakon dan usahawan, Syifa Melvin membantu seorang gadis OKU pekak dan bisu. Gadis tersebut yang dikenali sebagai Nabila merupakan salah seorang daripada stokis produk kecantikan yang diusahakan Syifa bersama adik beradiknya, Kekasih By The Melvins.
Menerusi perkongsian di akaun laman Instagramnya, Syifa yang juga seorang Instafamous berjaya membantu Nabila untuk memakai alat pendengaran.
Kongsi Syifa, dia dan adik beradik yang lain sudah lama berazam untuk membantu mereka yang memerlukan dengan perniagaan tersebut.
Sememangnya usaha Syifa dan adik beradiknya yang lain iaitu Syatila, Syafiqah dan Syida berniaga sambil membantu orang yang memerlukan adalah sangat mulia dan harus diberi pujian.
“Memang kami berempat (adik beradik) berazam wujudnya Kekasih ni niat kami adalah untuk bantu mereka yang memerlukan.. Bukan ini dari kami,tapi hadiah ni daripada Allah SWT kami hanya perantaraan sahaja.
“Terima Kasih yang selalu support business kami,Terima Kasih pelanggan setia hampa juga menyumbang kepada pemberian hadiah istimewa ini..
“Jadilah manusia yang selalu memberi manfaat walaupun diherdik dihina tetapi takde yang lebih manis bila kita mengetahui bahawa itu juga hadiah dari Allah SWT, hadiah tak semestinya dibalut rapi dan cantik ,ia juga di selitkan hikmah yang sangat besar.
“Semoga hampa semua diberi peluang utk membantu,percayalah takkan miskin harta bila memberi,” kongsi Syifa.
Menerusi entri tersebut juga Syifa memuat naik rakaman video Tiktok (credit video @khairul_ikhwan96 ) menunjukkan Nabilah sebak dan tidak dapat menahan air mata apabila buat kali pertama selepas 20 tahun usianya dia boleh mendengar namanya dipanggil setelah memakai alat bantuan pendengaran berkenaan.
Gadis bertuah Nabila yang berasal dari Baling, Kedah telah dibawa oleh Syifa dan adik beradiknya untuk memakai alat pendengaran.
Menerusi perkongsian entri Syifa di Instagramnya juga, dia turut berkongsi perasaan Nabila yang menangis selepas dapat mendengar.
“Kalau sifat Maani kita ada 7, dia ada 5 ja. Tapi dia cemburu dengan kita yang boleh dengar dan bercakap Tapi sebenarnya kita yang patut cemburu dengan dia sebab tak perlu dengar benda yang tak elok dan cakap benda yang sia-sia.
“Harini kami berjaya bawa Nabila pergi buat alat pendengaran yg insya Allah boleh membantu dia untuk dapat hidup yang berkualiti.
“Sebak teriak tadi bila dia pakai hearing aid tadi, panggil nama dia terus dia respond Allahuuu. Nabila anak istimewa betul.
“Walaupun pendengaran dan tak boleh bercakap, tapi dia setia bersama kekasih dari January dan Total restock terkumpul RM35K. Apa alasan kita yg sempurna ni? Tak pernah meminta minta tapi guna segala yg diberi Allah swt utk bantu keluarga, Masya Allah Sayang @kekasih_nabila,” tulis Syifa.
Setiap pasangan suami isteri pastinya mengharapkan kehadiran anak sebagai pelengkap dan penyeri di dalam rumatangga.Namun rezeki mendapat cahaya mata sama ada cepat mahupun lambat adalah ketentuan daripada Nya. Paling penting berusaha, sabar dan tak pernah berputus asa.
Siapa sangka sekian lama menanti, selama 21 tahun dalam rumahtangga pasangan suami isteri ini akhirnya berjaya memiliki cahaya mata yang dinanti-natikan selama ini. Ini yang dikongsikan oleh Doktor Pakar Kesuburan IVF Dr.Benediktus A dalam perkongsiannya di Instaram beliau.
Sepasang suami isteri dari Madura, Indonesia iaitu Su’udiyah, 44 tahun dan Somidi 51 tahun akhirnya mendapat anak pertama menerusi kaedah bayi tabung uji(Persenyawaan In Vitro (IVF) selepas 21 tahun menanti.Pasangan tersebut dikurniakan anak perempuan yang di namakan Aisyah yang dilahirkan pada 1 Disember baru-baru ini.
21 YEARS OF WAITING!! Welcome December! Disember 2020 saya ini barangkali salah satu yang paling bermakna. One of my remarkable moments. Tuhan sangat baik, begitu baik! Saya semakin menyedari kenapa saya diizinkan menjadi Spesialis Kebidanan & Kandungan.
Untuk menyaksikan kemuliaanNya : Bayi Aisyah yang cantik untuk Ibu Su’udiyah (44th) & Bapak Somidi (51th). Su’udiyah berhasil hamil dengan program bayi tabung uji. Ini adalah kehamilannya pertama. Saya berkongsi kisah ini agar kita #neverlosehope,never!
Ujar Dr.Benediktus lagi, perjuangan pasangan ini untuk mendapat anak ternyata tidak mudah. Mereka sangat sabar, setia dan berusaha bersungguh dalam menanti kehadiran cahaya mata pertama mereka. Selama 21 tahun saling menyokong diantara satu sama lain. Malah sangup menempuhi pelbagai kesukaran, ujian sepanjang proses IVF ini.
Mereka menunggu selama 21 tahun. Bayangkan 21 tahun! Tuhan akhirnya menjawab ketaatan, ketekunan dan keimanan mereka yang luar biasa. Tidak banyak pasangan boleh bersama selama 21 tahun saling menyokong danmenguatkan agar tidak patah harapan memiliki buah hati.
Saya menjadi saksi perjuangan mereka yang sangat tidak mudah. Mereka tinggal 15 km di luar kota Sumenep, Dusun Pakondang Daya namanya, Madura. Enam jam perjalanan dari Surabaya. Demi menemui saya untuk konsultasi atau tindakan di pagi hari, mereka berangkat naik bus pukul 2.00 pagi. Bayangkan panjang ritual bayi tabung uji dan dituntut untuk tepat waktu dalam suntik dan lain-lainl. Sehari-harinya mereka berjualan keripik singkong di Komplek Asta Tinggi.
Menurut sahabat saya, Dr. Rahmi SpOG yang bertugas di Sumenep, mereka datang menemui kami di @morulaivfsurabaya. Proses #bayitabung mereka seperti pesakit lainnya. Setelah mendapat embryo pun, mereka harus menunggu hampir setahun sebelum berjaya dan dipindahkan ke dalam rahim.
Setahun ini mereka dengan sabar berulang alik ke Morula. Sabar menanti rahim yang belum bersedia. Dalam setiap pertemuan mereka mengikuti protokol dengan tekun didampingi jururawat @alfie.ivf
Ketika berjaya hamil, saya masih ingat momen penuh haru tersebut, tidak banyak kata, tapi penuh titisan air mata bahagia.
Pertemuan dengan mereka, saya yakin bukan suatu kebetulan semata. Melainkan bahagian suatu rencana Yang Maha Kuasa yang saya yakin akan indah pada waktunya bagi kita semua. Semoga itu pertanda agar saya dan KITA #SPREADKINDNESS lebih luas lagi. Berkongsi bahagia dan harapan untuk semua.
MW: Jadi buat pasangan yang masih menanti kehadiran cahaya mata, jangan putus harapan. Banyakkan berdoa dan teruskan berusaha. Rezeki anak pasti akan hadir tiba tepat pada waktunya.
Ibu didapati bersalah amang seksual anak kandung sendiri. Seorang ibu yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anak bertukar sikap sebaliknya apabila melakukan perbuatan di luar...