3 CARA Buat Kek Marble, Confirm Jadi Tak Payah Bakar Lama-Lama

Share

Sedapnya makan kek marble gebu, lembut dan cantik. Nak buat pun mudah je dan tak gunakan bahan-bahan yang banyak pun.Rupanya ada 3 cara kaedah membakar kek Marble ni.Boleh ikut resipi dan kaedah yang dikongsikan oleh Puan Ariana Sofia Ahmad ini.

“Dah lama ariana tak share resepi. Hari ni Ariana nak share resepi kek marble kesukaan umie ariana. Bila nak datang rumah je mesti suruh ariana buat.”

Dekat bawah ni Ariana akan bagi 3 cara untuk buat kek marble menggunakan resepi yang sama iaitu bakar (atas nampak cantik), bakar biasa dan kukus. Selalunya ariana guna cara kedua buat kek ni untuk umie, yang ni confirm jadi tak payah nak bakar lama-lama.

Baca Lagi Di Sini:
Resipi Kek Oren Sempoi, Nostalgia Dulu-Dulu. Sedap & Tak Muak Pun!
Resipi Kek Lumut Tahan Sehingga Sebulan, Lagi Lama Simpan Lagi Sedap!

Ada 3 tips Cara Bakar atau Kukus

1. Bakar (Warna atas nampak cantik)


130°c selama 1 jam 20 minit. Selepas 45 minit tutup loyang bahagian atas
dengan aluminium foil. Guna api atas bawah. Tray bawah sekali.

2. Bakar biasa ( Gelap sikit bahagian atas)
150°c selama 50 minit. Guna api atas bawah dan tray bahagian tengah.

3. Kukus (wrap loyang)
Selama 50 minit @ sehingga masak.

Resepi Kek Marble Jelita Ayu Gitu!!

Bahan-Bahan:

6 biji telur ( gred B)
1 1/4cawan gula castor
1 cawan butter
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu besar ovallete
1sk esen vanila
1sk soda bikarbonat
1sk baking powder
1sk cream off tartar
4 sudu besar susu pekat
5 sudu besar susu segar

Cara Membuat:

  1. Mula-mula mix butter dan gula sehingga gebu atau bertukar warna putih.

2. Pastikan jadi putih macam ni. Adunan gebu je.

3. Lepas tu masukkan ovallete, telur dan esen vanilla. Boleh juga masukkan satu persatu telur. Ariana masukkan semua terus.

4. Mix sampai sebati dan pastikan adunan jadi licin macam ni dan tidak berketul. Adunan jangan terlampau cair pulak.

5. Lepas tu ayak tepung, soda bikarbonat, baking powder dan cream off tartar. Mix sehingga sebati. Nak letak tepung sikit-sikit masa mix pun boleh.

6. Bila dah sebati masukkan susu pekat manis dan susu segar.

7. Mix sehingga adunan sebati dan licin macam ni.

8. Bahagikan kepada 4 bekas. 3 bekas dengan kuantiti yang sama banyak dan 1 bekas lagi lebih sedikit kuantitinya.

9. Letak pewarna yang kita nak kepada tiga-tiga bekas. Bekas 1 lagi biar kosong untuk letak lapisan atas nanti.

10. Letak adunan dalam loyang secara selang seli kecuali warna kosong. Pastikan Loyang 8′ telah dilapik dengan baking paper dan sekeliling loyang sapu butter/ majerin.

11. Lepas tu lorek guna lidi ikut kreativiti masing-masing.

12. Dah siap lorek, letak pulak adunan kosong kat atas permukaan supaya menutup semua corak tadi. Pastikan tinggal sedikit adunan untuk buat corak bahagian atas pulak.

13. Lebihan adunan kosong tadi bahagikan kepada warna yang kita nak. Letak warna mestilah lebih terang daripada warna adunan bawah tadi.

14. Lepas tu lorek ikut kreativiti sendiri. Bakar dengan suhu 130°c selama 1 jam 20 minit. Guna tray yang bawah sekali. Selepas 45 minit letak aluminium foil atas loyang supaya tak hangit.

15. Dah masak terbalikkan atas redai@jaring petak. Takda redai pun takpe cuma kek kena terbalikkan juga supaya tak mendap.

16. Lepas 5 atau 10 minit betulkan semula kek.

17. Nilah rupa kek bahagian dalam. Lembut je.

18. Lepas tu potonglah. Kek ni tak manis sangat. Mak-mak mesti suka. Selamat mencuba.

Kek kalau masak elok, dalamnya memang lembut dan gebu.

Ni ariana guna cara bakar yang pertama iaitu bahagian atas warna nampak cantik.

Lebih banyak resipi menarik di sini:

MW: Semoga perkongsian resipi dan kaedah ini bermanfaat buat mak-mak yang nak cuba sendiri buat Kek Marble di rumah. Selamat mencuba!

Sumber: Ariana Sofia Ahmad

IKLAN