ketika nifas manfaatkan 3 bahan untuk buang angin dan hindari bau busuk

Bagus manfaat 3 bahan ini boleh elak darah nifas berbau busuk, buang angin dalam tubuh ibu ketika berpantang.. Waktu inilah darah akan keluar dari rahim yang disebabkan melahirkan atau setelah melahirkan. Ibu dalam pantang akan keluar darah nifas selama 40 hari selepas bersalin.

Seandainya pantang tak dijaga dengan betul, boleh menyebabkan darah nifas berbau busuk dan tubuh ibu banyak angin. Sebab itu, selepas melahirkan ibu perlu banyak berehat agar mencegah pendarahan.

Makanan dalam pantang jangan sampai dilanggar, bimbang ibu jadi bentan. Dalam keadaan nifas juga, seorang ibu berpantang itu dilarang bersolat dan berhubungan intim dengan suaminya.

Perkongsian daripada Puan Lili Norsharira Jamaludin mengenai resipi berpantang banyak memberi manfaat kepada ibu. Terutama membantu ibu berpantang membuang angin dalam badan dan menghindarkan bau kurang enak ketika nifas. Boleh amalkan memakan lauk berpantang bawang putih dengan campuran air asam jawa dan serbuk lada.

3 Bahan Untuk Lauk Berpantang

Bawang putih dibakar – hiris

Air asam jawa

Serbuk lada sulah/ lada hitam

IKLAN

Cara Penyediaan

1. Satukan kesemua bahan. Sedia untuk dinikmati.

2. Hidang hangat-hangat ketika makan bersama nasi putih

Senaman Nifas Kembalikan Kedudukan Otot Rahim

Selain ambil pemakanan yang tepat, ibu boleh lakukan senaman nifas secara berperingkat. Mulakan selepas hari kedua bersalin. Sebaik saja selesai tempoh berpantang, ibu jangan lupa lakukan urutan penutup pantang. Sebab banyak manfaat yang ibu akan peroleh dengan urutan penutup pantang ini. Tapi perlulah dilakukan oleh bidan bertauliah dan pakar dalam bidangnya.

Manfaat 3 Bahan Ini

√   Bantu melancarkan peredaran darah.

IKLAN

√   Bantu kembalikan otot kandungan.

√   Menguatkan otot perut, pinggul dan pinggang

√   Mengembalikan bentuk tubuh sebaik selesai nifas dan berpantang.

√   Bantu lancarkan pengeluaran air susu ibu.

IKLAN
3 Bahan Ini Elak Nifas Berbau Busuk, Buang Angin Ketika Berpantang
Senaman nifas

Gerakan Senaman Nifas

*    Ibu dalam kedudukan terlentang, angkat kedua kaki rapatkan ke perut, letak kedua tangan atas perut dan tekan perlahan. Bernafaslah dengan betul iaitu sedut udara ikut hidung dan hembus menerusi mulut.

*    Dengan posisi yang sama, angkat dan letak kembali pada kedudukan asal.

*    Luruskan kedua belah kaki dan silang. Kuatkan otot dengan keadaan seperti menahan dari membuang air kecil dan besar.

*    Duduk di kerusi, perlahan-lahan bongkokkan badan sambil biarkan tangan anda menyentuh tumit kaki.

Setelah anda ketahui manfaat 3 bahan itu, rugilah kalau tak cuba makan semasa nifas. Haa.. jangan lupa lakukan senaman nifas agar tubuh ibu kembali sihat dan cergas selepas bersalin.

Sumber/Foto: Facebook Lili Norsharira Jamaludin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI