skrub wajah

Bukan susah untuk dapatkan kulit wajah yang bersih, sihat dan cantik serta bebas daripada segala masalah kulit. Yang penting kena rajin dan boleh juga buat sendiri di rumah secra semulajadi.

Jika ada masalah parut jerawat, jeragat dan sel kulit mati pada wajah, mak-mak boleh cuba buat sendiri skrub semulajadi ini untuk mengatasinya. Hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur iaitu beras, madu asli dan lemon sahaja.

Jemput baca perkongsian daripada Siti Hajar Che Mi sebagai panduan;

“Senang, jimat dan berkesan.Haja dah cuba dan terbukti parut-parut degil boleh hilang. Lepas ni tak payah membazir duit beli skrub yang mahal just guna bahan-bahan di dapur je”.

Kebaikan :
✔Menghilangkan parut jerawat
✔Menghilangkan daki dimuka/badan
✔menghilangkan jeragat
✔Menanggalkan sel kulit mati

Bahan-Bahan Diperlukan:

5 Sudu Beras
3 Sudu Madu Asli
2 Hiris Lemon/limau

Kuantiti adunan boleh sesuka hati.
🌸Kalau nak pekat letak banyak beras
🌸Kalau nak cair letak banyak lemon

Cara Membuat:

Langkah Pertama

✔Beras dikisar menggunakan blender kering
✔Beras tidak boleh terlalu kasar atau hancur

Jika terlalu kasar akan melukakan kulit bila kita gosok dimuka.
Jika terlalu hancur kotoran/ parut /jeragat susah hilang.

Langkah Kedua

Tambah 3 sudu madu dalam adunan.

Langkah Ketiga

✔Potong 2 keping lemon atau limau.
✔Perah ke dalam adunan tadi.

Langkah Keempat

✔Gosok adunan tersebut dimuka menggunakan lemon atau jari ( pastikan tangan bersih)
✔Jangan gosok terlalu lama nanti kulit akan terluka.

Langkah Kelima

✔Basuh muka menggunakan air yang bersih
✔Lap muka guna tuala yang bersih

*note : boleh disapu di seluruh badan

Kalau nak jimat boleh buat banyak-banyak dan letak dalam botol. Haja guna botol kaca sebab lagi selamat berbanding plastik.Lepas tu simpan dalam peti ais. Buat banyak-banyak lagi senang dan jimat masa.

Selamat Mencuba!

MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat para wanita yang memiliki masalah parut jerawat, jeragat dan sel kulit mati, boleh lah cuba skrub semulajadi ini. Lakukan secara konsisten dan lihat hasilnya nanti.

Sumber: Siti Hajar Che Mi

Jangan Lupa Komen