Foto: Facebook Farah Adilah

Dalam masa 15 hari saja sudah enam kematian dalam keluarga, wanita ini jadi trauma terima panggilan dari Hospital Sungai Buloh.

Sudah tentu bukan sesuatu yang mudah diterima apabila dalam masa 15 hari, seorang demi seorang pergi dek kerana virus Covid-19. Ternyata ujian ini amat berat.

Trauma Terima Panggilan Dari Hospital

Kongsi Farah Adilah di Facebook miliknya, “Allahuakbar! Ya Allah, hilang segala kata-kata…

Tak terucap, kelu lidah, terduduk. Baru sebentar tadi menerima panggilan daripada doktor. Berita yang paling kami tak sanggup hendak dengar lagi…

Kematian… Sememangnya kami sudah trauma mendapat panggilan dari Hospital Sungai Buloh… Jantung tersentak…

15 Hari Saja Sudah 6 kematian Dalam Keluarga, Trauma Terima Panggilan Dari Hospital
Foto: Facebook Farah Adilah.

Baca Juga Di Sini:

“Semuanya Kesan Covid. Reda Apa Allah Berikan Sebab Nak Kita Ingat Pada DIA Selalu”

Positif Covid-19, Bersyukur Dapat Jiran Baik, Sanggup Ambil Risiko Jaga Anak Buat Sementara

IKLAN

Doktor Hamil 29 Minggu Positif Covid-19, Bayi Selamat Dilahirkan Lebih Awal Elak Komplikasi

15 Hari Saja Sudah 6 kematian Dalam Keluarga

Kematian ke-enam dalam bulan ini untuk keluarga terdekat saya.
1. Azizah Mohd Yusoff (mama):15 Jun 2021 8.30 pagi
2. Normah Mohd Yusoff (mak cik):23 Jun 2021 3.20 pagi
3. Farah Nadiyah Shamsudin(adik): 23 Jun 2021 7.11 petang
4. Shamsudin Abdullah (ayah):27 Jun 2021 5.01 pagi
5. Hasmah binti Mohd Yusoff (mak cik) : 30 Jun 2021 12.45 pagi
6. Abd Razak bin Haji Noor (pak cik): 30 Jun 2021 pukul 10.37 malam

Kematian pertama ibu saya 15 haribulan dan hari ini 30 haribulan,sudah 6 orang keluarga kami yang Allah telah jemput kembali pada-Nya. 15 hari saja sudah 6 kematian dalam keluarga kami…

15 Hari Saja Sudah 6 kematian Dalam Keluarga, Trauma Terima Panggilan Dari Hospital
Foto: Facebook Farah Adilah.

Mohon Doakan Kesejahteraan Buat Keluarga

Allah speechless… Untuk makluman semua, mohon doakan kesejahteraan keluarga kami agar kami semua diberikan kekuatan menerima takdir yang telah Allah rencanakan untuk kami… Tiada daya bagi kami Ya Allah. Hanya pada-Mu kami berserah Ya Allah…hanya pada-Mu.

Mohon beri ruang untuk kami bertenang dan meredakan emosi kami tika ini. Doakan kami, doakan kami dan doakan kesejahteraan kami. Kami berserah sepenuhnya pda Allah yang Maha Mengatur segalanya…

IKLAN

Mingguan Wanita : Pihak MW mendoakan seluruh ahli keluarga Farah Adilah diberikan kekuatan untuk menerima ujian yang berat ini. Salam takziah buat yang telah pergi dan Al-Fatihah.

15 Hari Saja Sudah 6 kematian Dalam Keluarga, Trauma Terima Panggilan Dari Hospital

Sumber: Farah Adilah

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya:  https://t.me/bangkitwanitaMW

IKLAN

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

15 Hari Saja Sudah 6 kematian Dalam Keluarga, Trauma Terima Panggilan Dari Hospital

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

15 Hari Saja Sudah 6 kematian Dalam Keluarga, Trauma Terima Panggilan Dari Hospital

Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran  //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI