11 Cara Betul Adun Limau Kasturi Untuk Kecantikan, Sukatan Jangan Over Nanti Iritasi

Banyak sebenarnya kegunaan limau kasturi selain sedap dibuat air dan perahan sambal belacan yang mengiurkan. Antaranya dalam bidang kecantikan dan kesihatan.

Apapun nak dapatkan hasil adunan yang benar-benar memberi kesan kepada tubuh badan, sukatan yang betul diperlukan. Jangan bantai sukat, sebab limau ini bersifat asid. Penggunaan berlebihan mengundang kemudaratan pada kulit.

Perkongsian daripada Cikgu Spa Bengkel Fast Track Ala Hotel Lima Bintang, Sarifa Redzuan II menunjukkan 11 cara cantik dengan limau kasturi.

 

 

Balik sesekali di kampung tengok pokok banyak limau kasturi. Kalau dibiarkan busuk jadinya.

Limau kasturi ni sangat sedap di buat air tapi kalau dah banyak sangat takkan nak minum hari hari kan.

Jadi cikgu nak kongsi pelbagai kegunaan limau kasturi untuk kecantikan dan kesihatan.

Setiap gabungan bahan beserta sukatan yang betul ada tindakan kimia semulajadi yang membantu menyelesaikan masalah sekiranya konsisten dan istiqamah.

Jadi janganlah over menggunakan bahan. Janganlah campur sesuka hati . Walaupun kategori alami namun kalau sukatan over boleh juga jadi iritasi. Sebab itulah berpada pada dalam apa jua yang kita buat.

Bahan bahan juga mudah di dapati. Hanya di dapur sahaja.

12 Cara Cantik Dengan Limau Kasturi

 

12 Cara Betul Adun Limau Kasturi Untuk Kecantikan, Sukatan Jangan Over Nanti Iritasi

1. KULIT KEPALA GATAL/BERKELEMUMUR

3-5 biji limau kasturi di perah airnya.
1 sudu kecil baking soda
Air asam jawa setengah gelas

Kacau sebati dan lumur satu kepala sambil picit dan pakai shower cap atau plastik. Biarkan selama 15 minit. Kemudian boleh cuci

Amalkan seminggu 2-3 kali

2. MASKER MUKA BUANG BINTIK PUTIH DAN KECUT JERAWAT

1 biji limau kasturi di ambil airnya
1 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil madu
1/4 sudu kecil baking soda

IKLAN

Kacau sebati dan tambah sedikit air dan sapulah di wajah dan biarkan selama 30 minit . Kemudian cuci dengan air biasa

Amalkan seminggu 2 kali

3. SCRUB MUKA BUANG KULIT MATI

1/2 biji limau kasturi di ambil airnya
1 sudu kecil gula perang halus
1/2 sudu kecil madu

Kacau sebati. Dan scrub la wajah dengan perlahan lahan. Dan cuci wajah dengan air biasa

Amalkan seminggu 2 kali

4. LULUR BADAN GEBUKAN KULIT

3 biji limau kasturi di blend bersama kulit
4 sudu besar tepung beras
2 sudu besar garam halus
1 sudu besar gula halus

Gaul sebati dan tambah sedikit air kalau terlalu pekat. Lulurlah badan. Biarkan seketika dan bilas dengan air biasa

Amalkan seminggu 2 kali

5. KAKI BERBAU/ FUNGUS/ KAKI KERING/ TAPAK KAKI KERAS

3 biji limau kasturi di blend bersama kulit
1 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar garam halus
1/4 sudu kecil baking soda

Gaul sebati dan sental seluruh kaki.

Amalkan seminggu 2 kali

IKLAN

6. RENDAMAN KAKI

5 biji limau kasturi di perah airnya
1 sudu kecil baking soda
2 sudu garam kasar

Di masukkan di dalam air suam takat buku lali. Rendamlah kaki selama 15 minit.

Amalkan seminggu 2 kali

7. KEMPIS PERUT

1 sudu kapur sirih
1/2 biji limau kasturi diambil airnya

Gaul sebati

Sapu di kawasan perut dan balut dengan plastik pembalut makanan barulah pakai barut/bandage/korset.

Penggunaan yang kerap mampu membentuk perut idaman

8 . JAMU BUANG ANGIN

1 1/2 halia diketuk
5 helai daun pudina
3 kuntum bunga cengkih

Rebus bahan dengan 500ml air sehingga mendidih.

Biarkan sejuk masukkan dalam cawan dan perah 1 biji limauk kasturi dan tambah 1 sudu madu .

Kacau sebati dan minum.Minum Sehari sekali sebelum makan.

IKLAN

9. LULUR BADAN BUANG ANGIN

1/2 halia
Sedikit kunyit hidup atau serbuk kunyit
2 biji limau kasturi

Blend semua bahan.
Masukkan bahan dalam 4 sudu tepung kacang hijau
2 sudu garam halus

Gaul sebati dan tanbah sedikit air dan lulurlah seluruh badan dan lebihkan tempat yang bermasalah seperti pinggang dan bahu. Biarkan seketika dan bilas dengan air biasa

Amalkan seminggu 2 kali

10. MANDIAN LIMAU KASTURI SEGAR BADAN

15 biji limau kasturi di ambil airnya
2 cawan garam kasar
2 sudu besar baking soda

Masukkan dalam baldi dan mandilah. Kalau boleh berendam lagi bagus. Bagi yang ada tub mandi boleh lebihkan garam dan limau.

Amalkan seminggu 2-3 kali

11. REDAKAN GATAL MUKA AKIBAT RESDUNG

5 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
3 biji limau kasturi di hiris
5 helai daun pudina

Rebus sehingga mendidih. Tutup api tuang dalam besen dan waplah muka tu sehingga habis wap. Hati hati dengan kepanasan besen.

Amalkan seminggu 2 kali.

12. HILANGKAN BAU KETIAK DAN CERAHKAN KETIAK

2 biji limau kasturi
3 helai pudina
1/4 biji kentang

Blend ketiga bahan ini . Kemudian tambah 2 sudu besar garam halus, 1/4 sudu kecil baking soda dan sedikit

Sentallah di ketiak perlahan lahan. Biarkan seketika dan bilas dengan air.

Amalkan seminggu 4 kali untuk dapat kesan yang bagus.

Okay. Selamat mencuba. In Sha Allah. Niat baik baik dapat baik baik. Niatlah setiap kali nak amal nak singkirkan penyakit dan bad energi.

Sumber/Foto : Sarifa Redzeuan II

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI