Kecantikan

[#WanitaTerhebat] 11 Disiplin Berpantang Yang Buat Dalaman Wanita Kembali Sihat, Ibu Cun Anak 3 Ini Dedah Rahsia!

Share

Buat mak-mak yang sedang melalui proses berpantang, masih belum terlambat nak amalkan disiplin pantang yang dikongsikan oleh ibu anak tiga ini. Caranya memang ketat, tapi hasilnya WOW!

Puan Zaza Zaura telah buktikan apa yang dipraktikkan untuk ketiga-tiga anaknya tidak pernah mengecewakan. Malah wanita ini bakal melahirkan cahayamata keempat pada bulan Disember nanti. Boleh ikut cara wanita Puan Zaza menjaga badan terutama beriakan dalaman dan selepas bersalin.

Tak ada yang luarbiasa bila cerita bab jaga badan,nak cantik apapon perlu disiplin dan kene sabar.

1.    Amal Herba/ Jamu

Benda yang hari-hari saya share, post adalah jamu. Kenapa jamu?  Sejak beranak satu lagi saya dah diajar makan jamu oleh mak saya. Lepas je 20 hari dalam pantang saya mula makan jamu.

Sementara tunggu nifas kering, saya  ambil makanan sunnah seperti kurma, kismis. Sekarang banyak produk berasaskan sunnah. Kalau dulu saya start dengan air rebusan akar kayu pure tok saya bekalkan. Best minum air akar kayu ni, memula tak perasan dah seminggu nampak pipi dah pink-pink.

Sebab sihat dalaman, darah “berjalan”. Alhamdulillah anak sulung saya tak kena demam kuning so saya  amalkan herba-herba dengan cepat. Selain minum herba, mandian herba jug tak ketinggalan. Keluar je hospital terus mak saya rebus daun-daun serum untuk saya mandi.

2.    Berurut

Part ni memang saya paling suka. Boleh dikatakan sebulan sekali saya akan panggil makcik urut dalam berurut saya. Jangan tak tahu berurut bagus bukan setakat buang-buang angin tapi bagus untuk bentukkan balik pinggul, breast kita ke bentuk asal. Betulkan urat-urat yang tersimpul barulah rasa ringan aje badan.

3.    Kurang Pengambilan Air Masak Ketika Pantang

Yang ni mungkin ramai rasa agak mengarut tapi entahlah, saya memang dah diajar dari dalam pantang kurangkan minim air masak tapi gantikan dengan air kayu sepang. Air kayu ni mak saya akan siap-siapkan letak tepi katil.

“Kalau haus, minum ni…” kata mak saya sampai sekarang walaupun pantang sendiri saya still ingat dan amalkan. Kayu sepang ni boleh beli di kedai-kedai ubat cina. Minum air dalam keadaan duduk bukan berdiri.

4.    Bertungku

Ramai yang malas bab nikan? Tapi saya tak!! saya ada 3 jenis tungku dan paling saya suka tungku jenis besi bulat size kecil. Saya akan tungku 2-3 kali sehari biasanya waktu subuh.

Selepas mandi bagi badan hangat semula dan malam sekali sebelum makan.Tungku bukan setakat kat perut, pinggul + betis + celah kangkang. Banyak kebaikan bertungku salah satu boleh pecahkan angin. Bersalin no. 2 saya kena rengat teruk so dengan bertungku la dapat legakan rengat.

5.    Berbengkung

Yang ni pon part paling saya disiplin, saya pakai bengkung 44 hari buka hanya time mandi/buang air.

Yang ni la kunci paling utama untuk perut kekal tak buncit. Saya akan pakai bengkung selepas bertungku dan sebelum makan. Kenapa? bila makan dalam berbengkung diperut, saya akan makan sikit. Bukan diet tapi dalam pantang makan sikit-sikit tapi kerap, Itu pesan orang lama-lama dan saya ambil pakai.

Alhamdulillah, memang berhasil dan saya bersalin normal, sapu kapur + limau nipis…Ampun, seksa.

Tapi sekarang dah guna krim-krim barut + losen panas so senang. Says bengkung ikat dari peha sampai atas. Untuk saya kecilkan balik peha thats why saya bengkung dari peha. Time ni la jalan terkepit-kepit.

6.    Jaga Makan

Ada kala terbabas juga lagi-lagi duk tengok menu pantang sekarang rasa macam pelik-pelik. Suka saya kongsi yang saya memang tak makan benda-benda lauk bergoreng dalam pantang sebab minyak. Minyak ni la yang buatkan kita lambat nak slim.

Apa-apa punca pun saya percaya dari pemakanan dan perut kita so saya elakkan benda-benda makanan yang sejuk, santan, berminyak dan bergoreng. Saya tak diet tapi saya amalkan makan cukup masa, nasi separuh tapi kerap.

Fahamkan… Ayam daging saya lambatkan makan biasanya masuk hari ke-20 dalam pantang baru start makan. Awal-awal makan ikan selar aje lerrr. Ikan kering tak sentuh kadang makan ikan bilis pon tak boleh. Sebab boleh buatkan “tut” gatal and berbau.

7.    Berstoking

Angin mudah masuk melalui kaki so pakai stoking sangat perlu even tak dalam pantang sekalipun, saya  berstoking. Dalam pantang part jari ibu kaki la paling takut tersepak takut tumpah darah pesan orang tua-tua so jangan malas pakai stoking.

8.    Aircond

Saya cuba elakkan aircond cuma kadang bila bersalin dalam bilik hospital 2-3 hari yang dah ada aircond so tak dapat nak dielakkan tapi berpantang memang tak duduk dalam aircond.

Saya tak boleh sejuk and tak tahan sejuk.

9.    Pantang Bersama Suami

100 hari sebolehnya tapi 60 hari pun paling awal so cuba la elak. Even dalam pantang cuba la jangan cuba-cuba untuk berasa berahi kerana urat boleh kembang.

10.    Elak Angkat Bende Berat/ Senaman Berat

Awal-awal saya  memang tak berani angkat barang berat-berat kadang dukung anak 2 tahun pun tak berani takut peranakan turun apatah lagi senaman berat.

Silap haribulan boleh buasir or tombong. Basuh baju/basuh pinggan paling saya pantang sebab terkena air, saya cuba elakkan dari banyak kene air.

Nak berpeluh cara  Melayu, paling saya suka BERSALAI, bertangas..ya ampun best sangat. Peluh keluar..tik..tikk macam mandi ??

11.    Last, Pantang Keluar Rumah SELAGI BOLEH

Lagi seksa bila berpantang dengan toki sy ? nak keluar duk depan rumah pun die tak kasi. Tak ada nak melawo-lawo, tak ada nak mekap-mekap. Pantang time raya pun, just kain batik aje. Time ni saya “busuk-busuk aje”. Tapi bila abis je dah “pelepas” pantang, terus start melawo. Haaa time tula bagaikan dihidupkan semula.

Lepas bersalin urat kita kembang, bukan kembang kita gemuk sebab tu tak guna time ni kita mekap-mekap, kita kene sihatkan dulu dalaman. Percaya la, tak rugi dan tak menyesal cuma perlu bersabar.

Suami TOLONG ambil bahagian bila isteri dalam pantang, awak juga nak isteri awak cantikkan?

Apapun perkongsian saya agar dapat manfaat buat semua.

*Saya izinkan untuk share atau tag

Sumber/Foto: FB Zaza Zaura via Mingguan Wanita

IKLAN