Membincangkan isu yang popular di kalangan masyarat Malaysia iaitu Diabesiti (Obesiti & Diabetes),  Illya Buang (Senario) atau lebih mesra dipanggil Pak Ya yang juga seorang penghidap diabetes meluahkan pendapatnya mengenai isu ini. 

“Keadaan kesihatan saya boleh dikatakan terkawal buat masa sekarang. Saya mula menghidap diabetes lebih 10 tahun lalu dan pada 2014, saya mula mengambil insulin sebagai salah satu proses rawatan.

“Mula-mula saya tak tahu ada kencing manis, masa di kampung masing-masing saja test alat pengukur diabetes dan ketika itu kencing manis saya lebih dari 7. Selepas itu saya terus ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan pada awalnya saya hanya mengambil ubat kemudian doktor nasihati saya untuk mendapatkan suntikan insulin,” terang Pak Ya.

10 Tahun Hidap Kencing Manis, Illya Titikberatkan Kesihatan Dengan Mendaki Bukit & Bersenam

Gaya Pemakanan

Pak Ya juga turut berpendapat punca dia mendapat penyakit ini kerana gaya pemakanan yang diamalkan oleh keluarga.

“Memang ada yang beritahu penyakit ini disebabkan keturunan. Pada saya lebih kepada gaya pemakanan sesebuah keluarga. Sebabnya kami biasanya makan benda manis, jadi anak-anak pun akan makan benda yang sama,” ujar Pak Ya yang akui selepas mendapat kencing manis dia mula cepat letih jika lakukan aktiviti lasak.

Pantang Makan Sangat Susah

Salah satu cara untuk mengawal kencing manis adalah dengan mengurangkan berat badan dan kurangkan pengambilan gula dalam makanan. Pak Ya akui perkara itu namun bukannya senang untuk mengawal makan.

“Pada saya hendak pantang makan adalah satu perkara yang sangat susah. Saya amalkan mendaki bukit dan senaman. Saya akan pastikan saya bersenam dan mendaki. Jika saya tidak lakukan senaman sebegini saya akan dapati kandungan gula dalam badan akan naik.

“Sekarang ini saya sentiasa berhati-hati dan akan selalu tengok samaada kaki ada tak tanda-tanda yang boleh bawa kepada kudis ke. Bila tidur berselimut tapi kaki rasa pijar, hati-hatilah.

“Bagi merawat penyakit ini saya sering berjumpa dan minta nasihat doktor. Doktor selalu pesan agar saya menjaga pemakanan. Pada saya nak makan apa-apa boleh tapi biarlah berpada-pada,” ungkapnya.

10 Tahun Hidap Kencing Manis, Illya Titikberatkan Kesihatan Dengan Mendaki Bukit & Bersenam
Berasa tenang tatkala mendaki bukit.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI