Kecantikan

10 Langkah Mudah Urut Kaki Sendiri, Kesannya Tidur Malam Lena Dibuai Mimpi

Share

Jenis anda yang berjalan dari mula masuk kerja sampailah balik rumah.. Penat tu tak usah ceritalah. Menjelang malam, barulah terasa lenguh kaki. Kalau urut kaki sendiri pun belum tentu kita tahu teknik yang betul nak bagi hilang lenguh.

Seksanya makin terasa bila nak tidur. Berdenyut-denyut sakit lenguh. Walaupun usia masih muda, tetap terkena juga kaki lenguh tu. Sebabnya terlalu aktif bergerak, berdiri malah terkejar ke sana ke mari.

Cuba praktikkan 10 langkah mudah urut kaki sendiri dengan teknik yang betul dikongsikan Puan Sarifa Redzuan II,

trainer di World SPA Therapy & Consultancy ini.

Kata beliau, “Bila selalu sakit kaki, boleh urut kaki cara macam yang diterangkan ini.”

10 Langkah Mudah Urut Kaki Sendiri

 

Langkah 1

 

Sapu minyak ke seluruh kaki. Kredit foto : footfiles.com

 

Langkah 2

Gunakan tapak tangan bergiliran tarik ke bawah, ke atas perlahan-lahan 6 kali. Teknik ini dinamakan Alternate palm.

 

Langkah 3

Gunakan penumbuk tarik ke atas 6 kali. Teknik ini dipanggil knuckle.

 

Langkah 4

Buat putaran ke atas 6 kali – Teknik thumb circle.

 

Langkah 5

Guna ibu jari urut di tengah tapak kaki dengan laluan ke atas 6 kali. – Teknik thumb gliding

 

Langkah 6

Urut bahagian tepi tapak kaki 6 kali. – Teknik thumb gliding

 

Langkah 7

 

Urut bawah ibu jari kaki. – Teknik thumb gliding

Langkah 8

Tekan setiap jari jemari – Teknik static pressure

Langkah 9

Ulang dari langkah 1-8 pada kaki sebelah lagi./ Foto kredit : TheHealthSite.com

 

Langkah 10

 

Lap tapak kaki atau terus pakai stokin./ Foto kredit : today.com

 

Boleh Ke Urut Kaki Setiap Malam

√    Buat setiap malam sebelum tidur. In Sha Allah tidur pun lebih berkualiti.

√    Lepas urut kaki belah malam tu, bangun pagi esok, kaki pun ringan ja rasa.

√     Kalau malas urut kaki sendiri, pergi je Spa terdekat atau calling calling orang mobile Spa pergi ke rumah

Sumber/Foto : Sarifa Redzuan II / nailbee / hanaleidayspa.com

IKLAN