Demi mengejar impian dan minat yang sangat disukai, manusia sanggup melakukan apa sahaja.Seorang wanita di Finland sangat menggemari kerja-kerja pembersihan sehingga sanggup berhenti kerja hanya untuk membersihkan rumah orang tidak dikenali secara percuma dan membantu mereka yang memerlukan, lapor laman berita Good News Network.
Auri Katariina, 29, bekerja sebagai pengurus perkhidmatan di sebuah syarikat pembersihan di Finland semasa musim panas 2021, sebelum memutuskan untuk meneruskan minatnya.
“Impian saya adalah membersihkan rumah secara percuma di seluruh dunia dan membantu orang ramai dengan melakukan perkara yang saya suka.
“Saya sentiasa suka mencuci dan mula memuat naik video di media sosial setelah merakam diri sendiri membersihkan rumah keluarga dan rakan dua tahun lalu.
“Pada satu hari, seorang wanita meminta bantuan kerana dia sangat bergelut dan rumahnya terlalu bersepah. Dia mempunyai tiga anak dan suaminya baru saja meninggal dunia,” kata Katariina.
Sangat Gembira Bantu Orang Ramai
Wanita itu memberitahu, dia ibarat ‘berada di syurga’ apabila mencuci dan sangat gembira untuk membantu orang ramai.
Ads
Katariina yang berasal dari bandar Tampere, pernah melawat Amerika Syarikat (AS) dan Britain untuk membantu individu yang terdesak dengan membersihkan rumah mereka.
Ads
Dia akan memilih rumah paling kotor dan bersepah milik orang yang paling memerlukan bantuan untuk dibersihkan. Katariina akan membersihkan rumah orang yang tidak dikenali untuk tempoh selama dua hari dan memuat naik kandungan memaparkan kerja amalnya di media sosial.
Tanggal 22 November 2022 pastinya meninggalkan kenangan manis buat adik Adib Amsyar ini apabila meningkat dewasa nanti apatah lagi berpeluang dipeluk dan dicium sendiri oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj sewaktu kecil.
Dalam video pendek yang dikongsikan di TikTok ini, keletah spontan Raja Permaisuri Agong cukup mencuit hati.Berpenampilan manis berbaju kurung dalam persalinan rona merah cili, baginda secara spontan duduk mencangkung meluangkan masa memeluk dan mencium adik Adib Amsyar ini yang sungguh comel.
Syukur ke hadrat ilahi untuk rezeki dan peluang ini.Semoga apa yang diberikan ini mendapat redha Allah SWT.
Best moment & rezeki adib amsyar bertemu KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj . Daulat TuanKu.
Disamping itu, baginda juga sempat melambai mesra adik Adib Amsyar di dalam lif, sebelum beredar dan meninggalkan lokasi.
Ramai yang terharu dengan jiwa keibuan dan jiwa rakyat baginda, malah tumpang gembira dengan momen manis sebegini.
Sebagai seorang mak, ayah, sebolehnya apa jua permintaan dan hajat anak akan ditunaikan. Sementelah kalau anak tidak sihat dan sakit. Sebab kita tak tahu adakah ini permintaan terakhirnya. Minta dijauhkan.
Hakikatnya, bila anak nakkan sesuatu, mak ayah akan berusaha lakukan apa saja demi zuriat dan darah daging sendiri. Sementelah kalau anak sakit, sebolehnya mahu gembirakan dan tunai permintaan sebaik mungkin.
Tular sebelum ini tentang satu video yang mana seorang kanak-kanak yang bercakap dengan ibunya, bimbang takut dimarahi kerana muntah di atas katil wad. Siapa saja melihat pasti akan rasa sebak.
Perkongsian daripada Natipah Abu di facebooknya tentang adik Fayyah yang jauh berada di Kuching. Setiap hari merengek dan menangis kerana ingin pulang ke kampung nenek dan datuknya di Semenanjung.
Kisah Muhammad Ummar Fayyadh, 6 tahun, baru-baru ini tular di tiktok dan media sosial bila dia yang sedang sakit, muntah di atas katil hospital menangis kerana bimbang dimarahi ibu.
Tangisan yang meruntun hati dalam keadaan sakit itu telah menyentuh hati sesiapa melihatnya. Sakit Fayyadh bermula ketika dia berusia 5 tahun, bila dia susah tidur malam.
Tubuhnya berpeluh-peluh walaupun dia tidur di dalam aircond. Waktu itu, mak ayahnya tidak mengesyaki apa-apa kerana dia masih aktif bermain.
Tidak lama selepas tu, dia tiba-tiba terbongkok bila berjalan dan menangis mengadu sakit. Tapi selang beberapa hari kemudian, keadaannya pulih seperti biasa.
Jadi mak ayahnya masih beranggapan, itu bukanlah perkara yang serius kerana dia kemudiannya sembuh dan boleh bermain dgn aktifnya.
Bermula di situ, ibunya Puan Siti Nur Ain binti Wahid (32 thn) mula perasan bila Fayyadh makan, dia akan menangis dan mengadu sakit tetapi dia tak pandai hendak cakap apa dan di mana sakitnya.
Pernah satu masa, dia balik dari tadika dalam keadaan lehernya bengkak dan kepala senget sebelah.
Bersama adiknya. .
Ekoran itulah, mak ayahnya membawa ke hospital. Selepas menjalani pemeriksaan dan ujian, doktor mengesahkan Fayyadh mengidap CNS embryinak tumor – tahap 4 .
CNS of Embryonal Tumor ialah sejenis kanser (malignan) yang bermula pada sel janin (embrionik) yang ada di dalam otak. Dalam erti kata lain, sel kanser ini telah ada semasa sel janin terbentuk. Ia kemudiannya aktif selepas bayi dilahirkan.
CNS of Embryonal Tumor dikategorikan sebagai sejenis kanser sangat agresif dan apabila seseorang pesakit relapsed, peratus untuk bebas kanser itu sangatlah tipis malah, sudah tiada sebarang rawatan yang dapat bantu membunuh sel kanser ini lagi dari segi perubatan.
Untuk Fayyadh, ketumbuhan mula dikesan di dalam saraf tunjang di pangkal otaknya. Pembedahan selama 14 jam berjaya mengeluarkan tumor yang sebesar 8.2cm.
Bermulalah rawatan radioterapi sebanyak 30 kali dan kemudiannya rawatan kimoterapi sebanyak 8 cyclenya yang sudah pun tamat pada bulan April lalu.
3 bulan selepas itu, Fayaddh dikejarkan ke hospital akibat mengalami sawan dan tidak sedarkan diri.
Ketika itu, doktor mengesahkan Fayyadh sudah relapsed kerana sel-sel kanser sudah merebak ke seluruh otak dan jugak saraf tunjang di tulang belakang dari atas hingga ke bawah.
Terjatuh Tiba-tiba
Terbaru, Fayyadh dimasukkan ke hospital akibat terjatuh secara tiba-tiba. Dan sekarang keadaan fizikal makin bertambah buruk yang mana, sudah tak dapat melihat, mendengar dan badan bahagian kiri dari kepala hingga kaki seakan-akan lumpuh.
Keadaan terkini adik Fayyad
Hanya sebelah kanan boleh berfungsi dan bergerak. Hajatnya yang selalu dipintanya dalam rengek dan tangis cuma satu, iaitu ingin pulang ke kampung datuk dan neneknya.
Ibunya tampil untuk memohon bantuan kita demi membawa pulang Fayaddh dari Kuching ke kampung halaman mereka di Rembau Negeri Sembilan dengan pesawat komersial.
Ayahnya seorang jurujual penapis air. Pendapatan nya tidak menentu disebabkan apa yang berlaku sedikit sebanyak menjejaskan pekerjaannya. Ibu pula tidak bekerja dan hanya seorang surirumah sepenuh masa.
Semenjak Fayyadh sakit, kewangan mereka turut terjejas dalam usaha nak memenuhi keperluan perubatan serta kos ulang alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Sebelum ini, Puan Ain cuba bertanya tentang penerbangan ehsan TUDM tapi kata pihak hospital, Fayyadh tidak memerlukan bantuan oksigen dan harus ada doktor dan jururawat yang mengiringi.
Menggunakan pesawat komersial, kedua ibu bapa harus menandatangani borang akuan yang akan menanggung sendiri segala risiko sebaik Fayyadh dibawa keluar dari wad.
Setiap hari, Fayyadh merintih hendak pulang ke kampung. Kedua ibu bapanya sedar .. mungkin inilah hajat terakhir anak mereka dan sebagai ibu dan bapa, mereka ingin sekali menunaikan hajat itu.
Mudah-mudahan, bila tertunainya hajat itu, segala derita yang ditanggung Fayyadh sejak lebih setahun yang lalu ini akan berakhir dalam keadaan tenang dan indah sekali.
Mudah-mudahan dengan sedekah dan niat dapat membiayai perjalanan pulang Muhmmad Ummar Fayyadh Bin Muhammad Haniffah ke kampung bersama ibu bapa dan seorang adiknya yang berusia 4 tahun.
Sama-samalah kita bantu menunaikan hajat seorang anak kecil yang dari segi istilah perubatan, sedang meniti hari-hari terakhirnya.
Video yang tular sebelum ini.
Mingguan Wanita : Moga dipermudahkan urusan Adik Fayyad dan keluarganya.
Pihak sana langgar perintah injuksi, peguam Puteri Sarah hantar notis. Ibu kepada dua cahaya mata, Puteri Sarah memaklumkan kepada media salah seorang ahli keluarga daripada pihak defendan iaitu Ira Kazar mengeluarkan kenyataan mengaitkan namanya di media sosial minggu lalu.
Dek kerana itu pihak peguam yang mewakili dirinya melakukkan penelitian mengenai kenyataan terbabit dan mendapati individu berkenaan sudah melanggar perintah injuksi interim.
Memandangkan pihak sana telah melanggar perintah injuksi, isteri kepada Syamsul Yusof itu seperti yang dimaklumkan Harian Metro hal terbabit diserahkan kepada peguamnya.
“Saya nak maklumkan ada ahli keluarga pihak sana yang telah melanggar perintah injuksi. Jadi, hal berkenaan sudah diserahkan kepada peguam saya.
“Sepatutnya pihak sana diperintahkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau menyebut nama saya di media sosial.
“Pihak peguam dapat kesan ada individu daripada ahli keluarganya yang membuat kenyataan di media sosial dan itu tidak sepatutnya berlaku,” luahnya.
Sambung Puteri Sarah doa hanya mengetahui hal tersebut selepas dimaklumkan oleh peminat yang mengikuti perkembangannya.
Untuk rekod, Peguam Puteri Sarah sudah menghantar satu notis komital/penghinaan terhadap perintah injuksi mahkamah bertarikh 4 Julai lalu kepada individu itu.
“Jujurnya saya hanya dapat tahu perkara tersebut apabila diberitahu oleh netizen. Ikutkan saya memang tidak mengambil tahu sebab terlalu sibuk dengan kerja.
“Namun netizen sendiri yang maklumkan kepada saya dan saya terus menyerahkan perkara itu kepada peguam untuk mendapatkan kepastian adakah melanggar atau tidak.
“Jadi, peguam sudah mengesahkan ia melanggar dan surat daripada pihak peguam saya sudah diserahkan kepada individu tersebut semalam,” katanya.
Untuk info menantu kepada Datuk Yusof Haslam itu menerusi peguamnya menyerahkan perintah injuksi interim kepada pihak defendan iaitu Ira Kazar pada 28 Jun lalu.
Perintah itu didapatkan dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 24 Jun lalu agar defendan (Ira) berhenti meluahkan atau menyebarkan apa-apa bentuk gangguan di sosial media atau di mana-mana platform sama ada dirinya atau yang berkaitan dengan dirinya. Ia untuk memastikan tiada lagi gangguan dalam keadaan semasa terhadap Puteri Sarah.
Menerusi pertanyaan Puteri Sarah di Instagram tentang isu “Bukan Masalah Besar Sangat Meruntuhkan Rumahtangga Orang…” pelbagai komen dihujani dari warganet.