Mudah je nak buat Kerabu Maggi Ala Thai yang sedap dan cepat disediakan. Mak-mak boleh sediakan ia sepantas 5 minit, dah sedia untuk dimakan. Kadang kala ada masa tertentu, rasa sangatlah malas nak masak yang renyah-renyah, nak masak yang ringkas-ringkas je tapi sedap. Jadi resipi kerabu maggie Ala ThaiĀ inilah yang patut dicuba. Rasa masam, pedas semuanya secukup rasa!
Berikut antara perkongsian resipi yang dikongsikan oleh Yanie RosdiĀ ini;
Bahan-Bahan:
Maggi Thai
Crab stick
Sotong
Udang
Tomato (dipotong dadu)
Serai (dihiris halus)
Bunga kantan (dihiris halus)
Kacang panjang (dihiris halus)
Daun sup (dihiris halus)
Daun limau (dihiris halus)
Lemon (diperah)
CARA MEMBUAT:
1. REBUS / CELUR
Pertama sekali, rebuskan maggi terlebih dahulu. Bila dah agak-agak lembut sedikit, masukkan celurkan udang / sotong & crab stick. Kemudian, toskan. Kalau nak gunakan maggie lain pun boleh klik sini.Jangan lupa guna kod promo ini untuk harga istimewa.
Ads
2. MASUKKAN BAHAN-BAHAN LAIN
Seterusnya, masukkan bahan-bahan lain seperti cili, serai, tomato, daun sup, daun limau, bunga kantan, dan kacang panjang yang dihiris halus.Kuantitinya bolehlah agak-agak macam di bawah ini. Kalau suka lebih pedas, boleh banyakkan lagi cilinya.
Ads
3. PERAH LEMON
Untuk mendapatkan rasa masam-masam yang ākawā tambahkan sedikit perahan lemon. Kalau tak ada lemon, boleh juga gunakan limau nipis.
4. BUBUH PERENCAH
Akhir sekali, guna perencah maggi Thai dan gaulkan semua bahan hingga sebati. Tak perlu tambah apa-apa lagi dah sebab ia memang dah secukup rasa.
Kalau nak lagi sedap, boleh juga tambah sedikit sos tiram dan gula mengikut citarasa.
Amboi, cantik berserinya Red Velvet Cream Puff yang PuanĀ Suziyana Ibrahim Yana Sueini buat. Beliau namakan resipi ini ‘Red Velvet Cream Puff Kebaboom’. Mana taknya memang nampak gebu dan sedap.Digandingkan pulak dengan cream cheese dan fresh cream, tak dapat nak bayang kenikmatan rasanya.Selalu jumpa kek red velvet atau cupcake redvelvet, tapi kali ni cream puff pula.Cuti sekolah ni, boleh lah cuba buat Red Velvet Cream Puff dengan anak-anak nanti.
Ini perkongsian resipi tersebut.
Bahan A
1 ½ cawan air
100 g majerin
Garam secubit(Sebab majerin dah masin)
1 sudu gula
Bahan B
Telur 3 biji
Bahan C
1 ¼ cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
2 Sudu kecil vanila
* pewarna red pink
*1½ sudu kecil cuka makan
Cara Membuat:
1.Masak bahan A sehingga mendidih kemudian masukkan Bahan C.Kacau laju-laju supaya tidak beketul(pakai senduk pon boleh).Kemudian dah sebati tutup api.
2.Bila dah suam-suam baru masukkan B (telur satu persatu).
3.Kemudian tambahkan pewarna red pink + cuka makan 1½ sudu.
4.Dah sebati bolehlah masukkan kedalam pipping bag dan bolehlah pakai nozel yang buat semperit tu.
Untuk Filling:
Boleh pakai fresh cream dan cream cheese.Putar dulu fresh cream sampai kental kemudian putar pula cream cheese.Baru satukan sekali.
Hari ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau Prihatin. Sejumlah RM250 bilion diperuntukkan untuk memberi manfaat kepada semua rakyat.
Bak kata, Muhyiddin dalam ucapannya, āNo one will be left behind. Tiada siapa yang akan dipinggirkan.ā
Jadi mak ayah, boleh rujuk sini pakej yang bermatlamat untuk melindungi rakyat.
MW : Semoga dengan adanya pakej rangsangan ini rakyat akan berasa lebih lega untuk berdepan pandemik Covid-19. Dan sentiasalah mengekalkan perbelanjaan berhemah dalam keluarga anda.
Setiap kali tibanya bulan puasa, kewujudan Bazar Ramadan dan Aidilfitri bagaikan satu kemestian memeriahkan lagi suasana bulan penuh keberkatan ini. Malah bukan itu sahaja, para peniaga juga merebut peluang mencari rezeki tambahan dengan menjual pelbagai barangan serta keperluan.
Namun semalam, dukacita buat para peniaga di Kelantan susulan Kerajaan negeri baru sahaja membuat keputusan membatalkan bazar Ramadan dan bazar Aildilfitri seluruh negeri pada tahun ini berikutan peningkatan kes Covid-19 sejak beberapa hari lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr. Izani Husin memaklumkan perkara berkenaan menerusi status di akaun Facebooknya semalam.
Pertukaran Program Madinah Ramadan
Dr. Izani berkata, Program Madinah Ramadan juga ditukar menjadi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) sebagai ikhtiar demi membendung penularan wabak berkenaan.
Madinah Ramadan merupakan satu program melibatkan solat tarawih berjemaah, berbuka puasa, sahur, penyampaian sumbangan fakir miskin, tazkirah dan bicara keilmuan.Program itu merupakan acara tradisi dijalankan di negeri Kelantan sepanjang Ramadan.
Berdasarkan rekod, Kelantan mencatatkan sebanyak 171 kes Covid-19 semalam dan berada di kedudukan ketiga tertinggi selepas Sarawak dan Selangor.Pada masa sama, satu kluster baharu dicatakan iaitu Kluster Bandar Baru Kubang Kerian yang membabitkan tempat kerja di daerah Tumpat, Bachok, dan Kota Bharu.
Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob membenarkan bazar Ramadan beroperasi sepanjang bulan puasa ini dengan jumlah kapasiti penjual dan pembeli yang bersesuaian dengan lokasi.
Pelaksanaan bazar juga perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan dan penjual hanya dibenarkan melayan dua orang pelanggan pada satu-satu masa.
Kerajaan Kelantan Mohon Maaf
Sementara itu, terkini Kerajaan Kelantan juga secara terbuka memohon maaf kepada seluruh peniaga susulan membatalkan bazar Ramadan secara ‘mengejut’ yang berkuatkuasa serta-merta.
Permohonan maaf itu disampaikan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin dalam sidang akhbar yang berlangsung di pejabatnya pada Ahad.
“Dengan penuh rasa dukacita…saya memohon kemaafan daripada masyarakat dan rakyat sekalian bahawasanya, kita terpaksa membatalkan kesemua bazar Ramadan yang telah diputuskan sebelum ini,” katanya.
Menurutnya, pembayaran deposit bazar Ramadan yang dibuat oleh peniaga sebelum ini akan dikembalikan semula.
Beliau berkata, pembatalan bazar Ramadan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa pandemik Covid-19 ketika ini.
Tambah Dr Izani, seandainya kes baharu Covid-19 terus mencecah tiga angka sehari besar kemungkinan Pusat Rawatan dan Kuarantin Covid-19 berisiko rendah (PKRC) akan menjadi tepu.
Katanya, disebabkan itu kerajaan Kelantan mengambil langkah awal memutuskan rantaian Covid-19 dengan membatalkan bazar Ramadan.
“Selain bazar Ramadan, program Madinah Ramadan turut dibatalkan dan kita tukar menjadi PKRC,” katanya.
MW: Bersabarlah buat para peniaga yang telah membuat persediaan dan kelengkapan barangan untuk berniaga di Bazar Ramadan mahupun Aidilfitri nanti. Kena usaha cara lain, pasti ada hikmahnya yang menanti.
Sumber:Kosmo, Sinar Harian
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
āSaya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kitaā itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...